Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

Cerita Balik Kampung Cuti Sekolah

Sebenarnya dah ingat2 lupa apa aku buat cuti seminggu lebih tu, yang aku ingat sepanjang cuti tu aku bangun lewat, best gile. Sila jangan contohi tabiat ini ye, kalau anak dara diketahui oleh bakal mak mentua kelaku gini, mau kensel ambik jadi menantu. Eh! best apa, bangun lambat takyah sarapan, terus masak untuk lunch, penjimatan berganda di situ ;) Dah, cukup2 merapu. Berbalik ke pangkal jalan Balik kampung adalah tiada dalam perancangan wpun tahu anak2 akan bercuti sekolah selama seminggu. Aku cadang nak bagi diorang rehat sakan kat umah je, tapi kebetulan minggu sebelum cuti sekolah, akak pengasuh tak sihat. Demam tiba2 dan di syaki denggi. Memandangkan aku tahu macam mana tahap dia tak sihat, sampai muka pucat lesi, jalan pun huyung hayang, mmg tak sampai hati dah nak hantar anak. Memanglah kakak n abam boleh jaga adik, tapi aku tak bape harap sangat senang citer, cakap jelah ko yang nak cuti Irfa oi, banyak sangat alasan nih  Kol mak di kampung, tanya khabar. Katanya 'a...

Sapu Sawang

Assalamualaikum.. penyapu mana penyapu? nak sapu sawang nih, hihi wah! tak sangka ada yang merindu siap wsap tanya  'kemana pegi, tak hapdet blog?' hehe, aku ada je kat Malaysiaku tercinta ni kata cuti sekolah, meh le kita sama2 cuti dengan anak2 sebenarnya tak plan nak cuti pun kebetulan akak pengasuh demam denggi kebetulan anak2 cuti sekolah kebetulan dah lama tak balik kampung tu yang sampai seminggu cuti eh! seminggu ke? total bercuti 9 hari lah campur 2x sabtu ahad lemau je nak start keje today okey, later sambung ye daa

Kopi vs Nescafe

dah sarapan? hari ni aku bersarapan 2 ketui karipap sardin dan segelas kopi O wah! kak long dah pandai minum kopi sekarang aku jarang minum air manis  family aku di kampung, cuma ayah je yang wajib seteko teh O panas setiap hari kami adik beradik jarang minum air manis kalau minum pun, milo je kot tapi family en Abe, kalau berkumpul ramai2 tak sah kalau tak bancuh nescafe sejak kawen ngan en Abe, baru aku belajar minum nescafe itu pun tengok mood mil ada komen  'bawan (panggilan manja en Abe, singkatan kepada Abang Wan)  sekarang minum nescafe cair dah' hehe, aku senyum je sebab dulu2, dia kalau bancuh nescafe, pekat gile dah kawen ngan aku, nescafe dia ala lite-lite gitu aku tak berapa ngam ngan nescafe boleh berpusing dunia aku satu hari kalau gatal jugak minum nescafe dan kat rumah aku sendiri cuma en Abe je selalu minum air manis anak2 dan aku sekali sekala je minum milo tapi sekarang aku dah jatuh cinta denga...

Medan Part 7: Bye Bye Medan, Ada Umur Jumpa Lagi

Last Day@Medan, Indonesia Akhirnya, tibalah hari untuk pulang. Pagi tu turun breakfast nasi goreng+kopi pekat dan terus bagitau kaunter hotel untuk kol taxi. Kami mintak taxi jam 11 pagi untuk ke airport.  Masih ada masa lagi untuk ke Pasar Ikan, 'kak tokey' nak cari souvenier untuk adiknya dan aku baru teringat ada kawan kirim 'kacang medan'.  katanya tali pinggang ni diperbuat dari kulit sapi (lembu) aku mintak kaler hitam tapi tak dapat rega yang kakak tokey dapat kaler cokelat je yang murah, kaler hitam mahal emm lain kali lah Melilau aku pusing mencari kacang medan, tanya penjual pun cam blur-blur gitu. Rupanya kat sana panggil 'kacang arab' ambik ko. Ni sapa letak nama kacang medan nih? mesti sebab beli kat medan, diletak nama kacang medan. hihi. Banyak kedai belum bukak sebab kami datang awal, sib baik ada penjaja jalanan, Dapatlah kak tokey beli barang yang dia nak. Balik hotel, lepak2 tunggu jam 11 nak check out. Tepat jam 11...

Medan Part 6: Bakso Amat, Sate Padang Afrizal, Jus Sirsak dan Bika Ambon Zulaikha

Okeh, dah masuk part 6, apdet 2 entri dalam sehari sebab nak cepat habiskan citer jalan-jalan ni, rasa cam semput dah mengarang bajet ramai yang menunggu entri aku lalala Malam tu lepas Maghrib, sekali lagi pakwan menawarkan diri bawak kami gi makan malam. Kali ni kami dibawak makan bakso. Pakwan bawak kami ke sebuah restoren bakso yang katanya antara yang femes di Medan. Dia kata, bukan aku kata ye. Bakso Amat namanya. Tak pasti samada 'Amat' tu nama tuannya @ merujuk kepada 'amat' sedap rasanya. Aku tak penah makan bakso, so aku tak tahu macam mana sebenarnya rasa bakso yang sedap. Orang kata Bakso ni ialah sejenis sup bebola daging. Masa kami sampai, restoren penuh dan takde parking. Kedai tu tepi jalan dekat simpang, calang2 orang memang susah nak masuk parking. Kagum dengan kesabaran pengunjung kedai ni, sanggup tunggu lama untuk dapat parking dan ada ketikanya kata pakwan, dahlah menunggu lama utk parking, sekali lagi kena menunggu untuk meja kosong. Kalau k...

Medan 2014 Part 5: Plaza Medan Fair, Medan Mall dan Pasar Petisah

Day 2 @ Medan, Indonesia Malam tu kami tido berhimpit atas katil yang size nya aku tak pasti, nak kata Queen macam besar sikit, nak kata King cam kecik je. Yang pasti semua tido dalam kepenatan, tapi aku 2kali terbangun, tetiba je rasa berpeluh. Otak ligat fikir, apa kah masalahnya, rupa2nya aircond mati. Ingatkan satu hotel black out, tapi lampu luar bilik nyala. Sabar jelah kan dah kata cakap nak hotel budget, memang budget sangat lah ni. Terus kol kaunter, dalam 1 jam jugaklah berpanas baru ada aircond balik. Selama 1 jam menunggu tu, aku selamba bukak pintu bilik bagi angin masuk, pastu semua pakat bangun bersembang jam 3 pagi. Sib baik takde kena komplen dari penghuni bilik sebelah. Ker ada? hihi Pagi tu bangun, terus bersiap untuk meneruskan misi. Sebelum tu turun bersarapan dulu, menu ialah nasi goreng + kopi pekat, kopi tu sedaplah. Kopi kampung gitu, rasa macam kopi 434 tu Hari ni plan nak ke Plaza Medan Fair dan Medan Mall, so bertanya dengan adik manis kat kaunter, a...