Skip to main content

Aidil Ke Zaquan?

morning uolls
eh silap, Assalamualaikum

takde modal nak hapdet, tapi nak jugak tulis sepatah dua kata
tak sempurna hari kalau tak apdet blog
macam lah ramai yg datang baca, hihi

tak kisahlah ada orang baca ke tak
aku ni, pesen yang baca blog sendiri pun boleh gelak
macam le lawak sangat
ko mampu?
sendiri buat lawak, sendiri gelak
sengal sangat kan

ops, sebenarnya nak citer
yang dah baca kat Fb sila abaikan ye, haha
pagi ni masa lenggang kangkung dari parking ke opis
aku terserempak dengan 2 pemain bola
cer teka, siapa mereka
hihi

dah, takyah teka-teka, buang masa korang je
dah tentu2 korang tahu bila baca tajuk tu kan?
meh nak citer
aku terserempak dengan Safee Sali dan kembar
Si Safee yang baru kawen indon tu memang kenal le
muka dia dalam tv ke kat luar sama je

tapi sorang lagi tu, kenapa aku kata kembar?
sebab aku takleh nak beza antara Aidil dan Zaquan
muka memang sama sebijik sebijan
tapi orang kata, Aidil ada tahi lalat
tapi tak sempatlah nak intai ada tahi lalat ke tak
aku nak cepat, kejar masa
diorang mintak nak bergambar pun aku cakap
'sorilah dik, akak nak cepat ni, lain kali je lah kita bergambar ye'

tu pasal la aku tak dapat bagi korang bukti bergambar ye
eh betullah, nanti lambat masuk opis dapat surat tunjuk sebab
aku jugak kena jawab, hihi
tak percaya?
tak percaya sudah

lalalalala

emm mana satu Aidil, mana satu Zaquan nih? konpius akak tau
dari akak blouse petak dengan tudung coklat selisih dekat parking tadi ye
daaa


Comments

paridah said…
salam pagi jumaat...tergelak besar baca hapdet entri irfa...pandai buat lawak jg ya...boleh jadi penulis skrip lawak ni..tapi aidil n zakuan kembar seiras n apa yg mrk suka pun serupa...yg ketara isteri kdua2nya artis cantik Msia......
t.a.t.a said…
Ada je kontroversi depa ni kan. Harap nya yang sorang lagi tu (entah sape ntah) jangan la berantakan juga.
Miss Brenito said…
hamboiiiii feeling sangat ko kak kan, kemain feeling footballer minta otograf bergambar.. tak puas hati mak incik baca haaaaaa.... huhuhuhu

sy juga peminat blog ahkak tau....
:: CIKVIVA :: said…
Hahhahah..yang ni lawak, boleh masuk Mharaja Lawak Mega nih....
Izwa Kamaruddin said…
tak tau jugak..hahaha..
Tetamu Istimewa said…
Wah, siapa yang femes ni, terkeliru sekejap, hehehe
aizamia3 said…
dulu suka kat dorang ni tapi sekarang tak lagi.. hehehe..
Siti Munirah said…
kiri aidil. kanan zaquan.
Dr K said…
dia dah tak pakai jersey kuning tu lagi dahhhh...sekarang jersey JDT....:P
Irfa said…
DZ..
tahu diorang dah pakai jersi lain
td gugel gambar diorang berdua, yg ni je nampak menarik hati
yang lain biasa je ;)
Irfa said…
HAI UNI..
wah! boleh cam ek?
peminat setia ke ni?
hihi
Irfa said…
AIZAMIA..
lepas kes tu kan?
td nak je ucap tahniah bakal berkahwin lagi
tp takut salah orang ;)
Irfa said…
DIANA..
tgk lama2 boleh cam kot
sbb tgk sekali imbas (nanti dia terperasan mcm femes)
tu yg xleh agak
Irfa said…
TETAMU ISTIMEWA..
konpius eh?
saya pun double konpius, hahaha
Irfa said…
PETAK BUNGA..
tak yah kenal pun tak pe
bukan penting pun, saja nak cite ;)
Irfa said…
MRS EADY..
kalau tak tahu boleh tanya en gugel
dia pst (profesor serba tau)
hahaha
Irfa said…
CV..
krik krik krik
Irfa said…
MISS BRENITO..
haa kan?
siapa gelemer skrg? akak ke dia
eh tak sangka akak pun ada peminat
terharu nih
nak sign otograph kat mana tadi?
Irfa said…
TATA,..
bahagian masing2
kalau di tanya sesapa yg berkahwin
takde sapa yang nak bercerai
doa yg baik2 jelah.. utk kita dan juga mereka2
Irfa said…
KAK PARIDAH..
salam jumaat ye kak ;)
alamak, malu saya
ni kategori lawak syok sendiri namanya

saya ada anak buah yg kembar seiras
mmg susah nak beza
dan bulan Mei nanti saya bakal dapat anak buah kembar
tak sabar nak jumpa mereka
Unknown said…
irfa jemput join GA ni
http://cahayahidupku2569.blogspot.com/2014/03/sticky-post-7-day-giveaway-2nd-birthday.html
Acik Erna said…
Pernah sama pi klinik gigi..nampak je tau dah..tapi buat tak tau je..sebab bukan retis hi hi..lepas tu dengar nama dipanggil..en.aidil zaquan..pagi ni dah penuh..kalau nak jumpa dr.buat aptt. Untuk petang hi hi..sah yang jaga tu pun tak kisah...
sitiezahim said…
heheh sapa yang tak sempat bergamba ngan sapa ni? hihihi
AyunasiA said…
terbalik la. zaquan yg ada tahi lalat.
sarah said…
dah kawin dah sekali lagi aidil tu...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...