Skip to main content

My HomeTown

sapa lah punya kerja ni?
hebat sungguh imaginasinya
# tengok gambar ni teringat kenangan masa cuti2 di NZ bak kata CV, hihi

kat kampung aku tu ramai yang jual lemang
beku lah lemang tu kalau musim salji
pakcik makcik nak menoreh pun susah
getah beku kat pokok sebelum jatuh dalam cawan getah
sehari dua sejak fenomena musim sejuk melanda
kecoh kat Fb duk cakap ada salji nak turun di Malaysia
ada pulak paper kata Kuala Krai dah sejuk macam Kota London
biar benar?
aku terus call ma tanya khabar
benarkah sejuk bagai di hebohkan dalam paper itu

kata mak 
'memang sejuk sungguh satu hari satu malam tu, sejuk macam Cameron Highland'
 (itulah tempat paling sejuk bagi mak aku) sekarang dah tak sejuk dah'

see?
paper ni propa je lebih
taktik nak melakukan surat khabar mereka kot
katanya baju sejuk laku keras kat sana
untung berlipat kali ganda
# rezki musim sejuk katanya

ada kawan melawak masa aku hantar gambar atas tu kat dia
'kalau betul sejuk, tak yah akak pegi london, pegi kampung Irfa jelah'

aku jawab
'boleh je kak, umah mak saya tu banyak bilik, boleh buat homestay
menu utama Gulai Tempoyak Ikan Patin, Sambal Kulat Sisir (Cendawan Kukur)
dan Sup Tulang Resepi Ayah'

okey tak?

layannnnnnnnnnn 

Comments

sweetie said…
Kalau pun salji turun kat KB... tetap gak nak gi London... Fenomena dia lain... kalau kat KB cakap loghat Kelantan... apa standard? kalau tgk salji kat London sah-sah sepeking omputih... salji kat KB rupa dia lain... salji kat London rupa dia lain.... hahahaha!
Aziela said…
Aduh Irfaaa..... Semua tu makanan eksotik faveret akak tergolek guling2 punya feveret tau... Uwaaa!!!!
Anonymous said…
Sungguh x best pemandangan itu...
Lg best hijau je...salju mata memandang...
Unknown said…
Aduhai.. sebut cendawan kukur.. mana pulak la nak cari kat sini..
Tak pelik jugak kalau Msia blh turun salji.
Indon dah ada salji.. cuaca di Bangkok pun dah sejuk mcm winter kat sini.
Unknown said…
woww.. kuala krai salji tu... x mustahil.. heheheh
NinaAz said…
sis ore kk ekkk.. satu kapal la kito. kelate mari :)
paridah said…
assalam irfa...kak kalau sejuk mmg xhidup mati sbb sakit urat...mmg masalah sejuk ni xpernah berangan nk tengok salji gugur.
isme_cv said…
Sejuk tahap ekon je pon...tu pon nk dipropaganzakan....huhu
Miss Brenito said…
sy pon pernah feeling nak berhometown kan seperti tersebut
Apakan daya, feeling sajalah...
bangsawan nilai said…
heh heh tak abis lg cerita psl salji nih...

hari tu pun kita org masuk yg kat I-city, baru 10 minit dh ada yg nak terkencing-kencing kesejukan hehheh
PetakBunga said…
nak balik kg wakaf bharu ujung minggu ni..br ingat nak beli sweter kot sejukkk..hu.

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...