Skip to main content

Di Kejar Kenangan Sambil Makan Laksa

tadi aku 'layan' laksa sensorang
ntah kenapa anak tekak ni mengidam nak makan laksa
tapi makan laksa rasa macam nak tercekik
sebabnya:
- kuahnya masin macam lori garam tumpah

tapi yang paling rasa tercekik ialah 
- kenangan bersama 'arwah kawan' banyak di kafe laksa tu
dulu-dulu, situlah tempat lepak makan kami
bila lunch time 2 jam pada hari Jumaat  

# tisu please

sambil suap laksa, sambil mengenang kisah kami dulu2
bertambah sedih bila dapat tahu 
rupanya arwah ada menyimpan 'kisah sedih' dari kami
tabahnya dia menyimpan airmata di sebalik tawa

duhai sahabatku, 
selesai sudah urusanmu dengan dunia
moga damai di alam sana

alfatihah

-_-

# ada ketikanya aku rasa
lebih baik tak tahu daripada tahu
kerana ia lebih menyakitkan
tapi 'kenyataan memang pahit'


Comments

Kakzakie Purvit said…
Betullah... kadang bila dah tahu buat hati kita sayu mengenangnya.
Moga roh sahabat itu tenang di sana..
Anonymous said…
Moga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg soleh...
paridah said…
sebak baca tulisan irfa...berkawan bersahabat menggembirakan kita, kehilangan mrk hanya kenangan menemani...kdg xsangka cptnya perpisahan berlaku tp takdirnya tersurat begitu...
t.a.t.a said…
Kita sebagai kawan bila dah tahu dia simpan rahsia sendiri, mesti kita rasa menyesal. Kenapa dia tak nak cakap kat kita? Dia tak anggap kita ni macam kawan ke?

Tapi bila kita letak diri kita jadi kawan itu, adakah kita sanggup nak beritahu kawan kita yang lain pasal tu? Tak sanggup kan?
NenetPenne (NP) said…
betul, lebih baik tak tahu daripada tahu..
Aisyah said…
irfa...hmm..such a strong friend..yong admire..semoga dia bahagia di sana..amiinnnn
JunAina said…
Al-Fatihah semoga dia ditempatkan bersama org2 beriman.

Kata hati kita memang begitu tetapi mungkin dia merasa sebaliknya tidak mahu menyusahkan kawan2.
Jari Manis said…
Bila mkn laksa makin pastu pada masa yg sama d kenang kwb lama klau bg jm lah sah dh x boleh nk mkn sbb sedih kwn dh pegi dulu dan rasa laksa yg masin tu huhuhu
Unknown said…
takziah..

aku speechless.. tak tau nak komen apa..aku tak penah alami benda mcm ko alami..makan laksa masin sambil mengenang kawan yg dah tak ada.. T_T
Unknown said…
alfathiha untk arwah
QasehnyaRania said…
alfatihah buat arwah.
huhu. dah lama x mkn laksa. sejak sejak mengurut hari tu

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...