Skip to main content

Pandora, Aksesori Wanita Masa Kini

 tadi lunch malas nak keluar
heavy breakfast makan bihun
belen sarapan untuk anak2
moga azam untuk buat sarapan setiap pagi untuk anak2 tercapai

tadi belek2 magazine temptation dalam kapal
aku nampak mende alah bernama Pandora ni
terkejut tengok rega, mahalnya
mahal bagi aku, tak mahal bagi orang ada-ada kot

aku pun baru tahu ini benda yang orang duk sebut2 sebagai
PANDORA
# ketinggalan flight sungguh la

kalau tak tengok reganya, aku ingat beli kat pasar malam je
hihi
# ingat zaman sekolah penah saja suka2 pakai aksesori perak tiruan ni 


pandora ni ada starter
pastu yang gantung2 tu kena beli asing2
bila di campur tolak darab bahagi
riban-riban jugak harganya
aku ni bukanlah 'pemakai' sangat
yang ada cuma subang telinga je pun
lagipun, dunia sekarang ni tak payah menggadai diri pakai barang kemas
tak pasal jadi perhatian si peragut yang berkeliaran
# alasan baek punya

apa motif entri ni?
saja je nak citer, hahaha

okey, dah nak pukul 2
back to work

(^_^)


  

Comments

asyifamustaffa said…
Kena sedar diri nak pakai barang riban2 ni ...tp pada sy...x berbaloi belinya...baik beli emas..buat simpanan...lagi best apa..

Kalau org da minat nak buat camne ye x??
najihah sahami said…
haha..lagi banyak gayut, lagi kaya la orang tu kannn. baik beli emas je kot. erk!
pB said…
salam ....

akak lamo doh berkenae ko Pandora nie..
tapi ...

sayae ko pitih
Unknown said…
dh fesyen skrang pakai pandora ni. tp lg elok beli emas sbb blh brguna pd ms dpn
msredcheesecake said…
suka gak tengok pandora ni tapi mahal regenya
Dr K said…
pandora ni mmg trending sekarang..
start sikit sikit la dulu, lepas tu add on :)
Unknown said…
aku tertengok outlet pandora kat bangsar village aritu.. nak pitam baca tag harga..ribu ribu wehh.. lawa mmg lawa..tapi buat dari apa sampai beribu harganya tu..haishh..
t.a.t.a said…
Bukan pandora box kan? Hahaha.


Bihun lagi sedap dari mee kan? Aku kalau makan mee mesti cepat lapar balik. Kantoi nak diet carbs. Huhu.
bangsawan nilai said…
weh pandora utk lelaki pun ada la...
Irfa said…
ASYIFA..
itu utk yg duit terlebih-lebih je kot
golongan marhaen yg cukup makan, sila lupakan hasrat anda
hihi
Irfa said…
HAI NAJIHAH SAHAMI..
kan?
lg banyak yg bergantungan
lagi mahal harganya
jangan sampai tak larat angkat tangan sudah ler
hihi
Irfa said…
KAK PB..
kenae jgk tgk oghe pakai
tapi xdok hok lebih lagi dalam wallet
maka mampu tengok sambil berangan dulu
Irfa said…
HAI TIFA..
lama tak komen, mana u hilang?
i dah jumpa blog u tadi
tapi xleh komen,huhu
knape ye?
Irfa said…
MSREDCHEESECAKE..
kita tengok dulu, sambil menabung rm1 sehari
lama2 cukupla nak beli sebiji yg gantung2 tu
hihi
Irfa said…
DZ..
ada yg kata boleh buat duit nanti
beli yg limited edition
lama2 nanti boleh jual balik
tp pasti betul ke tidak
Irfa said…
RAI..
agaknya, kalau masuk kedai
salesgirl pun x nak layan kot.huhu
Irfa said…
TATA..
pandora box tu apa?
sharifah sahora aku tau ler..hihi

emm bihun tetap jugak carb
sama lh ngan nasi
tak makan nasi tp makan bihun.. sama je hasilnya
kan?
Irfa said…
B-NILAI..
ye ker?
kira halal lah ye
aku pun baru tahu wujudnya mende alah ni
Acik Erna said…
laa..mahal ke dik..baru tau hi hi..memng ingat beli suka2 je..
emarieys said…
lebih mahal dr emas kan
Lynn Huraiza said…
memang trend sekarang nie...saya pun x minat sangat...hihihi...
syahira ariff said…
kita pun suka jenis macam ni..silver ker emas putih kita suka..tp emas kuning kita tak minat sgt.padahal yg tu lar nilai tinggi~
paridah said…
BELI PERHIASAN MAHAL NK PAKAI TAKUT DIRAGUT...NAMPAKNYA NK BERHIAS DGN BARANG KEMAS PUN PERLU BERANI...
Zareda Norman said…
Kak zar ada seketoi pandora ni.. hadaiah besday tahun lepas. Mmg suka sbb skrg giler white gold. Depends pd selera memasing, beli emas pun ada harga tapi pandora pun silver.. ada harga dr segi kepuasan memakai..

tepuk dada tanya selera tapi mmg i love my pandora.. hehehe
Kakzakie Purvit said…
Kakak akak baru balik dari Korea beli pandora ni tak sampai riban-riban dan cantik sangat. Tengok pada tangan anak cantiklah pulak. Kalau nak beli untuk kakak Aina pun cantik ni... belilah utk dia. Kita yg mak-mak ni tumpang tengok kat anak jadilah...
Sy pn x mampu nk pakai..hehe *kesat airmata*
||aLeaSaRa|| said…
hahaha lawak je entri ni.irfa tau,kan alamanda dah ada pandora.berkobar2lah kak lea survey harga.mak aihh....nak beli seketul yang gantung2 tu bolehlah lagi.tapi takkan nak pakai seketul je.kenalah 4-5 baru cantik.pengsanlah kalau nak lengkapkan gelang tu.baik duit tu kak lea buat belanja barang dapur untuk stok bekal anak2 ke sekolah :)

JunAina said…
Akak dah lam dok aim Pandora tu Irfa tapi belum ada duit lebih lagi...ahahhaa... Suka yg warna ungu.
Unknown said…
bkn mnghilang kemana. blog irfa ni saya dulu bookmark kat fon je. then tiba2 hilang semua blog bookmark. tq singgah
Puan Eka said…
Eka tringin nak pakai pandora. tapi tak mampu. ahaha . Kalu suami nak blikan takpe kot. ihihihi.

Skang pkai gelang batal air sembahyang masa nikah aje
QasehnyaRania said…
baik beli emas 916 kn.
bg yg suka mmg berbaloi beli ni.
citarsa seseorang x sama kan
pinky said…
akak...ada pandora inspired kalau nak...huhuhu... sy tak jual... just bgth jer sbb entry sy ari ni psl pandora jugak...hehehe....
happyichigo♥ said…
Pandora ni mmg mahal..nasib baik dira tak minat barang kemas..yg ada hanya cincin kahwin dan cincin tunang emas putih yg ada org dok kata klu dijual tak laku..hish, takkn lah nak jual cincin kahwin plak kn..
Rasanya mak2 mesti bli emas untuk anak perempuan..akak ada bli untuk anak akak?
PM said…
Kalau Irfa nak Pandora Inspired Charms yang jauh lebih murah sila lawat kami di 2F-13, GM Klang.
Lawatilah laman web kami www.borongborong.com.my untuk lebih maklumat.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t