Skip to main content

Telur Mata Goyang

 Salam Jumaat
# yea yea.. dah jumaat, esok dan lusa cuti rehatkan pinggang


sarapan pagi ini, pertama kali beli kat kafe ni
jauh dari opis aku, kebetulan member hantar husband dia kat situ
tapau le sekali # rasa boleh tahan


telur mata goyang
# nama letak sendiri

ada kisah aku dengan telur mata
sejak dari zaman kanak2 ribena, aku tak suka telur mata
aku lebih rela susah payah untuk masak telur dadar
# susah payah tau, sebab kena potong bawang+cili, letak garam, kacau dan goreng
telur mata senang je, panaskan minyak dalam kuali, pecahkan telur
nak garing ke nak goyang ke ikut suka
# goyang maknanya telur kuning separuh masak, hihi

orang kata 'tak kenal maka tak cinta'
aku membayangkan telur mata ni mesti hanyir
nak pulak kalau telur kuning separuh masak
sekali terai
'eh! cam sedap le pulak'

sejak itu jatuh cinta sama itu telur mata dan kuning telur 1/2 masak
nak pulak kalau makan char kuew teow + telur mata bergoyang

okey, hari ni opis sunyi
ramai gi briefing, tinggal aku dan 2/3 staf je
jadi ini hari 
'kita keje overtime. eh silap, ini hari .. opis ini aku yang punya'
# gelaksakan

(^_^)


Comments

safurara said…
rara suka telur mata gitu.sedap gila kan! kita x bf lagik.lapa!
t.a.t.a said…
Aku more to telur dadar. Kalau makan telur mata aku asingkan kuning nya. Makan putih nya aje. Orang kata makan bulu je la kau. Hahaha.

Tapi perasan tak telur dadar kat kedai tak sama dengan telur dadar goreng sendiri. Sebab kuali eh?
NinaAz said…
aiyokkk. kitaa xserupaaa. hehe
nina xsuka sgt kalau telur mata digoreng separuh masak. huhu
Izwa Kamaruddin said…
goyanggg goyanggg..hehehe...telur pun ade nama unik!
Aisyah said…
aik..irfa, sama le menu kiter..tp akak goreng telor mata mkn ngan nasik lebih malam td..utk hiasan letak bawang goren setambun..renjis kicap + sos cabei (kimball)...mmg up ler..hee

akak dah rasmi tudung rini..opis akak ramei lak yg cuti ..
asyifamustaffa said…
dulu sy ingt telor goyang tu..tn yg msak tu begoyang...kikiki...dulu2 la...
Unknown said…
aku lagi suka telur mata..kuning telur mau goyang.. yang putihnya tu garing2 sikit.. sedap gila.. tapi telur dadar aku suka jugak..cuma sekarang ni tak best sebab tak boleh letak cili sejak ada anak anak ni.. hahaha.. bertabah dengan telur dadar letak benda lain selain cili..
Kakzakie Purvit said…
Bila ofis jadi milik sendiri itu yg telur mata goyang pun sempat di captured ye..
Tapi hujung tahun ni sibuk kan dik... kakak macam tak sempat nak bw sekarang ni..
Rumah Kuning said…
opis ini aku yg punya ye? boss tengah jeling terr
Mummy Sher said…
wowww bila ofis seolah-olah kita yang punya memang gelak sakanlah jawabnyaaa..hahahaha
telur mata goyang tu kali pertama dengar..hehehe
Cho Zila said…
anak akak sorang telur mata sorang telur dadar...
kat opis akak tak syiok oopis kosong sebab keje bertambah nak cover diaorang...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t