Emm, nak tulis ke tak nak? Tulis jelah, kalau korang nak gelak, sila kover sikit. Pc aku ni spesel, buleh nampak kalau korang gelak tau walaupun korang nyorok bawah meja. Sekalipun korang bukak blog ni kat Kutub Selatan. Tak caya? Saya tak tipu, saya tak tipu, hihi. Tak pasti la korang perasan ke tak, sejak 2 hari lepas aku ada tambah pages kat blog ni. Ala tak nampak? malunya kita nak citer, huhu. Dia ada kat situ (sambil jari jemari tunjuk kat bahagian header, atas iklan Nuffnang tu) Okeylah, citer terus terang jelah. Aku memang ada buka satu blog bisnes kononnya. Baru lagi dalam bulan Julai yang lepas. Hajar Closet nama diberi, konon nak bisnes kain cotton. TAPI, blog tu ala hidup segan mati taknak la pulak. Sebabnya takde barang baru pun upload kat situ. Macam mana nak upload gambar kalau barang dah sikit, nanti orang kata barang dah tak abis baru nak jual kat blog. Bukan gitu ye.. Gini kisahnya, bila ada stok masuk ... aku akan open table kat kengkawan terdekat du...