Skip to main content

Ori ? Made in China ? Why ?

ni nak tanya sikit
kalau korang nak beli sesuatu
contohnya:
-beg @ kasut

apa yang korang tengok dulu?
mesti design kan?
kendian tengok harga
kadang2 design dah berkenan
tapi harga pulak tak berkenan
hehe eh! itu aku je kot

lepas tu korang mesti nak tengok
Made In (negara mana) 
UK? Us? China? Bangladesh? Vietnam? etc

kalau beli kat pasar malam memang redha jelah
negara mana asal barang itu tidak sepenting jika kita beli kat butik original
kalau ke butik / kedai original mesti tangan gatal nak belek Made In From ......

Kalau tulis Made In China
mula la fikir?
'la, original tapi kenapa dari China?kenapa tak dari France'
itu contoh la

apa masalahnya kalau dari China?
aku sendiri penah belek beg kat Harrods London
belek je, belinya tak pun
tetap jugak tulis kat beg tu Made In China
tak boleh nak elak
barang ori @ tak ori
banyaknya datang dari China
sebab diorang antara negara pengeluar produk terbesar di dunia

lawa kasut ni kan?
nak beli untuk anak-anak sorang seketui
Made In Vietnam
okey kot?
hihi

Comments

Mak Piah said…
Mak Piah nyer yang kaler woren paling kanan, ok?

x
NenetPenne (NP) said…
memang ori wlaupun made in china sebab kos labor murah...
walau pun ada yang tak ori made in china tu lain sebab tu dibuat tanpa kawalan dari pihak yang ori..maksudnya pihak ori tak buat quality chek. cam tu lah lebih kurang...


kasut tu comel..akak pun berkenan untuk diri sendiri ..boleh pakai untuk jalan2...
Irfa said…
MP..
lawa-lawa ;)
sy pilih sumer kaler .buleh?
hihi
Irfa said…
KAK NET..
kalau budak2 pakai,rugi beli yg mahal
tahan 4/5 bulan dah ketat.huhu
kalau akak yg pakai, yg tak ori pun nampak cam ori
ada berani?
Mostly company bsr, kilangnye di China. Sbb tu kite nmpk byk brg made in china. Contoh klu kasut doc marten, dah takde yg dibuat kat UK. Semenya dibuat kat China. Mcm Converse, ko boleh klu nak made in US tp mahal gile n special edition selalunye. Even made in Vietnam tp brand stil ori. Jgn risau. Heheheheh.....

Qashmere said…
Eh cantik kasutkasut ni
Irfa said…
FARA..
itulah pasal,aku penah beli kasut utk anak2 kat AlIkhsan tu
mahal boleh tahan.made in Vietnam
masa aku pegi sana,melambak kasut mcm tu
tp beli takde kotak ler ;)
boleh la pakai bukan org belek sampai bawah tapak pun
hahaha
Irfa said…
QASMERE..
mmg cantik,rambang mata nak pilih ;)
eh!meniaga bagus jugak nih
hahaha
Irfa said…
Mrs Eady..
ikat tepi ke?
okey,siap ;)
sweetie said…
Irfa saya tak kisah 'made in..' mana... ori ke tidak itu bukan penghalang untuk bergaya...
sweetie said…
lawa kasut-kasut tu... saya berkenan yang warna oren! pesen high cut tu.
Rumah Kuning said…
Asal tahan. Tapi nak tahu tahan ke tak, mesti beli dulu. Hehe
Irfa said…
KAK SWEETIE..
eh samalah taste kita
mata saya duk melekat kat warna oren dan pink high cut tu jugak ;)
Irfa said…
KAK SWEETIE..
kalau artis tu pakai nampak cam mahal je kan?
entah ori entah tak.hehe
Anonymous said…
apedehal takde kotak. bukan junjung atas kepala bawak pi sana sini kotaknya..hahaha..
Irfa said…
Rai.
eh ko jangan tak tahu,aku penah jual barang perfume mmg dr kedai original
tp sebab nak bawak keluar xleh bawak kotak la kan
org yg nak beli siap tanya 'mana kotak?'
nak tgk kotak baru nak beli.huhu
kayyana said…
kalau jenis yang berduit mmg mereka pentingkan originality tu... kalau mcm kite kite ni cukupla sekadar berbaloi untuk dipakai.. kalah membeli menang memakai.. tp barang original mmglah mahal cekik darah. huhuhu
sitiezahim said…
salam irfa..betul tu. hanbag guess pon made in china, tapi mmg ORI. kalau H&M, made in Bangladesh (kalau tak salah)..so bukan sbb ori ke tak tp mmg derang guna manpower dr sana sbb lebih murah kan..huhuhu
paridah said…
ukur baju kat badan sendiri irfa mmg betul2 ori sbb kita tahu apa yg diri kita ingini...
Jari Manis said…
Kalau JM belasah je tak kira made in mana pun janji cantik dan muroh :-)
gadisBunga™ said…
hahaha. asal cantik dan kalau murah lagi bagus! made in where tuh tak kisah lah. (tapi kadang tuh kisah jugak. hahaha!).

kasut tuh, mintak seketul kaler biru!
:: CIKVIVA :: said…
lawa pulak yg kaler biru gelap tu...tapi kita dah beli grey..caner?? nanti kirim ye lau g vietnam lagi..saiz 7.5 tau..hahaha
Irfa said…
KAK ZA..
beli dulu yg tak tahan dengar tu ;)
Irfa said…
KAYYANA..
betul sesangat,cakap org tak berduit mmg gitu.hihi
tp kalau hbag rasa berbaloi beli yg ori
tahan lama, kalau beli yg tak ori baik yang takde jenama langsung
takdela kes terkepit-kepit malu ;)

Irfa said…
SITI ZAHIM...
berangan nak order LONGCHAMP dengan awak, ori dr german gitu
tengah kumpul syiling, haha
Irfa said…
KAK PARIDAH..
betul tu,ukur kat badan sendiri
kot ukur kat badan orang naya je tak muat ;)
Irfa said…
JM..
letak kat kaki bukan orang intai pun.haha
tp serius masa gi vietnam tgk kasut2 tu lawa-lawa
utk budak2 pun comey sgt
Irfa said…
GB..
ada barang tak kisah
ada barang ambik kisah jugak
tgk jenis barang la ;)
okey, ambik le..biru gelap @ biru cair mana2 pun boleh
Irfa said…
CV..
nanti kita beli lagi,buleh jual kat sini ;)
sama size ngan abam ke?
NenetPenne (NP) said…
tetap nak beli yang ori jugak...ahahahah..dasarrr kan...hahahahaa
kayyana said…
btul jugak.. ade sesetengah barang kite perlu beli yang original.. untuk tahan lama... bkan untuk menunjuk nunjuk tapi untuk beli hanya sekali.. hehehehe.. mcm handbag.. nak beli dekat 600.. pakailah handbag tu sepuluh tahun.. daripada kite beli harga handbag 50 hinggit tp tak sampai setahun da tukar yang lain..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t