Skip to main content

Urusan Tukar Sekolah Kakak Part I

Assalamualaikum, ada orang tak? hihi

Okey, selesai sudah sesi mengepos barang, ada sesapa nak order Inner Magic boleh intai HajarCloset ye. Mana tahu ada kaler yang berkenan di hati. Stok ada lagi dalam 70 helai (tetiba iklan, hihi)

Okey, ni kisah tukar sekolah kakak (dari kampungku-Kelantan ke Selangor@N9). Jumaat lepas, aku dengan si kakak dan jugak si kenit balik kampung naik bas je, sebab nak terus sampai kampung. Kalau naik flight kena gi bandar dan patah balik ke kampung. Kami naik bas dari Somban jam 10 malam (patutnya bas jalan jam 9 malam tadi delay 1jam, huhu). Nasib tak berapa baik sikit sebab malam tu bas penuh giler, takde langsung seat kosong nak menumpang letak kaki. huhu. Apapun kami 3 beranak selamat sampai kampung jam 5 pagi (hari Sabtu).

Sabtu ..
xtvt kuak lentang je kat rumah, hujan sepanjang hari dari pagi ke tengah hari dan membawak ke petang seterusnya sampai ke malam, sedap je menternak lemak dalam selimut, hihi.

Mak ajak ikut rombongan meminang untuk sepupu pun, aku tak nak ikut. Sayang nak tinggal bantal dan selimut. Lagipun, aku kurang suka nak berjalan ke rumah orang waktu hujan-hujan begini. Malas nak bukak selipar, terbaik tak alasan?

Yang lelaki muda tu sepupu aku
tudung pepel tu satu2nya adik pompuan mak aku
Selamat Bertunang Rudy dan pasangan ( tak tahu nama)
Malam tu sikenit batuk+demam, dia punya batuk siap ada effect bunyi macam orang semput. Risaunya hati. Tido pun tak lena, kejap2 bangun belek dia.
 
Ahad..
Pepagi lagi dah terpacak di sekolah lama kakak, sikit lagi darah nak naik ke kepala bila kerani tak jumpa cari surat berhenti sekolah letak kat mana, boleh pulak dia kata 'surat berenti lom siap' bila aku cakap 'saya dah kol cikgu, suh datang collect je, semua dah siap' eeeeeeeeee angin tau. Ingat dekat ke nak ulang alik esok lusa.

Dapat jer surat berhenti, terus ke sekolah menengah penempatan (sekolah menengah saluran sekolah rendah tersebut). Kat situ ada drama jugak, kerana sekolah rendah tu lupa bagi surat yang mengatakan murid di hantar ke sekolah tersebut (surat penempatan namanya) tapi dengan lemah lembut, aku mintak dengan cik kerani 'tolong la cik, saya ni datang jauh, boleh tak buat mudah-mudah je' agaknya kerani pun kesian, dia buat jugaklah surat tukar tersebut. Emm, boleh je buat.

Selesai kisah itu. Ontheway balik, aku singgah sekali lagi kat sekolah rendah nak tanya tentang tawaran mana-mana sekolah kot ada. Sesambil tu jumpa balik kerani, ada pun surat penempatan tu, dia je lupa bagi. Emm, tarik napas .. hembus.

Mak ayah cadangkan aku balik KL tumpang adik sepupu yang baru lepas bertunang tu, dah dia pun kebetulan kereta kosong je nak balik ke Melaka. Aku pulak dah beli tiket flight nak balik esoknya (Isnin) fikir punya fikir, balik jelah .. dengan harapan tiket flight tu boleh refund.

PungPangPungPang, jam 3.00 petang kami bertolak balik KL dengan adik sepupu aku tu. Perjalanan sepanjang jalan agak slow kerana hujan renyai2 ditambah pulak banyak betul kereta atas jalan pada hari tersebut.

kakak dan adik kat seat belakang
Jam 12malam baru kami sampai KL, terus aku mintak di turunkan kat rumah Mil di Cheras je sebab en abe dan abam ada kat situ. Penatnya 9 jam dalam kereta, sampai abis modal nak sembang ngan adik sepupu aku tu. Budak lelaki mana pandai sembang sangat, aku nak tido lebih2 pun kesian takut dia mengantuk drive sensorang.

sambung esok.. urusan dengan PPD pulak ..


Comments

Unknown said…
aku mati kutu nak borak ngan driver tau.. ngan husband aku pun kadang habis modal.. tak tau dah nak borak apa.. last last terlelap jugak.. hahaha..
IndaMarya said…
takut trlelap beli kuaci ja letak sebelah.insyaAllah tak tidur mengetik kuaci he he.
paridah said…
sibuk dgn urusan anak2 nk masuk sekolah pula lps ni yer
Rumah Kuning said…
Hujan2 ni sedapnya putu halba. Hehe
MOKCIK AZWA said…
Kalau akak tu pilih naik flight anytime hehehe..tapi tengok jugaklah sapa yang nak ditumpangi tu..kalau yg kenal rapat, boleh la..kalau sedara kenal gitu2 jer, kalau ada alternatif lain memang akak akan pilih alternatif lain tu huhuhu..
Mak Wardah said…
Alahai sweet anak dara Irfa...
izawani said…
Adoiii... sibuknya ujung tahun... 4 orang punya baju sekolah nak beli ... itu ini... takutnyaaaaaaaaa.... duit duit... dimana kau duitttttttttt.....
QasehnyaRania said…
Hahaa.sy kalau dgn cik abe pon kdng kdng hbs modai jugak

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t