Skip to main content

Lagi Pesanan Dari UAI

sori..tak abis lagi nak share tentang UAI..maafkan saya ;)


" Masalah yang ditimbulkan Isteri "

1. Diriwayatkan isteri Nabi pun lawan ckp Nabi,apatah lg kita ni..wanita diciptakan dari tulang rusuk yg bengkok,tidak lurus..bila bernama isteri,suamilah yg akan mjaga,bagi nasihat dan buat teguran.

2. Bila salah cakap sikit merajuk,silap gurau sikit menangis,kalau dia yg salah cakap takpe pulak,selalu nak betul..terima sajelah karenah isteri,kalau tak ikut tak berbinilah kita.

3. Bertolak ansur dan ikutlah dlm perkara yg remeh,jgn lawan belaka..tp jika dia buat perkara yg salah disisi agama barulah kita lawan.

4. Orang yg paling baik dan beriman adalah orang yg paling baik pada isteri serta anak-anaknya kata Rasulullah.

5. Sayangilah isteri dgn cara yg betul,tegur isteri jika dia tak ikut perintah agama.

6. Wajib bg nafkah utk isteri makan dan minumnya dua kali sehari,kalau lebih itu lg baik..itu tanda sayang seorang suami pada isterinya.

7. Orang yg sayang isteri sentiasa bg hadiah utk isterinya,sentiasalah bg buah tangan kalau pergi mana-mana..ingatlah selalu padanya,biar dia senang hati selalu..ini tidak kalau makan kat kedai suami mkn tomyam,bungkus kat isteri roti canai je.

8. Biar isteri makan sedap-sedap lebih dari suami,pasal dia bini kita..byk susah payah yg dia lakukan utk kita,lahirkan anak kita,besar jasa isteri pada suami.

9. Bila dah beranak susah payah pulak nak didik anak-anak kita,bg la hadiah biar suka hati selalu..tanda kasih sayang kita padanya.

10. Jika sayang pada isteri jgn la bg dia buat kerja rumah selalu,biar dia byk rehat..bg cuti kat dia.

11. Jgn disebabkan satu perangai buruknya kita membenci isteri,lg byk benda baik yg dia lakukan utk kita b'banding keburukan..jgn sesekali hanya pandang pd kekurangannya.

12. Bila isteri buat silap,tegurlah..jgn hukum selalu,isteri ada kebaikkan dan kelemahannya..normal la tu.


13. Kena molek isteri comel doh tp dok pandai masak,putih leput doh kentut busuk pulak..ada lebih dan ada kekurangan.

14. Tgk pada buku resepi macam-macam jenis,nangis-nangis suruh belikan buku resepi tp makan kat kedai semacam..eksyen je lebih.

15. Isteri yg dikurniakan pada kita tu memang dah sesuai utk kita,Allah yg jodohkan kita..terimalah segala kekurangan isteri,mungkin itu kafarah utk dosa-dosa kita sebelum ini.

16. Tak mencabarlah sesebuah rumahtangga itu jika isteri jenis diam je,tak m'bebel langsung atau b'tengkar dgn kita..tak seronok..kalau isteri suka m'bebel barulah seronok dlm rumahtangga ni.

17. Nabi kita kata jgn sesekali sepak terajang atau maki hamun isteri..malam-malam kita ajak tidur ngan kita pulak.

18. Ni lepas mu sepak terajang bini mu,mu ajok bersama (jimak) dgn dia pulak..jahatnya suami yg jenis mcm ni!!


19. Walaupun isteri kita tak secantik bidadari,cantik masa atas pelamin je..dia tetap isteri kita,terimalah segala kekurangannya.

20. Bila kita nak bertengkar dgn isteri kita ingat dan renungkanlah mase kita berkasih dulu..panggil sayang sokmo,ni dop bila bertengkar gi panggil beruk!patutnya panggil sayang jugak la.

21. Saidina Umar b'kata biarlah isteri b'mulut jahat sikit,byk dah pengorbanannya..tukang masak utk kita,tukang basuh baju kita,jahit baju kita,padahal itu tak wajib pun bagi dia.

22. Dalam Islam tak wajib pun suami tinggal b'sama isteri,tp wajib melawat dan jenguk isteri..ni dok sapa tok laki nok keluor rumah pun payah.

23. Antara jasa isteri lg,dia susukan anak kita..bukan kita yg bg susu,kalau kita yg tukang bg..keringla anak kita,nok tubik susu kot mane..

24. Suami jgn kedekut dgn isteri,ni lebihkan kawan-kawan dari isteri!nak bukak air cond waktu tinggal isteri dlm kereta pun sayang..rela matikan enjin biarkan isteri kepanasan,berape sen sgt duit minyak kalu bukak air cond,kedekut nak mampus!

25. Walau dah bg nafkah makan minum utknya,bg la jugak duit bulanan,kalu boleh biar RM2000 sbulan..belikan hadiah yg mahal-mahal,nim gi beli jam pasar malam je harga lima belas ringgit..jam spongebob.!! (hahahah)

26. Belilah barang kemas,rantai dan gelang..beri pada isteri,isteri kita kan tu,bukan org lain pun!

27. Sekarang dah dekat bulan puasa,nanti nak raye,cer tanya org puang kita,siap tak lg baju raye?semua dah siap!anak-anak pun belum beli lg,tp tak ape la..isteri kita kan,layanla dia,siapa suruh mu kawin dgn dia!kalu mu maroh mu kawin dgn org laki la! (like! hehe)

28. Bila kita ada isteri,kita t'hindar dari lakukan dosa dan maksiat..besarnye jasa isteri t'hadap kita..elakkan kita dari b'zina..boleh pergi pada isteri kita yg halal.

29. Isteri kita kat dunia sekarang ni akan jd isteri kita jugak kat Syurga,jd umur 17 tahun..comel pulak tu,telah di"convert" secantik Bidadari hinggakan kita sendiri pun tak berapa cam kerana terlampau cantik.

30. Di Akhirat nanti isteri kita yg suka membebel di atas dunia ni tak membebel doh la kat sana,akan sentiasa bernyanyi-nyanyi utk kita dgn suara yg sgt merdu,disebut didalam hadis Nabi.

31. Janji Allah,setiap kali kita pandang wajah isteri kita didalam syurga..maka setiap kali pandang wajahnya akan jd semakin cantik.

-----------------------------------------------------------------

****aku baca sambil senyum sensorang.ada yang betul ada yang kelakar.hehe..nak lagi best,copy emel ni dan hantar kat suami korang.agak-agak apa respon diorang ye.hehe**.

Comments

Sukaaaa sangat ceramah UAI..lawak tapi ada logiknya.
Unknown said…
aku setuju 100% yang bab nafkah rm2k sebulan.. hahha..
Acik Erna said…
salam dik..tak yah email..panggil je terus suruh baca..kalau email bukannya dia nak tengok pun he he..yang bestnya..bagi je dengar..dan dengar sama2.tapi akak susah nak cakap..bil baca ni memang dah banyak dia buat..he he
tapi tetap juga ad ayt power ni "yang untung orang nampak..yang rentung?"
Mulan said…
dah pernah dulu.. buat seposen je takde respon... bila tanya, katanya dah baca daaahhh, hahaha...
HeNRieTTa JoSe said…
mel kt suami? Hehehe....ada btl...ada klakar....tp sukeeee....E
Zareda Norman said…
Dari tulang yg bengkok tu lah istimewanya wanita... Kita ni lemah tapi kuat emosi, kita boleh menakluk lelaki hanya bersenjatakan airmata.. Hehehe
-Sara- said…
ehehe..terbaiklah kak! nak copy boleh? ehehe
Unknown said…
seronok baca kan...UAI mmg best!
Irfa said…
SARA,,
ambiklah..saya pun copy dr emel jugak
harap org yg menulis ini mengHALALkannya ;)
Irfa said…
KAK ZAR..
macam iklan shampoo pulak ye'pakai jari pun boleh'hehe
okey kita tukar 'pakai airmata pun boleh'
tapi boleh diguna pakai untuk yang sayang je
kalau dah tak sayang..ceduk airmata pakai baldi pun dh tak guna
Irfa said…
KAK ERNA..
trade mark akak la tu "yang untung orang nampak..yang rentung?"
moga jgn ada yg rentung sampai hangus
Irfa said…
RAI..
kalau ko 100% aku pulak 200%
boleh?
insyaAllah sapa tahu masa tu akan tiba satu hari nanti
sama2 kita doa ye sempena bulan Ramadhan yg berkat ini
Irfa said…
CPH..
yg suka tu sebab mmg kena tang batang hidung ;)
Irfa said…
MULAN..
takpelah..dah baca bagus la,tinggal nak amalkan je lagi :)
Irfa said…
RIETTA..
emel je ;)
Angah said…
Laki aku bab UAI ni memang suka sangat siap beli CD buat koleksi. Dengar je laaa... perangai buat gak pfftttt

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t