Skip to main content

Durian + Budu + Cili Padi =Perghhhhhh,Meleleh

ni kisah malam tadi.sambungan citer hero bertuah yang bersarapan dengan durian tu.semalam dia balik sekolah terus citer 'abang sakit perut dan berak banyak sangat kat sekolah sebab makan durian'.hah,tahu takpe..sib baik tak terkincit dalam seluar.kalau tak malu sepanjang zaman.

entri semalam sara ada yang tanya aku 'makan budu dengan tempoyak ke?' jawapannya ialah 'aku bukan makan budu dengan tempoyak.aku makan budu dengan durian fresh yang baunya masih wangi dan bukan dengan durian yang dah boleh buat tempoyak tu'.sebenarnya aku kurang suka tempoyak dgn budu.kalau tempoyak aku lebih suka buat gulai je.

nak tahu cara makan dia?inilah cara-caranya..gigih ambik gambar padahal perut dah berkeroncong masa tu.hehe.

1-ambik mangkuk.tuang budu dalam mangkuk(aku pilih Budu Pati Ikan Bilis)rasanya terbaik setakat ini.

2-pilih cili padi yang terbaik dari ladang.kalau boleh cili padi kampung yang kecik-kecik.pedasnya menyengat

3-last sekali..seulas durian mentah yang masih fresh.

ni le hasilnya..taraaaaaaaa

Budu + Cili Padi + Durian Mentah

masa nak makan picit je cili tu dan gaulkan dengan durian tu

pastu aku gigih buat ikan aye (ikan tongkol) masak singgang.lain orang lain caranya...ni cara ikut suka hati aku je.rasa lebih kurang la..

ikan aye masak singgang

ikan aye aka ikan tongkol masak singgang Mak Tom..tetiba feeling AA.hehe(rindu nak tengok AA dalam masterchef la tu)

bergabung pula dengan petai celur

tetiba jumpa sepapan petai dalam peti ais.campak je dalam rice cooker yang nasinya dah nak masak tu.hehe

mantap beb

okey ..ni gambar dinner aku dan hero malam tadi..anak-anak aku tak banyak karenah,makan je apa yang aku makan.kategori senang bela la senang citer.rimas aku dengan orang yang memilih makan,itu tak makan..ini tak makan.susah nak hidup macam tu..aku boleh makan apa je asalkan halal.

tetiba lapar la pulak walaupun hanya tengok gambar.padahal pepagi dah belasah makan nasi bekal,ala lauk tak abis malam tadi je..kira koverlah sarapan dan lunch.'brunch' terus.Oh My English ;)

my sarapan

sarapan dan lunch bersatu dalam satu bekas.alhamdulillah ;)

Comments

Kakzakie Purvit said…
Sarat muatan bekal sesuai tuk brunch. Kakak pun selalu bawa bekal yg malam punya kakak panaskan, kalau habis pagi kakak tumis apa-apa je alakadar sebab kakak memang maaaalas nak keluar masa lunch..
Kakcik Seroja said…
Kakcik tak pernah jemu makan durian.

Bila AA tak ada dalam MSM, rasa macam masakan kurang rencah. :)
Biarlah rahsia said…
k.bi pun mlm2 masak mcm ni je...simple..anak2 tak kisah....diorang akan makan apa yang kita masak...husband lagi suka klu simple mcm ni..bila byk lauk dia akan komplen taktau nk makan yang mana satu pula....hehe
bangsawan nilai said…
irfa...rasanya bukan makan mlm tadi tak habis, tp mmg saja masak lebih utk bwk opis esoknya kan...he he
Mulan said…
noti la u ni.. tayang durian & budu makan dgn nasi..

ps: tqs sbb promo daytrip to vietnam... sbb jauh kena travel dr kerteh, takleh la buat gitu.. dpt terjah 1 mlm je this time..
Irfa said…
BANGSAWAN NILAI..
mmg ada niat pun nak bawak bekal pagi ni.hehe
masak sekor ikan tu makan dua orang.
mana nak abisnya..
Irfa said…
M.U.L.A.N..
hehe.teringin ker?

malu le kita sebab promo macam la pegi seminggu
balik ari je pun :)
Irfa said…
KAK BIE..
betul tu,kalau banyak sangat lauk dah tahu apa rasanya
semua dah bercampur aduk sekali
kalau satu lauk boleh makan dengan penuh perasaan ;)
Irfa said…
KAKCIK..
anak2 saya suka sgt makan durian.terutama si hero tu
dan malam tu adiknya pun dah menurun perangai si abam
sambil makan mulut cot cet cot cet 'mie.dap'jari tunjuk bagus lagi

tengok siaran ulangan kalau nak tgk AA ;)
Irfa said…
KAK ZAKIE...
betul tu..saya pun kadang2 je kuar lunch
makan bekal kat meja sebab boleh layan blog sambil makan ;)
NenetPenne (NP) said…
tu dia..budu...mak mertua tolong jangan lalu kat bakang...confirm tak nampak... ")
Rumah Kuning said…
kali ada ase klekte pulak, perah dale budu tuh. pehh.... ore lalu pun tk kaba. sedap nyo.
BungaTulip said…
baru tau durian leh makan dgn budu skali..bole la nak cuba nanti.ehe..
Yatie said…
Budu+durian+cili padi+ike singge+ petai = awesome.

Popular posts from this blog

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...