Skip to main content

Happy Besday Adikku,Cik Viva

morning korang ;)
sapa masih keje ni?*saya..saya*,aku angkat tangan dulu..ye,aku masih keje dengan penuh dedikasi.

entri pertama pagi ni nak wish besday adikku.dulu sms je wish besday..tapi tahun ni memandangkan dia dah ada blog..kita wish kat blog jelah.

alkisah..memula dulu dia penah la jugak kutuk-kutuk manja bila aku cakap aku ada blog.dia kata 'banyak sungguh masa lapang ye'pasal apa dia cakap macam tu?sebab dia tak suka membaca.kalau suh dia baca novel dia akan belek muka surat pertama,muka surat tengah dan last muka surat akhir.tapi dalam malas-malas nak baca novel tu sesekali dia jadi silent reader blog aku.kadang-kadang aku takde modal nak borak sebab semua yang aku nak citer dah tulis kat blog dan dia dah baca.huhu

dia pun baca banyak blog dalam bloglist aku.ada 2,3 blog yang jadi bahan cerita kami tapi bukan ngumpat..cuma terkagum dengan cara hidup orang tu.lama-lama aku cucuk dia untuk menulis blog walaupun katanya dia takde idea.aku cakap 'tulis la apa-apa pun.pasal makan-makan ke apa ker'.lepas bertahun jadi silent reader baru bulan lepas dia mintak aku buatkan blog untuk dia..maka terhasillah CikViva.

perkenalkan..adik aku,CikViva.dulu2 penah gak 'kutuk manja' dia dalam blog sekarang dah tak boleh kutuk lagi sebab dia pun dah ada blog.nanti dia kutuk aku balik ;)



dear Sis..
happy besday.moga sihat selalu dan semoga bahagia milikmu.
*jangan mintak hadiah..sebab hadiah idaman awak tu sila beli sendiri ye.kakak awak ni belum mampu nak bagi yang tu.tapi balik kampung petang nanti kita beli kek share ngan kakak bolehlah tumpang tulis nama atas kek tu..'happy besday untuk kakak dan mak cheq'(makcheq adalah panggilan manja anak-anak aku pada dia)*

daaaa

Comments

Lady Windsor said…
Irfa,
Petang ni balik kb eh? Huhu bestnya..ok kalau makan nasi dagang jangan lupa saya di KL ni. Nanti datang rumah ya...kita chitchat...no tpon saya ada kan? Apa2 Hal roger ya...Salam aidilfitri...:) xoxo!
Anonymous said…
epy birthday utk adik awak tu ye... KA dh bercuti hari ini sebenarnye he he he
Unknown said…
happy bday utk adik ko..

saya saya..dengan gaya penuh berdedikasi menerjah ke blog kengkawan..hahaha..
Kakcik Seroja said…
Happy birthday Cik Viva, semoga terus dikurniakan segala kebaikan buatmu olehNya.

Kakcik masih di pejabat juga ni. :)
:: CIKVIVA :: said…
sob..sob...sedey giler. Trima kasih my sis...tp orng y prtama sms wish HEPI BDAY taon ni adalah knik...hehe

hadiah tu akan ku beli sdiri... dear cik tab, sabar na..

Popular posts from this blog

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...