Skip to main content

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo..

ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena.

so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang.

entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do.

sumber dari sini

Soalan:Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer

Assalamualaikum

Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal puasa saya disebabkan ubat itu bercampur dgn air liur semasa bercakap dan kemungkinan besar ia masuk terus ke tekak? Diharap mendapat penjelasan dari Ustaz. Terima kasih
Note : Saya bepuasa sunat hari Isnin

- Khalidah Hj Ibrahim -

Jawapan

Walaikumusalam.

Tidak batal puasa, kerana tiada perbuatan makan dan minum. Yang tertelan itu bukan disengajakan dan satunya yang tidak dapat dielakkan.

Wallahualam.

-------------------------------------------------------------------

SEMALAM..aku dah tak tertahan sakit ulser dalam mulut ni.kat bibir bawah ada 2 biji dah hampir sebesar syiling 5 sen.dan sebiji kat belah atas baru nak menjadi.sakitnya sampai rasa nak menitik air mata menahan sakit dan bibir rasa bengkak macam kena sengat tebuan.huhu

tanya akak-akak ni ada yang kata BATAL ada yang kata TAK BATAL.serba salah aku..tapi dalam serba aku letak jugak ubat ulser tu sebab aku yakin takkan tertelan punya.bila cari dalam google aku banyak jumpa link yg mengatakan tak batal.sama jugak kes pakai inhaler untuk pesakit athma..sebab ia bukan mengenyangkan.


-----------------------------------------------------------------

SOALAN:Penggunaan Inhaler Ketika Puasa

Assamualaikum Ustaz,

-Sekarang ni saya sedang mengandungkan anak yang ke tiga dan mungkin sebagai ujian Allah untuk saya, pada kali ini saya mengalami masaalah asma (kesukaran bernafas) yang memerlukan saya terus mengambil ubat atau inhaler (gas yang dipamkan melalui mulut ke paru-paru apabila menghadapi masaalah pernafasan) antara jam 11.00 hingga 12.00 tengahari. Persoalannya sekarang,

-Adakah benar ada pendapat yang mengatakan bahawa inhaler tidak membatalkan puasa. Saya memerlukan penjelasan.

- Samidah Samun -

Jawapan

Waalaimusalam.

1. Ada dua persoalan disini, seorang perempuan yang mengandung takut bahaya diri dan anak kandungan adalah dibenarkan berbuka puasa tetapi kena qado.
2. Inhaler adalah merupakan gas bantuan pernafasan dan ianya bukan mengenyangkan. Perbuatan ini tidak membatalkan puasa sesaorang pengidap penyakit asma yang wajib memerlukan bantuan pernafasan ini jika diserang. Gas bukan merupakan objek atau ketulan yang boleh mengenyangkan, dan perbuatan ini adalah dharurat. Wallahualam.

Wallahualam.

------------------------------------------------------------------------

Comments

Nieda said…
100% berubah....serba biru you. nak sambut raya ke?
Mulan said…
laaaaaa... kesiannya..

moga cepat baik..
Lady Windsor said…
Thanks Irfa, hari tu saya puff sebab lelah masa puasa..
lepas puff tu baru teringat batal ke tidak puasa...
sekaranh terjawab sudah persoalan, tengkiu!
oren said…
rajin beli majalah tak? dlm majalah al-ustaz isu no. 4 ada byk kupasan psl posa..psl guna inhaler, psl derma darah time posa, pasal visi dentist n cabut gigi..mmg semua tuh ilmu yg menarik..

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t