Skip to main content

Fakta @ Auta Anak No 1

eh! Khamis ke hari ni?
Ingatkan hari Isnin (poyo amats)

Ni entri kopi pasta yang di edit dengan gigih kuasa kuda kepang 

# KHAS UNTUK ANAK NO 1
(aka anak sulung macam i, en abe dan jugak kakak)
1.Senang memaafkan orang *mcm ye, macam tak*
2 .Garang macam harimau tp hanya pada sesetengah orang *garang? tanya anak2 aku konfem diorang cakap umie garang, nak pulak kalau tanya si Ajaa, sekarang asik komplen 'umie selalu marah kita' huhu, mau tak marah, pinggan mangkuk periuk belanga aku jadi menan dia, padahal menan sendiri ada sebakul*
     3. Kalau gelak tak ingat dunia *orang kata, sesapa yg suka gelak ni selalu nangis bila sendirian* 
          4. Sensitif, hati lembut *yang ni aku setuju, memang over sensitif, orang je yang mungkin tak sedar*
          5. Ramai peminat *peminat? aku bukan retis yang ada peminat, huhu*  
         6. Mudah menyayangi orang lain jika org itu mengambil berat tentang dirinya *of kos la sayang kalau orang tu sayang kita, tak sayang kalu, sendiri fikir*
          7. Sukar melupakan orang yang dia sayang *emm, tarik napas, hembus, tepat sekali*
          8. Selalu menjadi tumpuan orang ramai *sy pemalu (tutup muka dengan shawl)*
          9. Senyuman tetap di bibir walaupun  sedang sedih *luka ini, biarlah ku rawat sendiri(tajuk album baru yang entah bila akan berada di pasaran*
          10. Sentiasa mengingati kawan lamanya *kawan lama ke kawan baru, korang ada istimewanya masing, wpun ada kawan yang mungkin meninggalkan parut di hati*
          11.Romantik & penyayang *tu kena tanya 'teman se bilik' i ler*
          12. Manja & pemurah hati *orang yang kenal je boleh nilai, takkan nak puji diri sendiri kot*.
          13. Peramah *tanya sesapa yang kenal aku jugak, tak kenal maka tak cinta*
          14.Takut gelap * yang ni konfem silap, aku bukan penakut gelap, boleh je masuk toilet tak bukak lampu sebab mentol terbakar sampai sekarang tak ganti, i okey jer* 
          15.Kaki shopping & suka melancong *yang ni 200% setuju, wpun tiket percuma tahun ni dah burn, huhu*
          16. Suka memasak & bagi orang makan masakannya *ni kena tanya adik aku, cikviva*
          17. Rajin *ikut mood, eh! kain atas sofa dah lipat belum, jap call anak dara, hihi* .
          18. Nak tahu merajuk ke tidak senang je, kalo diam je tuh tandanya tengah merajuk *hahaha, gelak besar baca no 18 ni, sapa yang buat kaji selidik ni, nak hantar compliments letter kat beliau*.
          19. Kalo ada org mintak tolong mesti mereka akan ditolong *sesapa pun ada sifat macam ni, cuma tinggal lagi mampu ke tidak, tak mampu tolong segi lain, mampu doakan pun kira tolong jugak kan?*
          20. Kalo tengah tido senang je nak kejutkan sebab tak tido mati *ye, selalunya bunyi air menitik pun boleh terjaga, tapi kalau penat sangat..bumbung jatuh pun ai okey je*.

  okeylah, itu sekadar suka-suka je
bukan boleh percaya 100% tapi kebanyakkan memang hampir betul
wpun mungkin tak sama bagi setiap orang

sekian, liputan dari KakLong akak kawasan yang sewaktu dengannya
(^_^)

Comments

Aisyah said…
hahaha..irfa..yong takleh nak compare ngan diri senirik..yong anak ujung..tp yong spesimenkan dgn bos yong 2 owg ni..mcm boleh pakei..
Unknown said…
aku ingat tanda tanda ko merajuk adalah ko semunyik belakang pintu.. hahaha..

tapi aku tau.. ko peramah.. kelakar.. hahaha.. lawak gila kalau baca entry ko kan..
t.a.t.a said…
Hahahaha. Aku pun ingat hari ini hari Isnin.
t.a.t.a said…
Ada orang kata anak sulung ni kalau kawen elok dipasangkan dengan bongsu. Betul ke?
Unknown said…
Macam-macam.. ada yg betul.. ada yg hampir betul.. ada gak yg kelentong..
Mummy Sher said…
Alamak macam ada yang terkena dengan diri sendiri..malu-malu..hehe
bangsawan nilai said…
aik..semua yg mulus yg kudus je....
Aisy Nasiha said…
haha... banyak juga yang macam sama dengan anak saya, Naim ni.. pandai pengkaji ni kan... tahu keluarkan hasil kajian macam ni...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t