Skip to main content

Tabung Alia Haryanie

Pagi ni..macam biasa on pc dan buka emel opis.emel biasa2 je.dan dalam banyak-banyak emel terselit emel tentang rakan blogger yang baru aku kenal sejak bulan Julai yang lepas.aku dah penah tulis kat blog tentang dia,Alia Haryanie kat sini dan memang lepas kenal blog dia,setiap hari aku akan klik untuk tahu apa perkembangan dia.kadang-kadang aku cuma baca tapi tak komen sebab aku dah tak tahu nak komen apa.rasanya perkataan TABAH dan SABAR pun dah lali di telinganya...

walaupun tak pernah bersua,sebagai saudara sesama Islam dan juga sebagai ibu..hati semestinya tersentuh dengan kisah penderitaan dia.melihat anak-anaknya terutama Aiman yang masih kecil aku terbayang anak-anak dirumah.

Dalam kita sibuk membeli belah kelengkapan menyambut raya,dalam sibuk mengunjungi pasar ramadhan mencari juadah berbuka..ingatlah,insan-insan yang tidak berkemampuan.

hebatnya dunia internet,maklumat dihujung jari.bagi aku..kalau kita tak cerita orang takkan tahu.mungkin ini cara Alia untuk berkongsi ceritanya.dan aku kagum dengan semangat yang dia miliki.

semoga dengan izin Allah dibulan Ramadhan yang mulia ini,aku minta dan doa-doa sangat-sangat semoga Alia sembuh kembali demi anak-anaknya.sama-sama kita doakan ye



blog AliaHaryanie dan kalau berminat boleh juga beli toto,cadar dan comforter disini.

Comments

Kakcik Seroja said…
Betul tu Irfa. Tiada kata lagi yang dapat diluahkan buat Alia, hanya doa dan bantuan yang tidak seberapa boleh dihulurkan...
-Sara- said…
blog ni mmg banyak benefitnya kan kak..same2 kita boleh mmbntu mereka yg kurg berkemampuan :)
sekadar satu coretan said…
Mmg seorang insan yang tabah sangat...dan kuat semangat demi untuk anak2..
Sama2 la kite membantu pd yg memerlukan...
Unknown said…
aritu aku ada cerita jugak pasal alia ni kat mak aku..mak aku pun simpati..kesian sangat sbb aku nak sangat tolong tapi tak dapat nak fikir nak bantu macam mana..alhamdulillah ramai yg nak membantu dia..semoga dengan dana yang disumbangkan tak payah dia risau tentang kos perubatan ke apa..dan cepat sembuh..
♥cikmOt♥ said…
baca jugak blog dia...
sedih kan...

Popular posts from this blog

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...