Skip to main content

Ada Beza Tak ?

dah sarapan?

ada orang janji nak bawak nasi dagang
(beli le bukan free)
tapi ada teknikal problem
nasi dagang non ado pagi ini
huhu, kecewa

singah sana sini jumpa ni
terus sengih sorang2

# teringat baju bajan yang menimbun atas sofa kat rumah
hehe
tapi malam tido jam 1.00 pagi setel lipat baju


xde mood nak bercakap dan buat apa2
sebab?
banyak bende nak fikir

Comments

Kakzakie Purvit said…
Bergerak juga tapi pindah tempat aje... siang atas katil, malam atas kerusi..gilir-gilir ambil tempat hihi..
JunAina said…
Hahhaaa...boleh buat saya ketawa tengah stress ni bukan apa teringat gak baju atas katil kat rumah nun.
Acik Erna said…
jangan fikir banyak2..kedut dahi yang licin tu nanti he he
Balqis Nazid said…
Ha..ha... Bila ntah nak cipta mesin lipat kain kan..?
Hehehehehe...gambo tu tak ley blah. Ko mengingatkan baju2 aku yg sama timbun tu gak....
Cho Zila said…
sangat berbeza... tapi samajerler...
Ummi M.I.M.S said…
hahaha
rasa cam terkena kat muka sendriii jerr...
Lady Windsor said…
nasi dagang??? eeee sukaaaa!!!
baju bajan??? eeee comel perkataan ni...kikiki
Irfa said…
kak LW..
brother kelantan yg jual ketupat tu janji nak bawak nasi dagang
tp last minute x jadi sbb kakak dia x jd buat nasi dagang ;(
baju bajan tu xde dlm kamus dewan ye kak
# seronok la org tu nak terbang jauh...
Irfa said…
Ummi MIMS..
oh ye? maaflah sbb sy igt sy sorang je
hehe
Irfa said…
ChoZila..
lipat kain pun ikut mood
kalau rajin..semua benda nak dilipat ;)
Irfa said…
FARA..
haha..saling igt mengingatkan :)
Irfa said…
BalqisNazid..
ada member pun cakap mende sama
' kalau ada mesin lipat baju,i nak beli seketui'
hahaha
Irfa said…
KakErna..
x nak fikir
tp otak ni tak paham bahasa ;(
Irfa said…
JunAina..
sy punya atas sofa,bukan atas katil
hehe
Irfa said…
Kakzakie..
sy letak atas sofa je
mmg beli sofa utk letak baju,ganti lemari.hahaha
Lady Windsor said…
seronok memang seronok la sayang
tapi sedey sebab RM meluncur macam ayor parit jer..
nak ngumpulnya bertahun...ekekeke

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...