Skip to main content

Running Man (Lelaki Berlari) : Aku Suka Kim Jong Kook dan Kang Gary

Baca kat sini, Running Man akan datang ke Malaysia September nanti (betul ke tak betul aku tak pasti). Aku bukan nak tunggu diorang kat airport sambil jerit2 bagai histeria bawak sepanduk @ pakai costume Zirafah @ Belalang pun..

Tapi aku suka layan Running Man malam-malam pastu gelak macam mak lampir, hahahaha


Running Man versi kartun
sapa la yang lukis ni
mintak buatkan header blog boleh ke?


Running Man versi manusia

Dalam ahli Running Man 7 orang tu, aku suka Kim Jong Kook dan Kang Gary.

Suka Kim Jong Kook sebab:

-dia sweet walaupun mata sepet amat, bila senyum terus hilang mata. Dan dia sangat perkasa dan tangkas. Ahli lain suka sangat kalau dapat jadi partner dia

Suka Kang Gary sebab:

- dia nampak cam tingtong tapi gelagat dia sangat comel kalau buat muka blur, selalu kena usik dengan Ji Hyo sebab diorang pernah kapel (wah!kalau suka comey aje ye)

Sapa suka Running Man? tak suka ? Takpelah, sambung makan nasi lemak (sambil merungut, kenapa kecik sangat telur rebus ni? potong 4 ke potong 8 ?)  huhu 

Comments

CikPuan Adda said…
Saya peminat Jae Suk. cerdik macam belalang eh kancil. Minat juga dgn Jong Kok si lelaki perkasa tuh. Tapi kalau tetamu perempuan mulalah 'cair' semacam. Menyampah tau.
Unknown said…
aku pun suka jae suk.. padahal aku tengok masa dalam pantang je aritu. adik bongsu aku la duk tengok.. aku tompang je.. haha..ni dah tak tengok.. rumah takde asterok la katekan..hihi
Kakcik Seroja said…
Kakcik tengok kalau anak kakcik menonton RM ni, dia boleh terguling2 atas lantai gelak. Maknya ni, tak tahu apa2 pun tentang RM! :)
Cho Zila said…
Alamak tak penah.. kesian akakni dah lama tak tengok korea...
Ina Mohamed said…
running man ni reality show ekkk? kita tak pernah tengok la. sbb rumah kita takde asteruk, hehe. byk mende yg kami hold dulu sbb duduk rumah sewa kan. eh, brg yg shipping dr nz dulu pun ada yg masih dlm kotak, hahaha....bila la nk dapat rumah sendiri ni. harga rumah makin mahal...ooooppppss, out of topic lak... nggeee...
semua orang duk citer pasal runnning man...teringin jugak nak nengok...asik tak menyempat jek...
Irfa said…
Lizz..
memula dulu masa takde astrobeyond tu blur jugak
org duk citer gelak smpi nak pecah perut,sy duk pk best sgt ke?
sekarang..tu dia,tersangkut dgn running man xleh buat apa
Irfa said…
Inaku..
ye,realiti show kat OneHD channel 393(astro)
takpe..pelan2 nanti dh pasang astro boleh la join gelak berjemaah
rega rumah x penah jatuh,jd kalau ada duit beli rumah.buat aset
beli keta mahal2..tahun depan nak jual xde harga dah
eh!out of topic gak.haha
Irfa said…
ChoZila
kat you tube pun ada ;)
Irfa said…
KakCik..
memula dulu setiap episod tgk
skrg cuma ulangan je yg banyak
Irfa said…
IbuKhalish..
memula layan RM pun saya minat JAE SUK
dgn gigi mancungnya tu..hahaha
ala..dia mmg disuruh oleh pengarah buat cam tu kot
backing JongKook nampak.hehe
saja je
Irfa said…
RAI..
sapa yg memula layan RM pasti akan suka JaeSuk si belalang tu
aku pun sama..skrg cinta beralih arah
uwek,muntah
Rinah said…
Aku suka Kang Gary :D
Muka dia lawak siot. hehe
Liz said…
yang tak dpt tgk kat astro, boleh la layan kat TV 2,setiap ahad, pukul 4 ptg. minggu ni baru nak masuk episode ke-3. better late than never huh? LOL!
Liz said…
Kepada yang takde astro, bolehlah layan kat TV 2,setiap ahad, pukul 4 ptg. Minggu ni baru masuk episode ketiga. Better late than never huh? LOL!

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Courier Skynet Memang Teruk Ke?

Morning Uolls ... Ni nak tanya sikit sesapa yang baca ni - kalau korang bisnes online, selalu guna courier apa? Pos Laju, GDex, Skynet @ dll? - kalau korang pembeli, penah tak 'terkena' dengan syarikat kurier bernama Skynet? Tadi aku gugel dan jumpa kes hampir sama dengan kes aku,  sini , sini , sini  dan juga sini . Rupanya dah banyak kes pasal Skynet ni ye. Okey, ni baru cerita sebenar.. Minggu lepas, aku 'ter order' satu barang kat FB, tak mahal pun barang tu RM33 je sebab tengah offer. Aku ni memang susah sikit nak order barang online kecuali ia benar2 murah. Kata penjual, 'sekarang promosi dan harga termasuk dengan kos pos' , so laju lah order. Lepas dah bank in, aku wsap dia bagitau dah bayar dan bagi alamat untuk pos. Hari kejadian adalah hari Rabu (minggu lepas). Aku buat kira-kira bodoh .. kalau dia pos Khamis, maybe Jumaat @ Sabtu barang dah sampai (kalau pakai PosLaju macam selalu aku guna untuk pos barang pada customer). Jumaat, barang...