Skip to main content

Kisah Abam Yang Demam

entri HARI YANG DI TUNGGU tu sebenarnya aku konon nak draf je tapi tertekan publish.sedangkan pada hari kejadian Jumaat itu,aku adalah cuti kecemasan.hero demam pulak..(tahu tak aku suspect dia demam sebab 'main smack down'kisah DISINI tu tapi en abe tak setuju).huhu..mak-mak biasala..over sikit

tapi korang nak tengok tak rupa dia?kena tengok jugak..aku paksa ni.hehe



jumaat dan sabtu tu memang dia melepek sepanjang hari.budak aktif tiba-tiba melepek dan tak lalu makan sangat merisaukan hati aku.bila malam je badan panas tiba-tiba..aku pun jadi misi la monitor suhu badan dia.



zoom untuk lebih dekat..hehe

best gile bercutian dari jumaat sampai ahad :)

Comments

Beb, apesal muke abang bercalar tu? Jth ke?
Irfa said…
FARA..
ada kisah disebalik kejadian itu..aku dah letak link kalau rajin pi la baca :)..sikit je tu..anak jantan katanya
mummY daniSha said…
sian dia...kalau sy,dah gi jumpe budak tu hehee..bukan nak mara..tp warning jgn buat lg...hahaha..over x over heeeee...
Acik Erna said…
anak bujang cam tu la dik..tak bertanda tak lelaki la namanya..tapi lepas ni jangan la kena lagi..abang dah baik demam ke..
Kakzakie Purvit said…
Itulah kakak dah kata kalau kakak memang tak boleh terima. Nasib baru 3 hari kawan sebab itu dia tak tahu.

Lepas ini tak mahu kawan lagi dgn budak tu... geram kakak. Tengoklah bengkak dan sampai demam lagi...

Hari ini boleh sekolah ke?
Kakcik Seroja said…
Kalau anak kakcik jadi begitu pun kakcik akan gelabah lebih dari gaban!
Irfa said…
MummyDanisha..
Ikutkan hati mmg nak je pegi skolah dan warning budak tu tapi fikir balik..takkan hari2 sy nak kena pegi bila ada kes camni..sbnrnya takut budak tu balas bali :( jalan terbaik saya pesan kat hero jgn kawan lagi ngan budak tu..mengalah tak semestinya kita takut
Irfa said…
KAK ERNA dan KAK ZAKIE..
hari jumaat je cuti.hari ni dah boleh gi skolah :)harap2 dia serik la kawan ngan budak tu.dah pesan sampai dia pun xlarat nak dengar sy ulang pesanan tu
Irfa said…
KAKCIK..
mana tak risau kakcik..sentiasa risau dari bangun tido sampai pejam mata nak tido :)
Anonymous said…
nape ngan muka abang ni??
sweetie said…
Ya, saya setuju, ni mesti demam sebab kena tumbuk tu. Handsome rupanya si hero ni.
Rumah Kuning said…
takyah kawan lagi dgn budak tu. ganasss...
Unknown said…
siannya demam kena tumbuk lah tu,terkejut langsung demam....
Aidah said…
Sikit lagi nak cedera kat mata. Kesian dia. Kalau akak pun macam Irfa jugak, saspek dia demam sebab hal kawan 3 hari tu kan. Dah elok ke demam abam hari ni?

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

GA: Nak Bagi Hadiah Sempena Besday Aku, Nak Tak?

I LOVE FEBRUARY (^_^) kerana February adalah bulan kelahiranku *wpun mak kata, lahirkan aku 31Jan, tapi di daftar kan pada 1 Feb, huhu secara rasminya, dalam surat beranak n ic, aku lahir 1 Feb February banyak cuti kalau pandai plan, penjimatan berganda dibulan Feb ini Pada 1 February lepas aku dengan baik hatinya bagi cuti pada semua yang bekerja di Wilayah suka tak? sori gurau je eh Ok, yang ni tak gurau memandangkan aku dapat 'hadiah besday yang tak disangka' oleh 'teman sebilik' makanya, aku nak bagi hadiah kepada 5 pengomen bertuah #mintak tolong ye, kalau korang join, sila check balik kotlah korang menang yang lepas2 pun ada lagi yang yang tak claim hadiah GA aku pun dah lupa sapa yang tak claim, huhu soalannya berbunyi begini HAPPY IRFA ADA BERAPA ORANG ADIK? bukan adik-beradik ye sila jawab dalam sekali napas 5 orang terawal dapat jawab dengan tepat ada hadiah menanti selamat mencuba (^_^) ...