Skip to main content

Medan Part 7: Bye Bye Medan, Ada Umur Jumpa Lagi

Last Day@Medan, Indonesia

Akhirnya, tibalah hari untuk pulang. Pagi tu turun breakfast nasi goreng+kopi pekat dan terus bagitau kaunter hotel untuk kol taxi. Kami mintak taxi jam 11 pagi untuk ke airport. 

Masih ada masa lagi untuk ke Pasar Ikan, 'kak tokey' nak cari souvenier untuk adiknya dan aku baru teringat ada kawan kirim 'kacang medan'. 

katanya tali pinggang ni diperbuat dari kulit sapi (lembu)
aku mintak kaler hitam tapi tak dapat rega yang kakak tokey dapat
kaler cokelat je yang murah, kaler hitam mahal
emm lain kali lah
Melilau aku pusing mencari kacang medan, tanya penjual pun cam blur-blur gitu. Rupanya kat sana panggil 'kacang arab' ambik ko. Ni sapa letak nama kacang medan nih? mesti sebab beli kat medan, diletak nama kacang medan. hihi.

Banyak kedai belum bukak sebab kami datang awal, sib baik ada penjaja jalanan, Dapatlah kak tokey beli barang yang dia nak.

Balik hotel, lepak2 tunggu jam 11 nak check out. Tepat jam 11 taxi datang untuk bawak kami ke Kuala Namu Airport. Tambang taxi RP 150,000. Ops, kena deal betul2 sebab ada taxi charge RP 200,000. Masa deal pastikan RP150 ribu tu termasuk minyak dan parking.


Dalam perjalanan sempat cuci mata buat kali terakhir, suasana sibuk dengan kereta motor dan bunyi hon. Hon bukan tanda marah macam kita, tapi dah macam 'hai hai bye bye' @ macam mintak kebenaran, nak memotong pun bagi hon. Kelakar pun ada...

Pak driver bawak kami lalu jalan lain, bukan jalan masa kami sampai dulu. Katanya, jalan masa datang jem bila cuti. So dia bawak lalu jalan yang tak jem, syok jugak bila tengok pemandangan yang belum kami lalu. 

Ada satu pemandangan biasa disini yang takde di negara kita. Ni dalam bandar Medan. Cer teka ini apa?


ku fikir bunga segar dari ladang
rupa2nya bunga plastik

Ia adalah papan ucapan, contoh kalau ko naik pangkat, buat la satu papan ucapam tu letak tepi jalan. Contoh ayat 'tahniah untuk kenaikkan pangkat, selamat maju jaya Puan Irfa' hehe, itu contoh je. So sesapa yang lalu paling tidak akan terbaca, bila baca seolah kita doa kan dan ucapkan itu kat dia. Kreatif kan?

driver yang hantar kami ke airport, pendiam tapi borak jugak bila kami tanya 
Kami sampai 2 jam sebelum penerbangan, flight kami jam 3.55 petang. Pusing2 cari surau sebab suraunya tersorok sikit, kat level M. Sebenarnya airport ni belum siap sepenuhnya, banyak tempat masih under renovation, pakwan kata airport ni akan di rasmikan pada 27 Mac nanti. so tak heranlah kalau wayar berselirat sana sini. Tapi yang pasti, bila dah siap mesti airport ni sangat cantik. Banyak kedai2 berjenama jugak dalam tu. 







sempat pekena seround lagi roti bakar cheese

Time for boarding, untuk masuk ke boarding gate, cuma perlu scan boarding pass kat mesin tu, takde sapa jaga pun. Tak tahu lah kot lepas ni ada orang jaga, masa kami nak masuk tu takde..

sentuh je boarding pass korang kat mesin tu, nanti palang terbukak  

ontheway ke gate jumpa penari kebudayaan yang comel ni
diorang mintak bergambar, hahaha, sila percaya  
Lepas tu turun escalator ke bawah, korang akan jumpa kaunter imigresen untuk cop passport

kaunter imigresen balai berlepas, lalu sini untuk cop passport
Kendian jalan terus ke gate dimana korang akan boarding. Flight kami akan berlepas di Gate no 2 nun di hujung sana.

staff pakwan assist kami sampai ke Gate
TQ Hendra, jumpa lagi ye kalau datang kl call le, nanti saya belanja kamu nasi lemak ye


masuk gate, nanti ada security kat situ, korang kena scan beg yang nak bawak masuk dalam kapal
botol berisi air takleh bawak masuk, sila habiskan kalau sayang nak buang

dalam boarding gate, kalau dah masuk tetiba rasa nak kencing
korang kena keluar balik, pastu nak masuk kena lalu security machine sekali lagi
jadi, baik korang tunaikan hajat sebelum masuk sini ye
nampak EXIT tu, keluar dari situ, masuk balik kat tempat scan beg tadi
tak susah mana pun, bukan kena bayar, hihi
Bye Bye Medan, Ada Umur Jumpa Lagi 
Okey, semoga perkongsian ini memberi manfaat pada yang ke Medan untuk kali pertama, kalau ada rezki nak datang sekali lagi untuk cuba spa kat sana. Pakwan banyak kali offer kalau kami nak ke spa yang katanya sangat berbaloi, servis untuk 3 jam dan pastinya lebih murah berbanding di sini.


Comments

PetakBunga said…
insyallah kalau ada peluang pergi medan
sweetie said…
Nanti kita pi sama-sama plak.. ndak tak Irfa.
Nieda Ramly said…
macam rombongan vip gayanya
Jari Manis said…
Ayokk..byk nyer borong penuh bonet..kiranya bawak 1 juta tu memadai lah ek...
:: CIKVIVA :: said…
Yelahh...kakak angkat kita tu pg medan sbb nk g spa semata.....sambil wt bisnes kacang medan....
Irfa said…
PETAK BUNGA..
jom jom ;)
Irfa said…
SIS SWEETIE..
boleh boleh
bila tu kak?
kalau pegi lagi, sy nak makan bakso, nasi padang dan try spa je ;)
Irfa said…
KAK NIEDA..
hehe, semua tu tak di rancang pun
tak sangka pakwan nak assist kami sampai camtu sekali
Irfa said…
JM..
beg akak2 tu je yang penuh bonet
beg akak sebiji je, duk atas riba je pun
1 juta setakat nak beli kain batik selai,baju medan. fm dan keychain boleh la
Irfa said…
CV..
katanya nak gi teman kakak dia tempah langsir satu rumah ;)
wah seronok pergi holiday yer.. perancangan nk pegi medan jugak ujung tahun ini...

jemput ke blog saya.. baru nak berjinak2 dgn blog.. minta di beri sokongan, jika tidak keberatan followlah sekali yer. tq

http://izzanyrosdin.blogspot.com/
aizamia3 said…
sesekali bercuti tengok tempat orang memang best kan.. ;)
Irfa said…
HAI IZZAN..
tq singgah ;)
ramai kata dalam banyak tempat (antara Medan. Jakarta dan Bandung)
Bandung lg best tp saya ni kali pertama ke Indonesia, so sy tulis pengalaman ke Medan je

ops, td dah klik follow tapi failed
nnt sy cuba lagi ye
tp dah letak link awak kat belah kanan tu
Nastyna said…
Bila laaaa kami dapat ke sana, ur trip sangat best la pergi reraramai gitu, ada pulak PakWan yang sentiasa jaga hal ehwal kebajikan uols, lebih selamat la rasanya kan.
bangsawan nilai said…
kalau berkesempatan ke medan lagi, cubalah ke danau toba, pulau samosir dan brastagi pulak. baru lengkap
~adeQ~ said…
Ok, baru khatam....
hehehe
Sangat berinformasi, boleh buat panduan nak gi Medan kot-kot nanti...=)
Unknown said…
Jom gi medan lg akak irfa :)
AzaleaAyu said…
Salam,
menarik blog ni dna penuh informasi terutama utk yg nak ke medan....tax airport kuala namu ni brp yer? dok tgh risik2 nak ke medan...thanks...tupperware tu mmg murah ker...kalau betul murah nak jugak rembat nanti.... ;)
Irfa said…
AIZAMIA..
bak kata pepatah 'jauh berjalan, luas pengalaman' hihi
Irfa said…
MUMMY JJ
pakwan tu mmg bonus bagi kami yg kali pertama ke sana
kalau xde dia, mungkin sedikit huru hara jugak kami, haha
Irfa said…
BN..
ni trip bisnes je
kalau ngan family mmg niat nak melawat pulau pelancongan tu
pemandangan cantik kata orang yg dah pegi
Irfa said…
NURSHI..
berinformasi sgt tu xlah, sbb ni kali pertama
tp bolehlah buat panduan utk yg nak kesana
kalau salah info, mintak halalkan, hihi
Irfa said…
HAI ELTA MALA..
tq singgah sini
kalau kesana lagi bolehlah awak bawak jalan2 ye
teringin nak cuba spa yg orang kata layanan 5 bintang tp rega lebih murah dr Malaysia
Irfa said…
AZALEA AYU..
tq singgah sini :)

airport tax dah naik banding masa saya pegi
dulu rupiah 75000
sekarang dah naik rupiah 150,000
(lebih kurang rm45-50 duit kita)

org kata tupperware sana design lain sikit dan takde kat tpt kita
dan lebih murah, sy tak beli pun

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...