Skip to main content

Orang Cuti,Aku Masih Kerja

Halloooooooooooooo
ada sesapa keje hari ni tak?
saya...saya...saya 
(jerit sambil angkat tangan tinggi-tinggi)

ye..disaat ramai yang ambik cuti
ambik cuti isnin,rabu dan jumaat
maka dapat bercutian sebanyak 9 hari
tapi aku NO CUTI-CUTI
belen cuti ada lagi sehari
tak tahu nak ambik bila
sebab lambat lagi nak tunggu hujung tahun

okey..
jomlah buat keje
unit aku tinggal aku sorang je keje
bos besar bos kecik semua takde
hari ni aku jadi bos
ini opis,aku yang punya
hahahahahahaha

Comments

saya kerja!.....bos cuti saya kerja...walhal cuti banyak..hehehehe..
Dr K said…
saya kerja aja..
esok pun kerja

:)
Rinah said…
saya kerja hari ini..
opis pun hari ini saya punya juga..
yeah!!! mari marathon movie sampai petang.. tapi before tue kena bereskan keja dulu ;)
NenetPenne (NP) said…
akak kerja... cuti ada 2 hari je lagi..sib baik dah sampai hujung tahun..simpan cuti untuk bulan 12
muslimah rempit said…
Kak So kerja juga minggu ini....
Tak cuti... waaaa
walhal boleh jer cuti...
tapi, kalau kak so cuti, huru-hara la opis Kak So tu, berdering-dering la telefon Kak So tuu dari pagi sampai malam... kalau Kak So tak cuti elok pula jer kerjanya, baik tak payah cuti kalau camtu kan hehehehe


pssstttt: Kak So Bukan pekerja yang baik sebab masih jer buat kerja-kerja merepek hehehehee
pB said…
kak pB kerja
Belen cuti ada 9 hari lagi.
Simpan untuk hujung tahunnn ....
Anonymous said…
saya kerja...
esok cuti...
rabu keje...
khamis cuti balik...
dan jumaat keje...
pendek kata tak amik cuti pung...
sok hubby kena OS luar daerah...huwa
ZieMarziah said…
sy keje kak irfa *sambil angkat tgn hehehe*
Hanis Azla said…
akak pun kerja juga dengan cukup aman damai hari ini.. he..he..
shida said…
saya pun kerja... enjoy kerja bila bos2 pakat tadak
Ratu Hatiku said…
Keje..sape kata x keje...hehehe....
bangsawan nilai said…
alahai irfa ni mcm la dia sorang keje, kita org pun tak coti weh...ha ha
Juju said…
Irfa,
Saya pun keje. Jumaat baru nak bercuti.

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...