Skip to main content

Masalah Sembelit ? Try Hurix Laxative Pill

AMARAN KERAS:

dah sarapan?
kalau belum jangan baca entri ni ye

aku kan ada masalah perkumuhan
makan banyak, tapi membuang 3/4 hari sekali, huhu
bahaya tak? kena rujuk pakar ke?
sebab takde perasaan nak 'uk-uk' pun
nak buat macam mana?
benda tu bukan boleh di paksa-paksa

tapi ada baca kat satu blog lupa lak blog sapa
dia try satu ubat
katanya 'beli kat farmasi je
jenama Hurix, kotak kaler oren
lepas makan, membuang pun lawas
ukur lilit pinggang pun ada kurang'
tetiba teruja nak cuba, haha
part 'ukur lilit pinggang ada kurang' tu ai like

 so semalam aku intai kat farmasi
eh! ada la ubat tu
terus beli, RM 3 je pun


makan 2 biji sebelum tido

tiba-tiba
jam 5.00 pagi 'dia' mengejutkan aku dari lena
tu dia, melompat bangun

alhamdulillah, lega u

(^_~)

Comments

Unknown said…
pesanan pihak penaja.. laxative pil jangan amalkan selalu.. boleh bahayakan usus. natural lebih baik. hihi..
Irfa said…
RAI..
ye ker?
alamak takutnya
tq ;)
Yup. Setuju dgn Rai. Elok semulajadi. Jgn amalkan ubat lawas beb.
Unknown said…
K.Sham pun selalu kes mcm ni.
Mcm2 gak try.
At last susu lembu "segar" jugak jadi mengubatnya.
Irfa said…
Kak Zar
menjadi ke kak?
saya penah cuba makan sebotol member jual
asik nak terkencing je
dah stop sbb member dah tak jual
Irfa said…
Ibu Sham..
ada org kata, bancuh milo dlm air sejuk tanpa gula/susu
terus minum gitu je
saya lom cuba
tapi 'susu segar' tu yang jual dlm kotak @ yang baru perah?
Irfa said…
FARA..
masa nak try tu cuak jugak tp sebab risau x membuang,try jelah
nampak gaya xleh buat selalu mcm ni.huhu
Irfa said…
Mrs Eady..
nape senyum ?
ops lupa,senyum itu sedekah
hehe
Acik Erna said…
dik akak ada masaalah yang sama..tapi tak berani makan ubat..makan buah betik...kalau dah kritikal..makan buah prune..atau pun air perahan lemoh+madu
Irfa said…
Kak Erna..
msalahnya, dgn saya ni makan betik ke,pisang ke, prune sume
tak menjadi..huhu
tu pasal cari ubat sembelit.huhu
makchaq said…
Makchaq pernah gak makan, ok, tapi lepas tu macam kalau tak makan lagi tak de rasa nak uk uk tu.. kena makan baru ok.. last2 berenti...ikut ja la petua orang dulu2.. bangun terus minum air kosong suam dua tiga gelas.. alhamdulillah ok pulak..
Irfa said…
MakChaq..
sy amal petua minum air sejurus bangun tido tu .. mmg menjadi
tp selalu je lupa.huhu
untuk kanak2 mcmana ,bolehguna tak?
Unknown said…
Ermmm sy bru beli 3 pkt..sama masalah kiter ni..mmg xkan buang..3 4 ari..mkn aper pun mmg ssh no nk buang..mnum air byk2 mcm xjln..mkn byk tpi xbuang..pewot smpi buncitt!!
Unknown said…
Ubat ni untuk mencairkan tahi yg keras kah ni?

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...