Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

Babai Kakak,Jumpa Lagi

~*~ Jumaat Datang Lagi ~*~ Pagi ni sedikit lambat  sebabnya kami anak beranak ke Terminal One,Seremban hantar mak aku dan anak dara sulung nak balik kampung akhirnya mak pilih bas transnasional dari naik 'ketebang' tak kisahla..asalkan mak selesa dan selamat sampai kakak dan mok  Alhamdulillah  kakak dapat bersama umie,ayah dan adik2 selama 4 hari Hari ni kakak balik kampung semula sebab sekolah dah nak buka Ahad nanti Lepas ni kakak dah susah nak balik sini  kelas tambahan utk upsr dah bermula Nampak gaya kami pula yang kena balik kampung kalau rindu pada kakak umie kena simpan cuti untuk balik kampung lama sikit Sabar ye kakak dah tak lama pun lepas upsr hujung tahun nanti kakak balik sini dan kita akan lengkap sebagai satu keluarga macam dulu umie,ayah dan adik2 sayang kakak # mood sedih..tapi ku tahankan Jebat apa kaitan Jebat dengan ini cerita?

Masuk Lif,Tekan Sendiri

kenal ni? gambar dari sini bagus.. # tepuk tangan ye ini lif boleh didapati dalam bangunan bertingkat # kalau dah kaya sangat rumah 2 tingkat pun boleh pasang lif kisah 1: bayangkan korang berada dalam lif dalam lif yang sama ada beberapa orang lagi yang berlainan jantina tetiba korang terkentut dan kentut tu bukan jenis yang 'takde bunyi tapi ada bau' ni yang berbunyi dan berbau dan ia jelas didengari datangnya dari korang dahlah orang2 dalam tu memang kena hadap hari2 malu sampai pencen.hihi apa korang nak buat? pura2 pitam kah? kisah 2: ni kisah sebenar aku berdiri depan lif sambil belek henpon lif dah tekan tapi aku tak perasan lif buka ke tidak maklum khusyuk check status kengkawan kat FB beberapa detik kendian aku baru perasan lif terbukak terus masuk rupanya ada orang dalam tu dengan muka kelat boleh dia cakap  'ada orang nak naik rupanya,ingatkan lif berhantu tadi bukak tutup,bukak tutup...

Aktiviti Cuti Sekolah Bersama Kakak

~Salam   Khamis~ Masih tensi gara-gara henpon buat hal tapi hidup mesti diteruskan..geledah kotak barang lama dan jumpa satu henpon zaman tok kadok.jadilah dari takde kan,inilah dia pepatah ada berkata 'bila gading tiada,tanduk pun berguna juga' kring kring nada deringnya no more lagu Adele.huhu  Okey..lupakan pasal itu,meh kita bercerita tentang kakak yang balik bercuti. 'Yey..kakak balik,akhirnya keluarga kita dah lengkap' itulah ayat abam bila kakak balik musim cuti sekolah.Alhamdulillah..kakak selamat sampai dari kampung jam 12.30 malam,hari Ahad (dah masuk hari Isnin yang sebenarnya pun) .Kami semua siap sedia menunggu kakak di rumah Makwan(Mil) kat Cheras.Sengaja aku mintak adik lelaki turunkan kakak disana..so kakak boleh jumpa makwan dan atok sebelum balik rumah kami.Ops..mak aku pun datang sama,surprise katanya. Malam itu kakak tido berpeluk dengan adik, masa kakak sampai adik dah tido so dia tak tahu pun yang kakak ada tido sebelah dia sampai k...

aptb

hai korang selamat hari RABU aku baru masuk keje selepas bercuti sabtu ahad senin dan selasa sempena anak sulung balik bercuti (wah!macam anak belajar oversea.hehe) tapi mood adalah ke laut henpon meragam bila ON,keluar ikon jenama henpon pusing2 kejap pastu padam tanpa pesan kepada yang sms,call,whatsapp ke hapa maaf tak dapat jawab huhu bila henpon buat hal rasa macam duk dalam gua tak tahu perkembangan dunia aptb ( apa pun tak boleh )

Hobi Adik Ajaa dan Kakakku Pulang Dari Kampung

Hai kawan-kawan umie semua.Apa khabar? Hari ni umie sibuk..so saya rampas kuasa untuk menghapdet blog kesayangan umie.Okey,memula saya nak bercerita tentang hobi saya dimasa lapang.Selain tengok katun Oggy & the cockroaches, Spongebob Squarepant ,Upin Ipin ,Geng Bas Sekolah dan pasang dvd Barbie ulang-ulang kali saya juga suka sepahkan menan,main masak-masak..nanti saya akan pinjam pinggan mangkuk dan cawan plastik umie saya..pastu dah puas main,saya akan paksa abam kesayangan saya untuk kemas.hehe syok woo layan oggy & the cockroaches ni dia sangat kelakar main masak-masak atas tangga nanti bosan main..suh abam kemas Sesambil itu saya juga suka salin baju,sekali masuk bilik air..tukar baju dan seluar sebab saya jijik nak pakai semula baju yang dah pakai # seperti ayat feveret abam saya itu 'euw.ia sangat menjijikkan'  bersama baju pasukan feveret ayah # jom terbang ini namanya tarian inang Bukan baju saya je..saya juga suka pa...

Rindu Bertamu di Abu Dhabi:Cara Mengorat Terbaru dan Suami..Tolong Jangan Berahsia Dengan Isteri

sinopsis dari sini   Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi mengisahkan tentang liku-liku hidup seorang lelaki bernama Firdaus (Fahrin Ahmad). Firdaus mengalami konflik keluarga dan cinta. Ain Farohah (Tasha Shila) seorang wanita yang difitnah bersekedudukan sehingga ditangkap khalwat dengan Firdaus (Fahrin). Firdaus dan Ain terjerat dengan rancangan Faiz (Shahrizal Jaszle) sehingga kedua-dua mereka dihalau oleh bapa Firdaus, Haji Ilham (Dato Rahim Razali). Bagaimanapun, Firdaus bertanggungjawab ke atas Ain dengan menikahinya dan berhijrah ke Abu Dhabi lalu bekerja sebagai jurutera kanan di sebuah syarikat swasta. Fareez (Aiman Hakim Ridza) sebagai adik bongsu kepada Firdaus dan Faiz berusaha untuk menyatukan kembali keluarga mereka. Fareez juga sangat cintakan Meera (Elyssa) walaupun Meera mempunyai kisah silam yang negatif. Sebenarnya, Firdaus telah terlebih dahulu mencintai dan bertunang dengan Fatin Zaharah (Fouziah Ghous). Dapatkah Firdaus mencintai Ain Farohah seperti di...

Kisah Lidi dan Kacang Hijau

Malu pulak aku tengok entri Rumpai Laut tu,apa kita kita apdet satu lagi cerita.Ini kisah anak-anak ye # tahu malu ye,siap tulis bersiri lagi tu.huhu  Dulu...masa sekolah rendah,rasanya dalam darjah 1 kot.Balik dari sekolah..aku mintak dengan mak aku 100 batang lidi sebab cikgu suruh bawak..zaman aku dulu,belajar mengira pakai batang lidi.huhu.Mak aku ambik penyapu lidi dan potong  batang lidi tersebut pendek2 dalam sejengkal budak kecik.Sampai sekarang aku ingat lagi kenangan belajar mengira dengan batang lidi itu. gambar dari sini Malam tadi..sambil baring tengok tv,si abam berkata-kata 'umie,esok cikgu suh bawak kacang hijau 3 gengam' .Pening kepala aku..mana nak cari kacang hijau memalam macam ni?Kat rumah memang aku tak penah buat bubur kacang hijau pun.Setiap hari bekerja,aku sampai umah dah pukul 7.00 malam..en Abe pulak balik keje jam 1.00 pagi.Mana nak cari kedai runcit yg jual kacang hijau waktu begitu? Kesian si abam,pagi ni aku cakap d...

Collagen Rumpai Laut (Seeweed Collagen) Siri ke 2

Okey,ini sambungan entri semalam hahaha..siap ada siri ke 2 bagai.# dengan berkobar2 balik rumah terus jenguk hasil rendaman rumpai laut itu.Mak ai..penuh besen kecik tu basuh dan bilas banyak kali sampai puas hati (tetap jugak ada bau hanyir air laut..si abam ingat aku rebus kerang 'umie masak kerang ke?'haha) cari periuk besar (jenuh geledah lemari,jumpa satu periuk besar yang tak penah guna pun..yelah,selalu masak pakai periuk kecik je.sampai lupa bila ntah aku beli periuk itu) dari sejemput bertukar jadi seperiuk masukkan rumpai laut itu bersama dengan 2 liter air (takde penyukat so pakai botol air yg ada tulis 2 liter) campak 5 helai daun pandan dan 2 sudu besar gula pasir (tiada gula perang) rumpai di laut dan daun pandan di darat dalam periuk bertemu jua kacau dan biarkan dia menggelegak (mungkin sebab rendam lama sangat,kejap je dah hancur lebur rumpai laut itu) biarkan sejuk dan masukkan dalam bekas2 kecik untuk senang di makan dapat 6 be...

Collagen Rumpai Laut (Seeweed Collagen) FREE

Dulu..heboh pakat promote kebaikkan spirulina yang kaler hijau lumut tu.tapi aku tak pernah pun mencuba.Kendian datang pula acai berry..macam-macam jenama ada (aku pun ada beli beberapa botol Monavie masa memula muncul dari harga rm120 sekarang boleh dapat rm75 je sebotol..bagi ayah di kampung minum.kesannya?entahlah,ayah kata badan dia takde rasa lenguh..mungkin nak ambil hati aku?dan en Abe pun kata muka dia takde berminyak lepas minum ni) Sekarang macam2 produk kesihatan ada dipasaran.sediakan $$ je.Kalau kaum pompuan,jual je produk yang ada 3 perkataan ni: menguruskan badan mencantikkan kulit/menggebukan wajah mengetatkan apa yang longgar konfem ramai yang berminat.hihi Sekarang muncul pulak produk bernama  Kolagen Rumpai Laut (Seeweed Collagen).Wah,promo tak hagak-hagak.Siap ada gambar sebelum dan selepas menggunakan..sapa tengok konfem teruja,sapa tak nak cantik dan gebus kan? Okey..dari blog Filla The Kasihs   (harap dihalalkan share di blog aku ni)  jo...

Samad Maccaboy,Samad oh Samad

Dulu penah share kat blog seorang vlogger yang aku minat/suka tengok video dia dalam You Tube,namanya 'matluthfi'  ala,yang belajar seberang laut tu.Boleh dikatakan hampir semua video dia aku dah tengok.Hari ni adik aku perkenalkan seorang lagi vlogger namanya sama macam Poksu aku (adik lelaki ayah) iaitu Samad @ Samad Maccaboy (cer cari dalam you tube) Emm..ni konfem peminat matluthfi jugak.MatLuthfi buat loghat utara dia buat loghat Ganu,kelakar pulak aku dengar..Tapi kalau dia cakap laju-laju nampak sedikit kelam kabut.Tapi boleh la mengisi waktu bosan memang dah jadi hobi budak2 zaman sekarang upload video kat You Tube bagi semua orang tengok ada video yang nampak cerdik tapi tak kurang jugak yang menampakkan kebodohan sendiri apapun buat adik Samad, eh!tetiba adik pulak.huhu ~selamat maju jaya~

Rezeki Pagi Rabu

~Assalamualaikum~ dah sarapan? Pagi ni ada rezki terpijak Masuk opis dapat call 'teman main masak-masak' di opis lama yang call ingatkan apa rupanya suh datang opis ada bekfes katanya # tq kak..sambal itu sedap macam dulu jugak hello..apa di dalam? nasi lemak rupanya selamat menjamu selera (^_^)

Rancangan Masak-Masak dan Isteri Mithali

Hai korang..dah sarapan?Hari ni aku bekfes makan 2 ketui kuih yang diperbuat daripada kacang dhal.Vadey namanya..kalau nampak kuih tu kat kafe konfem aku tak pandang kuih lain.Dah tahu cara nak buat tu senang je tapi beli lagi senang kot.Bak kata budak nama Mael dalam Upin Ipin 'murah je.2 singgit' .hehe.Tengok kuih ni tiba2 teringat kat kawan baik yang sedang cuti sakit,akak tu pandai buat kuih vadey ni.Kak A,semoga akak cepat sembuh ye.. Hari ni masih nak berceloteh tentang rancangan tv (maklumlah sabtu ahad mengadap tv je.huhu) .Remote kat tangan je takde sapa nak berebut (guna kuasa veto memanglah umie je yang menang.hahaha) aku tekan sana sini dan melekat di AFC Channel ..masa tu ada sorang mamat Singapore mengacara sebuah rancangan cari makan di India.Area mana di India itu tidaklah hamba ingat.Nama rancangan ialah Singapore Flavours .mamat tu takdelah hensem pun tapi cara dia mengacara buat aku tak de niat nak tukar channel (harap maklum..muka hensem bukan jaminan ran...

Penyakit Was-Was @ Obsessive Compulsive Disorder (OCD)

Sabtu dan Ahad semalam tak kemana2..duk umah je (adik2 pun takde balik rumah aku pun.huhu) kalau tidak,ada je muka cik viva dan sorang lagi adik lelaki muncul di muka pintu tapi 'hello,orang pun ada life okey' so aku pun paham la..hihi.Apa aktiviti kat rumah selain masak,makan dan mendobi?seharusnya ialah mengadap tv.Buka tv dari pagi sampai ke malam nak tido baru tutup,kalau la tv tu boleh menjerit dah lama dia menjerit 'oi..tutuplah,aku panas dah ni.kang aku meletop..ko jugak yang susah'. Okey,ni nak citer..semalam terlayan Nona (dah lama tak tengok.Maklumlah siang malam mengadap drama korea je.huhu)  Pengacaranya ialah Cik Fara Fauzana dan Cik Neelofa.Antara segmen ialah penyakit yang jarang kita ambil peduli iaitu   Obsessive Compulsive Disorder (OCD) atau dalam bahasa mudah pahamnya pula ialah 'penyakit was-was' .kat sini ada tulis  Korang penah tak dah keluar rumah,kunci pintu dan start engin keta ..tetiba teringat 'eh.aku dah kunci pintu ke be...

Pentingnya sarapan untuk memulakan hari

Dah sarapan?jangan tak sarapan tau sebab sarapan itu penting untuk kita memulakan hari.Dalam HotFm pagi ni tajuknya   'kenapa tak ambil sarapan?'  maka ramai la yang call bagitau sebab musabab kenapa tak ambik sarapan.ikut kajian 3 daripada 10 kanak-kanak tak bersarapan ke sekolah.emm...camner tu?Okey,ada macam2 alasan bagi yang tak bersarapan.Antaranya: memang sejak kecik dah biasa tak bersarapan tak boleh makan pepagi nanti sakit perut tak ambil sarapan sebab nanti menyebabkan mengantuk..tak boleh buat keje mak masak tak sedap (sian mak dia kalau tahu anak cakap macam tu.huhu) Sejak beranak pinak ni dan anak2 dah bersekolah..aku cuba sediakan sarapan.Paling malas pun roti kosong dan segelas milo.Rajin sikit roti celup telur/lempeng/cekodok.Tapi belum lagi rajin sampai nak buat nasi kerabu/nasi berlauk macam sarapan aku di kampungku yang indah permai itu.Pagi ni si abam sarapan segelas milo dan 3 keping lempeng. (lempeng tu buat size 's' je..sebesar tapak tanga...

En Kuning,Jam Saya Dah Pukul 1 Pagi Tau

Malam tadi  (ekceli bukan malam,dah pagi pun) aku tetiba hangin dengan 'encik kuning'.Dulu aku adalah pengguna setia Wilayah Biru (10 tahun jugaklah aku setia) tapi sejak beberapa tahun lepas beralih arah kepada EnKuning sebab terpengaruh katanya lebih murah..Opss..dalam Nuffnang pun ada iklan yang ditaja oleh En Kuning.TQ. (pun ada citer tentang Nuffnang..kendian la citer). Alkisah..malam tadi tertido awal..sedar2 jam 12.30 malam..turun bawah kemas menan anak,sampai ke bawah tangga di sepahkannya.lipat kain yang menggunung atas sofa..pastu dah tak boleh tido.belek2 henpon ada lagi kredit rm5..hati di cuit2 nak bukak fb (aku guna prepaid) so gatai tangan langgan internet.ambik yang paling murah le RM1 utk penggunaan 1pagi-7pagi (konon nak intai kisah kawan2 kat Fb je)   Okey..nak share antara pakej internet bagi prepaid yang di tawarkan ialah: Daily 100mb 1-7am(RM1) Daily 150mb (RM3) Weekly 600mb (RM15) Monthly 600mb (RM30) Monthly 2GB (RM48) Monthly 5GB (RM68) ...

Bicara Khamis

Khamis yang indah # sampai opis..tengok yang mana penting,yang dulu di dulukan..yang kurang penting..esok jelah buat.hehe # dapat sms dari sis Pb ,katanya ada kat klia..menghantar family mertua yang nak ke tanah suci.so kuar jumpa kejap..dapat jugak berkenalan dengan adik iparnya,  My Story Pic .kecil molek orangnya ;) # tengah syok sembang..dapat call dari pengasuh..anaknya demam dan kena masuk spital.emm camner ye?aku dah sampai opis..tapi cik abe masih kat rumah dengan kenit (macam biasa sikenit akan pegi lewat kalau ayahnya keje petang) bincang ngan cik abe,maka aku kenalah ambik cuti 1/2 hari .sib baik belen cuti banyak lagi (banyak la sebab baru bulan Mac..cer bulan Nov,silap hari bulan takde belen.huhu)  sekian apdet hari ini..

Nak Baca Je

hari ni taknak update nak baca semua blog kat list belah kanan tu je tunggu ye aku datang ni sediakan sirap dan biskut merry ye nak hidang pavlova pun okey jugak ^_^

Adegan Biasa dalam Drama Korea

Aktiviti tido lewat bermula lagi..huhu.Sekarang duk melayan Drama Korea bertajuk ' Welcome Rain to My Life' (Isnin-Jumaat,jam 10.15 malam) dari sini  Korean Drama Total 106 episod kisah kehidupan seorang gadis keras kepala,Han Dan Bi yang akhirnya insaf lepas ayah kesayangan ditimpa kemalangan semasa ayahnya di dalam 'koma' terbongkar rahsia..dia adalah anak angkat siapakah ibu dan ayahnya yang sebenar? maka pencarian pun bermula # malam tadi episod yang ke 92 emm letih tunggu ending dan King Of Ambition (Isnin dan Selasa,jam 9 malam) . dari sini KoreanDrama 24 episod kisah seorang perempuan,Joo Da Hae dia ingin menjadi seorang wanita yang hebat dan dalam perjalanannya menjadi First Lady dia sanggup butakan mata pada suami dan anaknya akhirnya anak perempuan mati depan mata suami masuk lokap atas tuduhan membunuh masuk lokap 4 tahun sebab dibuktikan tanam mayat tapi lepas kes membunuh kerana tiada bukti..pembunuh sebenarnya adalah dia se...

Untukmu...38 Hanya Nombor

~Salam Selasa~ Dulu-dulukan,bila hari istimewa 'yang tersayang' (cinta hati,kawan baik,mak ayah,adik beradik)  maka sibuk la mencari kad..kalau bajet lebih beli yang ada music,kalau bajet kureng 'kad biasa yang ada kata2 gambar bunga/bear' kalau rasa nak kreatif buat kad sendiri.hehe Kendian..datangnya handphone,senang sikit..dah takde kad...sms@mms kata2 dengan gambar kek dan lilin.pastu di ikuti dengan e-card dalam emel. Sekarang..tak cukup dengan sms,wish kat wall FB,TWITTER,INSTAGRAM bla bla bla.padahal malam tu tepat jam 12malam dah wish siap kiss/hug (cium dan peluk bagi yang halal ye) .Bagi yang ada blog haruslah buat entri khas untuk yang tersayang kat blog (orang yang membaca rasa nak muntah tu sila abaikan.hahahaha). okey..nak jugak ikut arus laman sosial yang berkembang sekarang..aku dengan ingin membuat entri khas untuk 'si dia' sempena besdaynya hari ni 12 March 'sayam..happy besday yang ke 38 tahun.38 itu hanya lah angka.Apa yang palin...

Profile Picture..Kartun @ Bunga?

Tadi aku gelak sakan..tahu kenapa? (tak nak tahu pun tetap aku nak cerita.keh keh keh) .Kisahnya..aku tukar profile picture kat laman mukamuka.Haruslah sesi pilih gambar tercantik,tergebu,ter itu dan ter ini.yelah profile picture katakan (*_*) dengan bantuan camera360 haruslah kulit nampak gebu seperti apam terlebih yis. Sekali..dah letak sebagai profile picture ramai lak yang komen 'puji pujian' alamak..malu le pulak terus delete.Boleh gitu?euwwwwwwwwwwwwww aku adalah sangat malu dipuji.Rasa macam nak nyorok bawah meja.Ada orang setiap minggu tukar profile picture...hobi kot. Ingat lepas ni nak letak gambar bunga @ kartun je sebagai profile picture.hehe # pujian ibarat mata pedang..membunuh dalam diam dan boleh mendatangkan riak.

Apa Boleh Tolong?

# sebenarnya aku takde idea nak apdet blog..so meh kita jenguk blog kengkawan.Terbaca blog Dialog Uda tentang anak bujangnya yang berumur 6 tahun.Bila baca,aku terkenang si bujang aku jugak.Sekarang ni pantang aku ke dapur dia pun sibukla mengekor bontot. 'umie masak apa?ada yang boleh abam tolong' memula malas nak layan tapi banyak kali dia macam berharap so aku izinkan dia untuk tolong sikit2..suh ambilkan sos dalam peti ais @ kacau2 masakan dalam kuali (nak bagi pecahkan telur tak berani pulak..takut terpercik minyak kat muka). Aku rasa zaman ibubapa sama2 bekerja ni kena ajar anak2 basic ke dapur (basuh pinggan dan masak simple macam masak air,masak nasik,buat nasi goreng@maggi goreng,goreng nugget@sosej) .Selain itu boleh juga diajar basuh kain..bukan nak kena memberus pun..masukkan dalam mesin basuh dan letak sabun,tekan start.Kalau dah kahwin takde la semua nak harapkan isteri yang buat.Bila isteri pantang bersalin takdelah kes asik makan kat kedai hari-har...

Astro View Bulan Mac:Ziela Jalil,Erra Fazira,Kak Engku dan Cik Ta

# takde idea nak merepek lompat-lompat dari blog ke blog sendiri punya blog tak tahu nak apdet apa mulut sambil mengunyah ubi ketuk cicah sambal kicap perghhhhhh pedas gila sambal kicap ni harap tiada kejadian cherry berry  okey sesambil itu juga membelek folder gambar di henpon cari gambar yang sesuai dibuat cerita eleh..korang pun penah buat kan? jumpa gambar dibawah Astro View Bulan Mac Ziela Jalil,Raja Azura(Kak Engku), Erra Fazira dan Rozita Che Wan (Cik Ta) ini adalah Majalah (er..majalah ke?) ker nak panggil buku intisari rancangan? hehe dah sampai kat peti surat rumah minggu lepas suka pulak aku dengan cover tu walaupun jarang tengok rancangan Primadona sebabnya..pengacara ramai sangat..semua berebut nak bercakap.huhu dalam mereka berempat aku suka tengok KakEngku sebab kak Engku ni aku tak pernah tengok dia bermuka masam selalunya gelak je memanjang dalam siaran SinarFm dia suka kenakan SY-Saleh Yaakob ada ora...

Jumpa Blogger Tapi Macam Jumpa Artis

~Selamat Petang~ hari ni lambat sikit collect report ada sedikit masalah teknikal selalu pagi2 dah melilau kat terminal hehe jalan2 ke terminal sambil tengok gelagat manusia yang baru turun kapal yang baru nak naik kapal tak disangka terserempak dengan pemilik blog ini #malas letak link sebab dia dah sedia gelemer..boleh? hehe kenal tak? dia adalah Jemah aka Virus Padu kakak kepada Ceera dan Sepet katanya baru balik dari LGK-Langkawi aku tegur dia (takkan dia nak tegur aku dulu..bukan glemer pun.huhu) ini kali ke 2 aku jumpa dia  kali pertama di kedai kasut Bata Seremban2 tapi dia pemalu aku nak mintak bergambar pun rasa malu tapi dia memang comel macam kat blognya juga (^_^) hai Jemah (macamlah dia baca) #lambatnya nak balik apa nak makan berbuka nanti ye Ralat/Nota Kaki: ramai lak yang tanya mana gambar dengan Jemah (2 orang yang tanya,boleh kira ramai tak?hehe)  sorry memang takde bergamba...

Cerita Masa Dulu,Indah Di Kenang

Sejuk gila ekon hari ni (adakah sebab perut kosong?) Hati,bertabahlah..last ganti posa 1 hari je pun.Orang lain dah berzaman ganti,ko sehari pun asik la bertangguh ;( Tadi cikviva emel tanya 'mana nak dapat air pong?member peknen mengidam nak ni' ..aku pun ingat2 lupa apa itu ' air pong ' dan tak tahu la korang kenal ke tak sebab lain tempat mungkin lain namanya.Mintak gambar dengan pakcik gugel pun takde..tapi gigih cari dengan macam2 keyword akhirnya jumpa sekeping kat sini mawaddahaisya (pinjam ye) kat kampung aku panggil 'eskrem air pong' kalau beli satu patahkan dan  kongsi 2 orang dulu 10sen sebatang ni eskrem feveret masa kecik2 dulu..balik sekolah jalan kaki makan eskrem sampai meleleh kena baju/tudung.oh nostalgia sebut pasal kisah dulu2..adik pompuan no5 selalu merungut.dia cukup ' anti + menyampah ' bila berkumpul ramai2 (aku,adik no2,cik viva dan adik no 4) sebabnya kami suka bercerita kisah purbakala,kisah masa kami kecik dan me...

Ultraman Wujud ke?

Lokasi:Home Sweet Home Waktu:Lepas Solat Maghrib Pelakon Utama: Abam (baru nak mula mengaji) Pelakon Tambahan:Umie ~*~*~*~* aku belek FB..like sana sini dan sinun juga nampak gambar ni (ting...mentol lampu tetiba muncul) jom kenakan abam U:umie A:abam U: abam..tengok ni A: eh,biar betul,ni betul ke tipu? U: abam rasa? A: emm tipu kot.tapi macam betul sebenarnya ultraman ni memang wujud ke? U: manalah umie tahu.kalau tengok gambar ni macam wujud je muka masih tak percaya tapi teruskan mengaji sampai habis ingatkan habis disitu,rupanya tidak dia tanya lagi A: umie cakap betul2..ni betul ke tipu? U: tipulah.kan malam tadi abam dah tengok gambar ni jambatan tu runtuh mungkin sebab hujan lebat tanah lembap dan runtuh A: emm okey.tapi abam nak cakap ngan kawan macam ni 'korang tahu tak,ultraman tu wujud tau kita tengok dlm fesbok umie kita jambatan runtuh sebab ultraman bergaduh dengan ra...