Alhamdulillah, Ramadhan ke 8
setakat ni belum ada yang berlubang
entah2 tak dapat solat raya, huhu
Pagi tadi hampir2 tak sempat sahur
set alarm tapi silap set 5.25 pagi
kelam kabut bangun, suap mana yang sempat je
Okey, hari ni kita citer tentang satu benda makan
Sebelum citer, kita tengok gambar dulu
setakat ni belum ada yang berlubang
Pagi tadi hampir2 tak sempat sahur
set alarm tapi silap set 5.25 pagi
kelam kabut bangun, suap mana yang sempat je
Okey, hari ni kita citer tentang satu benda makan
Sebelum citer, kita tengok gambar dulu
ni 2 hari lepas punya ulam kubis tu feberet si abam suka betul dia dengan kobis mentah tu # tak bagus untuk pompuan kubis ni |
okey, ini ceritanya
Aku rasa ikan bilis ni ikan serba guna, macam2 cara boleh dimasak. Aku tahu kalau aku share resepi sambal ikan bilis ni, ramai akan terfikir 'alahai, ingatkan resepi apa la tadi yang beria-ia bercerita, sambal bilis je pun' haha. Tapi percayalah, sambal ni boleh kata selang 2hari kena buat sejak posa ni.
Tapi sambal ni ada kisahnya, anak2 aku dan sepupu2nya kalau balik umah mil (mak wan), mesti makan bertambah kalau makwan buat sambal ni. Mil panggil 'sambal lenggong, resepi Pah' (arwah nenek en abe yang duk Lenggong, Perak) tapi anak2 aku panggil 'sambal makwan' sebab makwan selalu buat sambal ni.
Mak aku punya resepi lebih kurang sama tapi tak bubuh belacan, itu je bezanya dan mak aku punya versi extra pedas sambal meleleh air hidung. Dan kami adik beradik panggil 'sambal bilis hitam' kalau letak petai lagi terangkat, kenapa sambal ikan bilis hitam? sebab nak bezakan dengan sambal bilis untuk nasi lemak yang merah pakai cili kering tu.
Memula aku buat sambal ni, en abe makan gitu2 je ambik hati aku kot, huhu. Sekarang ni je baru nampak dia makan banyak sikit walaupun aku tahu air tangan ibu takkan sama dengan air tangan isteri. Tapi aku akui mil memang hebat dalam masak-masak, kalau balik Cheras, aku duk dapur basuh pinggan je, masak-masak bagi kat mil dengan ayat 'kita bagi pada yang lebih pakar' bertuah punya menantu.
Nak resepi? kalau taknak pun buat2 angguk ambik hati aku ye, bukan senang Irfa nak bagi resepi, wakakaka
SAMBAL BILIS LENGGONG versi MAKWAN
BAHAN2:
ikan bilis kopek kulit rm2
bawang putih 2 ulas
bawang merah 1 biji besar
cili padi ikut suka nak pedas letak lebih
belacan 1/2 keping
asam keping 3
minyak masak 1/2 cawan
CARA2:
blend ikan bilis, bawang putih, bawang merah, belacan dan cili padi dengan sedikit air
jangan lama sangat nanti hancur sangat dah takde rupa ikan bilis
jangan lama sangat nanti hancur sangat dah takde rupa ikan bilis
panaskan minyak (agak2lah banyak mana minyak tu).
minyak dah panas, masukkan semua bahan dan 3 keping asam keping
masuk air sikit je
perasakan dengan garam+gula
tunggu sampai kering
tunggu sampai kering
kacau le sekali sekali sekala, kang hangus nanti
nampak minyak dah naik tu boleh tutup api
sedap dimakan dengan nasi panas
nasi sejuk pun okey jugak bila terdesak, hihi
sekian resepi ketuk-ketukketampi kita pagi ni
selamat memasak
woit, paginya bagi resepi
(^_~)
sekian resepi ketuk-ketuk
selamat memasak
woit, paginya bagi resepi
(^_~)
Comments
tq for sharing..
Kubis bt badan angin. Tapi apa yg tak eloknya utk pompuan beb? Aku tatau.
memang betul tu samalah macam akak.. realised juga semenjak bulan puasa ni..
banyak kali pulak akak buat sambal tumis ikan bilis..
menu penyelamatlah kiranya ..makan dengan apa semua jalan..:)
byk org ckp kobis xbagus utk pompuan,tapi anis suka mkn kobis..hukhuk
senang je, petang nanti boleh main campak2 dlm kuali
hehe
benda basic kat dapo, anytime boleh buat kan?
mmg xleh copy pun sbb akak buat disable right click,huhu
okey..akak tunggu gambar dr blog awak pulak ye ;)
hehe, telan air pepagi ye
lambat lagi nak berbuka nih
aku baca artikel katanya kubis x elok utk pompuan
kalau ada penyakit keputihan tu lagi x elok makan kubis
tp sesekali aku makan jugak,sbb rasa manis
sedap je krup krap krup krap cicah sambal
selera orang kampung ;)
hero tu suka mencuba
hari tu celur pucuk ubi kayu pun dia makan
sekarang suka makan ulam kubis pulak ;)
TQ ;)
bg yang rajin macam aku ni suka la buat benda simple
satu kuali masak, tahan 3 hari ..hahaha
tq singgah sini ;)
kalau xnak makan ngan nasi, makan ngan roti pun okey
cicah ngan cekodok pun sedap
hahaha, kelakar le akak ni
boleh je jual tapi takut nanti postage lagi mahal kos
welcome ;)
memula tu akak mmg suka sgt ngan kobis, makan nasi lemak pun ulam kobis
boleh?
lepas baca artikel tu...dah lama akak x makan
sekarang baru makan sbb taknak membazir, huhu
emm tulah, kontrol nanti x muat kebaya raya
kebaya kah?
haha