Skip to main content

Medan 2014 Part 1: Tukaran RM (Ringgit Malaysia)-RP (Rupiah Indonesia), Kuala Namu International Airport, Roti Bakar Cheese

# eh! tak sangka ada yang berminat nak baca pasal Medan Trip
kalau taknak pun, aku tetap akan tulis jugak
dah namanya Blogku Diaryku, hihi

cerita ni agak panjang, tarik napas dulu ye
aku menulis pengalaman sendiri, kalau tak sama dengan orang, maaf ye
semoga perkongsian ini berguna bagi yang kali pertama ke sana macam aku
# percubaan untuk menulis lebih detail tentang setiap tempat dan perkara
tapi tak boleh lawan blogger JM ler, hihi

~*~*~*~*~*~

Mukaddimah:

- sebenarnya, ini last minute plan. Akak jiran dah lama ajak gi Medan@Vietnam sebab dia baru nak berjinak dengan bisnes. Sebelum ni pun dia memang aktif bisnes barangan macam tudung dari Thailand. Lepas dengar citer dari abangnya yang ke Medan, dia ngajak gi sana. Bukan takleh gi ngan orang lain, tapi katanya aku dah biasa travel, dia nak aku temankan. Lagipun ni kali pertama dia nak cop passport ke oversea. Ops lupa, kami kesana 4 orang, aku kenal akak jiran tu je, lagi dua tu kawan baik dia dan kawan kepada kawan baik dia, ambik ko. Berbelit gitu.

- Sebelum pergi aku dah survey dengan kengkawan, kata diorang 'Medan tak banyak pilihan, Bandung lagi best' tapi akak tu nak pegi jugak, so aku okey je. Dalam hati berfikir 'tengok dulu, kalau ada barang yang berpotensi untuk bisnes, kalau takde, anggap lah aku cuci mata tengok negara orang'

- Cuak jugak sebab seminggu sebelum pegi, kejadian MH370 berlaku, tiket dah beli, nak taknak pegi lah jugak. Tawakkal jelah. Kami pilih penerbangan jam 8.30 pagi dari KUL-KNO (Klia-Kuala Namu).

Tukaran Wang RM (Ringgit Malaysia) kepada RP (Rupiah Indonesia)

# 2 hari sebelum pegi, kami tukar duit
RM 296 = Rupiah 1 Juta 
(aku jutawan lalalala)

merasa jadi jutawan kejap, jadilah kan

note rupiah

bahagian aku satu juta je
lagi 3 juta akak tu punya

# buat nota kecik jadual tukaran wang 
(ni carta tukaran wang aku punya, ikut kreativiti sendiri)

buat nota kecik, senang bila nak compare kan harga Rupiah kepada RM
tak payahlah kuarkan kalkulator setiap kali nak membeli belah
# nota aku ni agak2 jelah, yang sen tu tak kira pun
Kuala Namu International Airport

Berlepas di Klia jam 8.30 pagi, dan mendarat di Kuala Namu Airport jam yang sama, hihi. Perjalanan ambik masa lebih kurang 1 jam je. Konpius ke? Takdelah, sebenarnya gini, beza waktu Malaysia dan Medan, Indonesia ialah 1 jam. Kalau ikut waktu kita, sampai sana 9.30 pagi tapi jam di Medan ialah 8.30 pagi.

Kedatangan kami ber4 di sambut oleh teman sekerja di Medan (Pak Wan) suka suki je aku letak 'pak' depan nama dia, hihi. Dah staff dia pun panggil 'pakwan', aku pun tumpang sekaki. Brother ni orang kita tapi jaga stesen Medan. Aku dah tapaukan nasi lemak untuk Pak Wan dan kengkawannya, katanya 'staf dia suka makan nasi lemak malaysia' rasa bersalah sebab nasi lemak tu bungkus polisterin je, tak dapat tapau nasi lemak bungkus daun pisang, sebab gerai nasi lemak belum bukak masa kami keluar rumah awal pagi tu. Harap rasanya tak menghampakan.

kami ber4 bersama 'pakwan'
dia tahu ke aku letak gambar kat blog nih, haha
jiran aku yg sebelah aku tu
# ker ada yang tak cam mana satu puan Irfa nih? cer teka cer teka, kikiki
Kami pusing2 sejam jugak dalam airport baru tu sementara tunggu abang tu siapkan keje dia. Kami plan nak naik taxi je ke Bandar Medan, tapi Pakwan suh kami tunggu, dia nak hantarkan kami ke hotel.

Sambil menunggu 'pakwan' siap keje, kami lepak kat satu kafe sambil makan Roti Bakar Cheese, lupa dah harganya berapa tapi tak sampai rm7 kot duit kita

roti bakar cheese bersama coklat panas

aku perut melayu asli, tetap kena order nasi
# alasan, kuar umah awal tak sempat sarapan, makan nasi terus kenyang ler
sambal merah tu pedas tapi sedap
Nasi aku ni RP35,000 ( rm10 lah lebih kurang) 
Oh lupa nak citer, ni airport baru menggantikan Polonia Airport Medan yang di tengah kota Medan tu. Airport baru ni belum di rasmikan dan siap sepenuhnya tapi dah beroperasi. Masih ada lagi bahagian bangunan yang belum siap, masa aku sampai tu ada staf tengah gilap lantai pakai mesin tu tu. Airport ni macam Kl ke Klia lah, dan Airport Polonia dulu macam Subang Airport gitu. Yang baru ni macam mini Klia, rekabentuk hampir sama tapi kecik sikit.

Tak caya meh tengok gambar

ingat Malaysia je ada jerebu, sini pun ada gak
nampak tak kelabu tu, diorang dah lama jugak tak hujan
tapi Jakarta banjir masa kami sampai, sib baik bukan Medan yang banjir 

airport Kuala Namu, Medan

ni pelan Kuala Namu, snap kat dalam cermin kaca di arrival hall  

'pakwan' kata, ni tempat wajib bergambar
ramai org singgah ambik gambar kat sini, dan kami juga 
dah penat lah taip, esok lah ye sambung kisah di jalan2 bandar Medan
ada lagi sambungan 10 episod, okey tak ni?

babai


Comments

sweetie said…
Jiran ko tu sebelah ko je... tapi... (musykil ni) ko yang mana satu Irfa... hihihi...
Miss Brenito said…
erk, baru start feeling dah habis? ini tidak boleh jadik
pB said…
kah kah

punyolar panjae ...

tapi


tubek jalae epot pun tok lepah lagi tu .....
:: CIKVIVA :: said…
laaa...dah habih ke?? next entri plsss
Irfa said…
KAKPB..
haha, sajo je nak bagi pjg sikit citer
pegi 3 hari nak buat entri mcm gi sminggu
boleh gitu?
Irfa said…
MISS BRENITO..
hahaha, kasi gempak
sabar ek
Irfa said…
SIS SWEETIE..
boleh buat peraduan nih, kikiki
Unknown said…
kemain ko bergaya dgn pakwan ya..hehehe..aku nampak sedap roti letak cheese tu..grr
paridah said…
irfa dh balik ke ..macam dekat je medan tu ya...terbang pergi n terbang balik bawa citer yg menarik...
Unknown said…
Nak tau dapat apa je..adik akak nak pegi lagi bulan 9 nanti
lieyalatif said…
aduh teliur tgk pisang cheese tu....best2...kat sane mmg bab makan sedap....lagi2 ayam penyet dieorg...dpt rase yg pior indon punye...mmg sedap lah...

tu laa ramai ckp bandung lagi syok dari medan...tapi takpe, kalo ade rezeki pergi jek semua...pengalaman tu yg berharga kan...
izawani said…
Wah... bagus la... dulu, akak tukar duit dalam 300 lebih untuk dapat satu juta kalau tak silap. Maid akak selalu hantar balik kg utk dapatkan 1 juta tu... tapi selalu jer tak cukup biarpun bagi dalam 300...
izawani said…
Boleh dapat adiah ker ? Nak teka nak teka... hahahaha...

p/s : PEJAM MATA PUN KENAL !
t.a.t.a said…
Meh saya teka. Kak Irfa yang speckie baju kotak² kecil. Kan?

Yeee hah!
Nieda Ramly said…
nak taulah la irfa, best apa cerita jalan2 ni
Jari Manis said…
Ahahaha dah detail sgt citer nyer jm pun boleh kalah ni heee. Wah murah betul kadar tukaran tu tp 1 juta cukup ke dulu jm pegi dpt rm3++ utk 1 juta. Fa, jm rasa yg pakai baju petsk dan specky tu kan tul tak coz nampak iras cik viva je :-)Ah
rostina76 said…
hahaha!!!!mokcik kayo tu. kami p jakarta&bandung dulu pun ada jadual gitu tapi yg travel agent siap2 photostat. hari last nak balik tu lunyai kertas tu (blh bayangkan betapa berharganya jadual tu, klu tak pening jap kira duit juta2). btw mana satu ko irfa? bagi la hint skit nak berkenalan ni
Ayu Ayunie said…
sedapnya tgk roti bakar cheese tu.
medan tak penah pegi lagi.
masa zero seat airasia nak jugak beli ke medan ni tp tak berjaya jugak.. insyallah ada la rezeki nak ke sini. :)
Sambil2 blogwalking...
Mintak izin tuan tanah promote kat sini..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya dari Herry Cuti Bajet Medan menyediakan Pakej percutian bajet ke Medan, Indonesia dengan harga yang sangat bajet tapi selesa dan menyenangkan. Pakej termasuk semua, anda hanya perlu bawa duit untuk shopping. Tidak risau lagi kos tambahan. Pergi ramai boleh dapat RM290 je. Hubungi:

Facebook: Herry Cuti Bajet Medan
Instagram: herry_tour_medan
Email: herrycutibajetmedan@gmail.com
Call/WhatsApp: ID:+62 813 9788 0156 (Herry)
MY:+6013 4618637 (Ina)
hamzah saragih said…
4D3N MEDAN LAKE TOBA TOUR
(1Nite Parapat, 1 Nite Berastagi, 1 Nite Medan
--------------------------------------------------------------------
DAY 01 : ARRIVAL MEDAN – TEBING TINGGI – PARAPAT (L,D)
Arrival at Kuala Namu International Airport. After customs clearance, meet our representative and Tour Guide who will take you to start the tours by using tourist Coach or Van. Transfer to the local restaurant for lunch. Then, depart to Parapat-drive along the road which offers the endless view of Rubber and Oil Palms Plantations through the journey. Stop should be made at Pematang Siantar for shopping of local product such as Kacang Tumbuk “Ting Ting, Teng Teng”, Other snacks Etc. Arrived in Parapat then check in to hotel for overnight stay, the rest of the day is free on your own leisure. Dinner served at the local restaurant.

DAY 02 : PARAPAT – SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI (B,L,D)
After breakfast at hotel, ready for Samosir island excursion by Boat to visits
Tomok village, to see the Tombs of The King Ompu Sidabutar & Shopping place. Ambarita village, to see the Traditional Batak village with ancient megalithic Furnitures. Return to Parapat for lunch at local restaurant. Afterwards proceed to Berastagi–a mountains resort with it’s refreshing weather and magnificent mountains scenery which has an abundance of Flowers, Vegetables and Fruits. En-route stops at Panorama Simarjarunjung hill (Sanitary stop),Sipiso-Piso waterfall. Arrived in Brastagi then to visit the Central Fruits Market (Shopping Place). Afternoon check in to hotel. The rest of the day is free on your own leisure. Dinner served at the hotel or local restaurant.

DAY 03 : BERASTAGI – MEDAN (B,L,D)
After breakfast, proceed on two hours down the hill to Medan. Visit Lumbini Park. Arrival in Medan then city sight seeing to visit a several points of interest such as the Maimoon Palace, Al-Matshun Grand mosque. After lunch at the local restaurant, and then proceed to the shopping areas as follow Danar Hadi Batik emperium and others whole Batik sellers in Medan, including to Pasar Ikan market and Malls. Afternoon check in to hotel for overnight stay. Dinner served at the local restaurant.

DAY 04 : HOTEL – AIRPORT (B)
After breakfast, free program before transfer to the airport for your flight home..END OF SERVICE





Thanks /Regards

HAMZAH SARAGIH Tour Guide Medan Sumatra Utara - IndonesiaTelp // WhatsApp : +6282160211106 Email : hamzahsaragih@ymail.com
Web : http://hamzahsaragih.blogspot.com facebook : Hamzah Saragih Ym : Hamzah Saragih

Popular posts from this blog

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adaka

Bila Depan Rumah Jadi Port Kucing Berak

Hai Blog Lama tak singgah, syukur masih ingat password, haha Okey, ini post kat FB tadi, saja post kat Blog pulak, rindu nak update blog Ini kisah taik kucing, haha yang putih2 bertaburan tu sabun serbuk ye, bukan salji, haha semai balik bayam brazil ni,yang semai semalam terpaksa buang, geli pulak aku bila terbayang taik nya, oh aku letak sudu plastik sebagai usaha mengelak dia berak lagi kat situ Emmmm Dah lama aku tak bercerita tentang masalah negara yang aku alami, iaitu masalah depan rumah yg di jadikan toilet oleh kucing2 terbiar di taman ni. Tiap pagi sebelum keluarkan kereta, tahap wajib kena ceduk buang taik dulu Tak bercerita bukan sebab dia dah insaf tak berak situ, tapi sebab aku malas nak peningkan kepala. Dia berak, aku ceduk buang. Aku ceduk buang, dia berak lagi. Begitu lah kesah sampai abang Jamil mampus, hehe Beberapa hari lepas aku ada terbaca pasal tips TuanKHM, dia tabur sabun basuh jenis serbuk di tempat kucing berak. So aku pu