Skip to main content

Al-Fatihah Untuk Mak Ngah, Moga Aman Di Sana

AL-Fatihah Untuk Mak Ngah Sarah
(arwah adalah kakak mak aku, satu ayah tapi lain ibu)
Jam 9.54 pagi tadi, dapat call dari mak di kampung bila mak kol je mesti hati berdebar-debar, takut sangat kalau ada berita kematian. Sangkaan aku betul, rupanya kakak mak yang kami panggil 'mak ngoh' telah pulang menemui penciptaNya pagi tadi. Makngah ialah kakak mak tapi berlainan ibu. Makngah dan family duk kat Pahang. Aku pernah menulis kisah keluarga mereka DISINI, sebenarnya hampir separuh umur zaman kecil aku (sebelum masuk alam persekolahan) ialah mengekor arwah atok melawat keluarga pertamanya di Pahang (Kg Paya Sok).

Anak2 makngah ramai, tak salah aku 8 orang. Tapi sorang je pompuan dan dia sepupu yang paling aku suka masa kecik sebab dia sangat comel, masa remajanya muka seiras Ziela Jalil. Aku sempat call dan ucap takziah atas kehilangan ibunya. Tak boleh cakap banyak sebab sebak sampai tak leh bercakap, suara dia yang macam nak menangis di hujung talian menambahkan lagi rasa sebak sampai tak boleh nak bercakap. Cuma sempat berpesan 'sabar banyak2 ye kak, doa yang baik2 untuk mak'. Aku pandai bercakap suh orang sabar, mak ayah aku ada lagi tapi membayangkan mereka tiada pun dah buat aku rasa kerongkong tersekat.

AlFatihah untuk mak ayah kita dan semua ahli keluarga yang sudah tiada, semoga mereka di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin

Comments

Kakzakie Purvit said…
Memang sedih bila kehilangan org tersayang. Moga roh mak ngah dicucuri rahmat Allah...
NenetPenne (NP) said…
alfatihah...one day kita pun akan pergi juga mcm mereka....
sweetie said…
Masanya dah sampai... kita belum tahu lagi bila...al-Fatihah! moga rohnya ditempatkan di sisi orang2 yg beriman.
NinaAz said…
Salam takziah. Alfatihah
Unknown said…
Al fatihah... bila bln puasa lagi terasa rindu pada arwah abah. Rindu saat berbuka puasa bersama.
Balqis Nazid said…
Al-Fatihah semoga roh tenang disana...amin..amin...
Leney said…
Takziah. Semoga Mak Ngah dimasukkan ke dalam syurga.
Aidah said…
Al fatihah untuk arwah Mak ngah. Semoga Allah rahmati roh arwah dan tempatkannya sebaris dgn para mukminin dan muttaqin. Amin.

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Courier Skynet Memang Teruk Ke?

Morning Uolls ... Ni nak tanya sikit sesapa yang baca ni - kalau korang bisnes online, selalu guna courier apa? Pos Laju, GDex, Skynet @ dll? - kalau korang pembeli, penah tak 'terkena' dengan syarikat kurier bernama Skynet? Tadi aku gugel dan jumpa kes hampir sama dengan kes aku,  sini , sini , sini  dan juga sini . Rupanya dah banyak kes pasal Skynet ni ye. Okey, ni baru cerita sebenar.. Minggu lepas, aku 'ter order' satu barang kat FB, tak mahal pun barang tu RM33 je sebab tengah offer. Aku ni memang susah sikit nak order barang online kecuali ia benar2 murah. Kata penjual, 'sekarang promosi dan harga termasuk dengan kos pos' , so laju lah order. Lepas dah bank in, aku wsap dia bagitau dah bayar dan bagi alamat untuk pos. Hari kejadian adalah hari Rabu (minggu lepas). Aku buat kira-kira bodoh .. kalau dia pos Khamis, maybe Jumaat @ Sabtu barang dah sampai (kalau pakai PosLaju macam selalu aku guna untuk pos barang pada customer). Jumaat, barang...