Skip to main content

AlFatihah........buat Lienanilaz



perkara pertama aku buat datang keje pagi ni..terus log in blogspot.terjah ke sini kerana malam tadi aku tak lena tido memikirkannya.sesekali aku berharap itu cuma khabar angin dan mungkin silap orang.

ikhlas aku akui ..aku tak kenal dia di alam nyata.aku cuma kenal dia melalui komen-komennya dalam blog sahaja.sesekali aku jengah ke blog dia,tulisannya pendek-pendek dan kadangkala ada maksud tersirat.tapi dia rajin komen kat blog aku..tapi last entrinya ada tulis dia sakit kepala.

apa yang aku tahu dia bekerja diLangkawi dan masih single (belum berkeluarga).itu aje.tapi sms dari KakErna malam tadi buat aku terdiam dan tak tahu nak kata apa.drama tv yang aku tonton tidak lagi menarik hati.yang pasti aku rasa sedih sangat.aku ada berharap moga itu cuma khabar angin dan berharap itu bukan dia..mungkin berita itu tentang orang lain yang aku tak kenal,lebih baik begitu.

tapi semua itu menjadi lebih jelas bila ke blog HerbaTihara.Dia sudah pun pergi menemui PenciptaNya.hanya AlFatihah yang mampu aku sedekahkan untuknya.moga Allah tempatkan arwah lieynanilaz dikalangan orang-orang yang beriman.

Comments

bujal X said…
innalillah~terkejut jugak~~dia selalu komen dalam blog saya~~
Unknown said…
al-fatihah, tak pernah kenal atau baca blognya, tp turut rasa sedih, serasa seperti mengenali sbb dia juga antara rakan blogger sesama kita kan...

Moga rohnya di cucuri rahmat
Lady Windsor said…
Walaupun tak pernah masuk blog dia, tapi pernah lihat nama dia dalam dunia blogging, alfatihan untuk beliau...
Mak Lagenda said…
Alfatihah untuknya. Allah lebih menyayangi dia. Meskipun mak x pernah kenal,pergi ke blognya tp sesama manusia, mak tetap rasa sedih di atas kemergiannya.

Moga dia ditempat disisi penciptaNYA.
HeNRieTTa JoSe said…
Al-Fatihah....rietta cam xpercaya jew akk....dia selalu juga jengah blog rietta....last ntry, dia bilang dia sakit kepala, darah naek, doktor kasi ubat utk 1 bulan....
mama aryan said…
alfatihah..semoga roh arwah dicucuri rahmat-Nya..itula walapon hanya bersahabat & kenal di alam maya saja,tp rasa mcm dekat je kan..
Kakzakie Purvit said…
Entah mengapa airmata kakak mudah benar luruh bila dapat tahu. Terbayang doodle berbaju biru muda kain pink. Sedih...

Al-fatihah buat beliau...
Kakcik Seroja said…
Innalillahhiwainnailaihirojiun.

Kita juga akan menyusul...
Masya said…
al-fatihah moga rohnya dicucuri rahmat...
Acik Erna said…
Innalillahhiwainnailaihirojiun.
AlFatihah
Unknown said…
dia tiak ayu ... kakak...
Sape yg boleh take over blog die eh?
sweetie said…
Irfa, sayu hati mendapat khabar dia telah tiada, saya baru je beberapa minggu lepas berkenalan dengannya. Dia yang dulu masuk ke blog saya, dan saya jadi folower dia. Kini telah pergi buat selamanya.. al-Fatihah!

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t