Skip to main content

Kebun Pisang dan Jantung Pisang

Salam Hari Isnin

jom cuci mata tengok pokok pisang yang menghijau


ni gambar last week
lepas je pakcik tukang potong rumput datang mesin rumput
aku pun jenguk mini kebun pisang aku
tak jauh pun
kat bucu pagar di belakang dapur
lama dah tak tengok
bukan apa..banyak kemuncup
nanti leceh nak cabut kemuncup yang lekat kat kain


tiap petang balik dari rumah pengasuh
kenit Ajaa akan tanya 'umie,nak pisyam.dah masyak belum?'
antara feveret buah dia selain tomato..ialah pisang
dulu dia sebut pisang sebagai 'pitam'  
aku perasan ada jantung pisang
tapi sebab takut batang pisang patah 
dan tak dapat menampung tandan itu
maka ku cantas jantung itu dan buang

beberapa hari lepas tu baca blog EmbunRosaliza
dia buat teresek jantung pisang
terus teringat jantung yag aku cantas buang tu
rasa nyesal pulak
tapi aku tak pasti jantung pisang tu sesuai ke tidak buat teresek
sebab penah sekali member buat kerabu
rasa pahit semacam
kawan aku kata jantung pisang aku punya ni
memang tak sesuai untuk dimasak apa2pun
macam jawapan EmbunRosaliza jugakla
'ada juga jantung pisang yg tak boleh di guna contohnya pisang kapal,rasanya pahit'
member pun penah kata
pisang aku tu namanya 'pisang kapal'
mak mentua aku pulak kata
'nama pisang tu pisang buruk bakul'
aku tak kenal sangat jenis pisang ni
cuma kenal pisang emas,pisang montel,pisang tanduk 
dan goreng pisang je.hehe

sebenarnya jantung pisang apa 
yang sesuai di buat kerabu/teresek ye? 

Comments

NinaAz said…
Sedap tu kalo buat kerepek pisang.pisang rebus pun sedap. Ohhhh
sweetie said…
Jantung pisang tu hiris nipis dan goreng dengan ikan bilis dan cili padi... Mcm goreng sayur2 biasa. pergh! sedap Irfa.
Kakzakie Purvit said…
Ya Allah dibuangnya jantung pisang tu. Kalau kakak rebus cecah dgn sambal asam pun sedap. tak payah yg buat respi yg susah-susah.. Kakak selalu beli tau.
Ratu Hatiku said…
Yalah betul ckp Kakzakie tu, sedap kalau direbus jantung pisang tu cecah sambal asam..perghhh..... :D
JunAina said…
Setandan tu jenuh makan. Pokok pisang ni jenis yang rendah ek?
Irfa said…
@NinaAz..
tu ari mak dtg dari kg..pisang tu baru berputik.mak dh pesan 'pisang tu dah besar sikit,tebang..buat kerepek.budak2 suka makan tu' dalam hati tercakap 'ai,bila lah masa nak buat kerepek ni.huhu'

@kak sweetie..
sebenarnya saya paling malas pun celur je jantung,cicah dgn budu makan dgn nasi ;)

@kak Zakie..
yg takde siap membeli,yg ada siap buang2.huhu.kalau kita berjiran,akak dtg je umah saya ambik jantung pisang tu.pucuk ubi pun ada

#RatuHatiku..
emm..ada seketui lagi jantung yg belum cantas..nanti sehari dua lagi bolehla kita celur makan ngan budu.hihi

#KakJunAina..
ye..tengok gambar anak kecit saya tu untuk membayangkan betapa rendahnya pokok pisang itu/pernah buahnya mencecah tanah.sekarang dah tinggi sikit.bukan di baja pun.
harap air hujan je yg siram
Unknown said…
aku tau..aku tau..jantung pisang yang jual kat pasar..ok tak kelakar.. :P

aku pun tatau.. biasanya mak/ayah/ mak mertua aku yg ambikkan.. aku pun bukan kenal pisang.. kalau pisang tanduk tu kenal la..pisangnya sedap buat kerepek..hehehe..

sejuk eh tangan ko tanam pisang.. ke ko campak je anak pokok tu dia tumbuh sendiri..cam kejam kan.. hahaha..
Irfa said…
#RAI..
bapak aku bawak anak pokok dari kampung..masa memula pindah dulu.bawak 2 pokok tp mati sepokok.dri 1 pokok tu beranak pinak jadi serumpun..jenuh dah makan siap bagi jenjiran.rezki..siap ada yg mintak anak pokok lagi sbb pokok tu rendah je
IndaMarya said…
besarnya pisang you.letak baja pa?
Unknown said…
hehehe... Comei je Ajaa pnggl 'pisyam'. Mmng sesuai lh bdk cm Ajaa mkn pisyam bnyk2. TQ
:: CIKVIVA :: said…
hello model pisang...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t