Skip to main content

Kopi vs Nescafe

dah sarapan?

hari ni aku bersarapan 2 ketui karipap sardin dan segelas kopi O
wah! kak long dah pandai minum kopi sekarang

aku jarang minum air manis
 family aku di kampung, cuma ayah je yang wajib seteko teh O panas setiap hari
kami adik beradik jarang minum air manis
kalau minum pun, milo je kot

tapi family en Abe, kalau berkumpul ramai2 tak sah kalau tak bancuh nescafe
sejak kawen ngan en Abe, baru aku belajar minum nescafe
itu pun tengok mood
mil ada komen 
'bawan (panggilan manja en Abe, singkatan kepada Abang Wan) 
sekarang minum nescafe cair dah'

hehe, aku senyum je
sebab dulu2, dia kalau bancuh nescafe, pekat gile
dah kawen ngan aku, nescafe dia ala lite-lite gitu
aku tak berapa ngam ngan nescafe
boleh berpusing dunia aku satu hari kalau gatal jugak minum nescafe

dan kat rumah aku sendiri
cuma en Abe je selalu minum air manis
anak2 dan aku sekali sekala je minum milo

tapi

sekarang aku dah jatuh cinta dengan kopi 0 434 ni
gara2 jiran sebelah aka akak pengasuh yang bagi sepeket kopi 434
kopi ni gelemer kat Muar, Johor katanya  

kopi 434
gambar asal dari SINI

meh sechawe "meh secawan"

minggu depan dah start cuti sekolah seminggu
hati ada rasa nak balik kampung, semalam kol mak
'ayah demam dah 2 hari'
huhu, walaupun cuma demam tapi hati tetap risau
nak balik, fikir 14 kali

nak balik naik bas 7 jam, nak naik keta api 11 jam
itupun ntah ada lagi ke tak tiket bas/tren sekarang ni
nak naik flight, emm cam biasa lah
ada seat, adalah
tak de seat, melangutlah ko kat airport tunggu sampai ada seat

korang kemana cuti sekolah seminggu ni?
selamat bercutian ye

(^_^)


Comments

Unknown said…
inshaAllah..moga ayah irfa sihat2 aje..

akak pun jarang minum kopi atau nescafe,dulu2 pun jarang minum air manis,skrg je dah terikut2 en suami
Nastyna said…
Kami dulu pun suka nescaffe pekat2, sewacan kecik tu wajib dua sudu taruk tapi skang nak jimat kami beli kopi biasa murah2 sekali dengna serdak kami telan muahahaha.
Kopiolimauice said…
nescaffe best..tapi kopi kurenggg...hihi coz kepahitan tu tak lalu..
Aisyah said…
irfa, akak cuma minum kopi kampung...nescafe takleh..nnti akak high/tintong...hee

akak minggu lps dah blk kpg..cuti sekolah duduk dendiam kat flat..plus hiway jammm..
Unknown said…
Syafakallah.. semoga Ayahanda cepat sembuh hendaknya..

K.Sham pun tak boleh minum nescafe.. mmg berdengung la kepala lepas tu.
Tapi ada masa.. minum gak tapi lepas tu mencari panadol la pulak.
t.a.t.a said…
saya gi mana cuti sekolah ni? xde ke mana pun. masih aktiviti yang sama setiap hari.
happyichigo♥ said…
Alamak
Dira sangat suka kopi, ape jenis pun lah, nescafe, kopi starbucks, kopi berperisa, kopi kat mamak atau kopitiam..
Eh, mcm tak jaga diri sungguh lah minum kopi ni tapi tanpa kopi dira mmg down je..adoi
Ni terliur plak nak minum kopi..gi dapur jap terus buat satu mug lah...adoi lg sekali
Mulan said…
alahai kat sini segala bagai barang sangatlah limited nya... kena tunggu pi KL baru dapat borong..
Dr K said…
family saya,sama macam family En. Abe :P
kalau saya balik rumah parents saya, hari2..mesti pekena necefe!
sarah said…
saya cadang nak g perlis..tapi hujung minggu ni la..biras sy,suka minum nescafe..manis gila dia mbancuh..saya kalau minum yang dai bancuh,mesti kena tambah air masak..bleh potong kaki ooo...
dekdaa said…
Wat mai sini etek kopi tu, peminat kopi etek loni ehehehe.

try la pulok kopi dari cambodia, pekat giler.. perghhh!
wakgelas said…
skrg wak sukak minum alitea power root jakk.,ahHKs
sitiezahim said…
Oooooooh saya suka nescafe ho yeah
happyichigo♥ said…
Kak apekhabar..lama tak update. Cuti sekolah yek..
Semuge sihat sejahtera kak n keluarga
Irfa said…
MAMA ARYAN..
ayah demam rindu kat cucu2nya je
kami balik kampung, ayah terus sihat
makan pun bertambah, sblom tu mak kata, makan pun x lalu
Irfa said…
WAK GELAS..
tambah power ke ?hihi
Irfa said…
SITIEZAHIM..
dulu2 pun suko nescafe o beng ;)
Irfa said…
HAI DIRA..
baik2 aje
hari ni baru masuk keje
seminggu bercuti teman anak2 cuti sekolah :)
Irfa said…
DEKDAA..
kopi vietnam ko? toktuo lo ni duk suko minum kopi tuh ;)
siap pese kalu sesapa nok gi tlg beli kan
Irfa said…
SARAH..
tak pernah sampai ke Perlis lagi ;)

arwah nenek akak dulu kalau buat air, segelas tu boleh tambah air jd seteko
dio punya manis aduhai, melekat kat tekak
tp sampai habis umur takde kencing manis
Irfa said…
DZ..
boleh geng lah ;)
Irfa said…
MULAN..
hehe takpe, boleh jalan2 sekali
sambil memborong dapat cuci mata ;)
Irfa said…
DIRA..
mmg ada kawan akak yg ketagih teh tarik
wajib minum teh tarik setiap pagi ;)
kalau x mmg xleh wat keje

okey, buatkan kopi akak sekali ye
biskut ke kek kalau ada ok gak :)
Irfa said…
TATA..
hihi, mgkin kita rasa sama je setiap hari
tp sbnrnya tidak
mgkin hari ni sarapan nasi goreng, hari ni mee goreng @ roti bakar
smlm pakai baju oren, hari ni pakai baju biru
kan?
mcm sama je benda kita buat, tp sbnrnya ada yg berbeza
Irfa said…
KAK SHAM..
ayah rindu anak cucu, dh balik jenguk kejap, terus sihat ;)

samalah, mmg alah ngan nescafe
ting tong satu hari
Irfa said…
YONG..
baru belajar minum kopi kampung. dah ketagih sekarang ;)
awal balik kg ye, senang x yah bersesak ngan jem
Irfa said…
KOPI O LIMAU ICE..
so far tak pahit sgt, lgpun rendam uncang tu kejap je ;)
Irfa said…
MUMMY JJ..
amboih melampau, telan ngan serdak
mau sembelit nnti :)
moksudah said…
sedapnyaaaaaaaaaaaaa kopi o kaw2

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...