perkara pertama aku buat datang keje pagi ni..terus log in blogspot.terjah ke sini kerana malam tadi aku tak lena tido memikirkannya.sesekali aku berharap itu cuma khabar angin dan mungkin silap orang.
ikhlas aku akui ..aku tak kenal dia di alam nyata.aku cuma kenal dia melalui komen-komennya dalam blog sahaja.sesekali aku jengah ke blog dia,tulisannya pendek-pendek dan kadangkala ada maksud tersirat.tapi dia rajin komen kat blog aku..tapi last entrinya ada tulis dia sakit kepala.
apa yang aku tahu dia bekerja diLangkawi dan masih single (belum berkeluarga).itu aje.tapi sms dari KakErna malam tadi buat aku terdiam dan tak tahu nak kata apa.drama tv yang aku tonton tidak lagi menarik hati.yang pasti aku rasa sedih sangat.aku ada berharap moga itu cuma khabar angin dan berharap itu bukan dia..mungkin berita itu tentang orang lain yang aku tak kenal,lebih baik begitu.
tapi semua itu menjadi lebih jelas bila ke blog HerbaTihara.Dia sudah pun pergi menemui PenciptaNya.hanya AlFatihah yang mampu aku sedekahkan untuknya.moga Allah tempatkan arwah lieynanilaz dikalangan orang-orang yang beriman.
Comments
Moga rohnya di cucuri rahmat
Moga dia ditempat disisi penciptaNYA.
Al-fatihah buat beliau...
Kita juga akan menyusul...
AlFatihah