Skip to main content

Ajaa Putri Misha Naina (bukan nama sebenar)

kalau di tanya 'nama sapa?'
'nama Ajaa Putri Misha Naina' dijawab dengan penuh yakin
menurut cerita si abam, itu adalah nama budak baru di rumah pengasuh
budak tu di panggil dengan nama 'puteri'

last week demam
bila demam melepek
minum susu tak nak
makan tak nak
bergerak pun tak nak
nak bagi ubat meraung macam nak keluar anak tekak

bila dah sihat sikit
dengan lagak mak tiri dia mengarah si abam
'abam, kemas menan ni. ajaa nak tido, tutup lampu'

wah ! tu dia
kakak kawasan kembali mengganas
jaga2 pak meon
(^_^)

Comments

Kakzakie Purvit said…
Tengok muka cerah dia pun tahu dia punya keletah dan petah:)
Amboi, garang die! Heheheheh....ko hantar anak ke skool tak? Bila ko plan nak anta die g skool?
Irfa said…
KAKZAKIE..
lepas baik demam tu makin banyak mulut
garang kemain ;)
Irfa said…
FARA..
garang tp manja pun dia jugak
pantang cuit melalak..asik la tuduh abam yg buat
pdhal dia yg buat abam tp x ngaku

belum anta skolah lagi..plan tahun depan( 4 tahun) nak anta la mana2 tadika
dia pun duk sebut nak gi skolah
siap berangan bila balik dari umah pengasuh 'cikgu saya kata'
konon2 dia pun ada cikgu jugak..taknak kalah dari abam ;)
JunAina said…
Alahai ragam anak2 kadang buat tensi tapi banyaknya buat kita senyumlah.
Irfa said…
betul tu, masa anak2 membesar ni sekejap je
pejam celik pejam celik.. anak2 dah besar,kita pun dah tua

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...