semalam 2 entri duk komen pasal siaran tv
hari ni nak komen pasal fesyen
wah!tak agak2 tu nak komen pasal fesyen
berfesyen sangatkah ko?huhu
banyak sungguh trend zaman sekarang
hari ni nak komen pasal fesyen
wah!tak agak2 tu nak komen pasal fesyen
berfesyen sangatkah ko?huhu
banyak sungguh trend zaman sekarang
pesen zaman dolu-dolu pun dah keluar balik
seluar kaler2 warna warni
macam-macam pesen
baju pula yang lengannya ala-ala Saloma
aku ni bukan ikut trend sangat
pakai mana yang sesuai dan selesa je
(ngaku jelah..susah nak dapat baju lawa bersize besar..huhu)
sana sini aku tengok orang duk sebut 'peplum'
memula dengan aku ngat diorang cerita pasal buah
sian kan?
padahal jauh bezanya buah dengan fesyen tu
sejarah memula aku tahu pasal peplum
ialah masa baca blog elly in wonderland dan blog fillanie
elly pakai peplum kaler hijau tu lawa sangat
suka baca blog dia yang 'gila2 sengal' ni
sori ye elly (dia baca ke blog aku?huhu)
dan lepas tu aku terus mengugel image apa itu peplum
emm..
ada banyak blog tunjuk pesen peplum ni
antaranya disini dan banyak lagi
sambil berkata2 dalam hati
'sesuaikah dengan ku?'
takut nanti orang kata
'jadi mangsa fesyen'
selalu kita tengok orang yang sedia cantik
tapi nampak hodoh kerana baju yang dipakainya
jadi artis lagi la susah
ingat nak jadi 'stailista' tapi sudahnya jadi 'ops'
emm..orang tua pernah berkata
pakai baju ukur badan sendiri
balik nanti nak ukur lah
hehe
~tata~
Comments
betul tu.. pakai baju ukur badan sendiri.. Kalau rasa sesuai..tak sakitkan mata... kita pakailah.. jangan sebab nak ikut trend sangat.. tapi nampak..opsssssssssssspocot!!
itu hari nampak orang pakai baju pesen gini.. aku cakap dalam hati "disaster apekah yg kau cuba sampaikan??" sebab mmg tak kena langsung.. *cakap dlm ati jelah.. hehe*
cantik kan...
eka suka pakai peplum..
mmg pun..byk blog duk jual online baju ni.tapi nak beli pk 10x takut tak muat.hahaha.kalau boleh nak belek smpi puas hati baru beli,online xleh belek2..
#KA..
apa lagi tunggu,jomlah order selai
buat pakai raya krismas ;)
#fida..
hahaha..berani cakap dlm ati je pun
sbb tu aku tak berani mencuba takut di kata "disaster apekah yg kau cuba sampaikan??" hahaha
#shahzee..
nape x sesuai?belum cuba belum tahu
#cik eka..
comel macam cik eka lagi comel la pakai peplum..letak gambar sekeping nak tengok :)
#tijah..
nanges tailor nak buat baju tu ;)
#cik viva..
singkat?mana singkat dgn t-shirt?
hahaha
#fara..
ye betul..macam nora danish tu lawa la kot.sbb tu aku pk 16kali nak cuba pesen ni
okey saya paham ;)
baju pesen tu utk kaum hawa je
kaum Adam dilarang mencuba sama sekali
#Ratu Hatiku..
okey nanti cuba letak sekeping kat blog ye ;)
#Kak Erna..
dah tau dah pesen akak dulu,kini dan selamanya ;)
ah ya.. terima kasih singgah blog saya. saya tak sempat geledah blog kamu. saja followlah.. nanti ada masa saya geledah :D
Tapi di Aeon (Jusco), ada department khas jual baju utk orang badan XL. Scarlet Plus. Fesyen lawa lawa
senang kita ikut je stail diri sendiri...mcm prinsip hidup...kena ada juga prinsip berpakaian...bukan prinsip ikut ikut...yg penting menutup aurat.
saya pun baca blog elly tu..kelakar giler minah tu..