Skip to main content

Edith Piaf ,Dengar Je Tapi Tak Paham Pun

Me is peminat tegar drama Korea.Sanggup tido jam 2.00 pagi kerana menonton tv.Jangan ikut ye perangai ini..sebab natijahnya bangun pagi rasa macam ada gam gajah bertepek dibirai mata.huhu

Dulu aku layan sampai 4 drama dalam satu malam tapi sekarang cuma tinggal 2 je drama korea yang aku follow.Memula jam 10.15 malam di channel 393,Welcome Rain To My Life (ni ulangan rasanya..tapi sebab belum tengok lagi,so layan jelah).Elok je abis terus tukar ke 392, tajuknya Bread,Love and  Dreams kalau diterjemah jadi Roti,Cinta dan Impian.Inipun ulangan tapi aku belum tengok..sebelum ni memang tak layan KBSW tapi entah kenapa minggu lepas tertekan channel 392 terus melekat.Aku dah tahu ending sebab dah banyak blog tulis,tapi tetap jugak nak tengok.Ada sedikit sengal disitu.

Drama ni banyak tunjuk pasal buat roti.Sempat gak telan air liur.hehe.Tengok diorang buat roti,rasa macam dan-dan tu nak beli breadmaker..keh keh keh.

Malas nak ulas pasal drama tapi malam tadi ada scene si hero yang baru berjumpa kembali dengan si awek selepas terpisah selama 12 tahun (kenal masa kecik,berpisah oleh keadaan dan jumpa kembali bila dewasa lantas jatuh cinta) si awek kena tahan lokap (kes mahasiswa protes kerajaan) dan aweknya itu suka sangat dengan sebuah lagu klasik Perancis.Nak hiburkan hati si awek,hero datang ke balai polis dan berdiri depan tu..pastu tahan sebuah teksi dan suh driver pasangkan lagu kegemaran si awek tadi.sweet sangat...menitis airmata wanita ku

Lagunya bertajuk Non,Je ne regrette rien (dalam melayunya-en gugel translate yang menterjemahkan 'saya tidak menyesal apa-apa' lagu tu memang klasik sangat..feeling duk kat Kota Cinta.Tapi ada satu lagu bertajuk La Vie en Rose/La Vida en Rosa memang pernah dengar sebelum ni.Penyanyinya Makcik Edith Piaf.



dia meninggal kerana kanser hati

Sekarang aku layan lagu tu berulang kali (ai pakai earphone..nak dengar 16 kali pun takpe..orang lain tak dengar).Sedap la pulak...

!! non.je ne regrette rien..lalalallalala.!!

Comments

Lady Windsor said…
Irfa,
Edith piaf ni tahap diva evergreen di Peranchis dan lagu makcik ni banyak lagu-lagu mendayu seeprti lagu cinta. akak kerap dengar lagu dia walaupun haramm tak faham. siap beli CD dia lagi sebab suka dengan bahasa perancis..

o ya try dengar juga charles aznavor...lagu2 pakcik ni pun sedap..
err me is bukan peminat citer korea...ekekek!
azieazah said…
Anak dara Kak Azie pun kuat layan drama Korea sampai 2,3 pagi. Semua pelakon Korea depa kenal. Kadang2 kita tak larat nak larang.
Irfa,
Aunty folo juga drama Korea seperti My daughter, the flower, School 2013. Cerita Raja Roti aunty folo kat internet sampai habis 30 ep.
Lagu tu memang sedap. mendayu-dayu.
Nieda Ramly said…
anak dara akak minat korea . boleh dok dm bilik sorang2 lps tu dengar bunyi ketawa sorang2 .
Acik Erna said…
assalam dik..orang tu..kat opis ni pakai earphone..yang pelik..bunyi radio akak kat dalam bilik dia dengar..siap ngamok lagi..pelik..tahun baru ni dia meroyan je ngan akak..tah apa kena tah..dah lama akak tak kisahkan dia..
MOKCIK AZWA said…
Mokcik pun tak folo citer Korea.. [sebenarnya mana2 citer pun mokcik tak sempat nak folo, mana taknya tv kena conquer dgn anak2..asyik2 Ceria ceria ceria..sampai dah tak ceria langsung kalau dok depan tv tu hahaha]

Macam best jer lagu makcik Edith nie..sedih pula tengok gambar dia yang sedih itu..
ZieMarziah said…
boleh la geng ngan en.suami sy.hantu korea betul

pehh penyanyi klasik tu
Nong Andy said…
sy berusaha elak korean drama sekarang sebab masih sesuaikan fasa baru- anak gi sekolah :)
Irfa said…
#kak LW..
banyak rupanya lagu dia dan sgt femes di France.NurulWahab pun ada tulis pasal dia kat blog dan melawat kubur dia.dah terbukak u-tiub bukan takat lagu dia je sy dengar.lagu kanak2 perancis pun saya layan sekali..
feeling guling2 bawah eifel tower.hehe

#kak azie..
wah boleh geng ni.saya dah terperangkap dgn citer korea ni..
dah x boleh buat apa dah tapi bukan la tahap x mandi x buat keje lain.
hehe.korea mmg kegilaan budak remaja zaman sekarang.saya minat drama je tp x minat kpop dan saya juga tak remaja lagi.hahaha

#Auntie HNA..
saya pun layan drama my daughter my flower tu tp school 2013 belum tahu lagi.ada kat you tube ye?lagi bagus boleh layan sampai abis 30 episod

#kak nieda..
akak x join sekali ke?hihi

#kak erna..
dia meroyan sebab akak x layan dia kot.sian kan?

#kak azwa..
sama jugak asik2 channel 612-617
tp sesekali guna kuasa veto.lgpun 10.30 malan diorang dh nak tido.
umie punya turn la pulak

#zie..
jarang lelaki minat drama bersambung ni.en abe pulak layan Setia Hujung Nyawa..saya dha baca novel so sibuk duk kacau dia bagitau jalan cerita.hahaha.bengkek je
Irfa said…
#Nong Andy..
kalau belum terjebak baik elakkan ;)
Rumah Kuning said…
saya balum terjerumus lagi. hehehe tapi rasa mcm sedap je cerita dia.
Nora Karim said…
akak suka tgk running man ngan hello counsellor je... drama2 tu layan kadang2 je... takut terjebak... haha
zila norazila said…
akk lom terjebak lg dik..tp klu tgok mcm nk jew mgikuti..tkut jgk x terkejar nt..he hhe
Unknown said…
aku tgk citi hunter je kat tv8.. hehehe..

dan dan aku lapo baca roti.. tp teringin donattt.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t