Last Day@Medan, Indonesia
Akhirnya, tibalah hari untuk pulang. Pagi tu turun breakfast nasi goreng+kopi pekat dan terus bagitau kaunter hotel untuk kol taxi. Kami mintak taxi jam 11 pagi untuk ke airport.
Masih ada masa lagi untuk ke Pasar Ikan, 'kak tokey' nak cari souvenier untuk adiknya dan aku baru teringat ada kawan kirim 'kacang medan'.
katanya tali pinggang ni diperbuat dari kulit sapi (lembu) aku mintak kaler hitam tapi tak dapat rega yang kakak tokey dapat kaler cokelat je yang murah, kaler hitam mahal emm lain kali lah |
Melilau aku pusing mencari kacang medan, tanya penjual pun cam blur-blur gitu. Rupanya kat sana panggil 'kacang arab' ambik ko. Ni sapa letak nama kacang medan nih? mesti sebab beli kat medan, diletak nama kacang medan. hihi.
Banyak kedai belum bukak sebab kami datang awal, sib baik ada penjaja jalanan, Dapatlah kak tokey beli barang yang dia nak.
Balik hotel, lepak2 tunggu jam 11 nak check out. Tepat jam 11 taxi datang untuk bawak kami ke Kuala Namu Airport. Tambang taxi RP 150,000. Ops, kena deal betul2 sebab ada taxi charge RP 200,000. Masa deal pastikan RP150 ribu tu termasuk minyak dan parking.
Dalam perjalanan sempat cuci mata buat kali terakhir, suasana sibuk dengan kereta motor dan bunyi hon. Hon bukan tanda marah macam kita, tapi dah macam 'hai hai bye bye' @ macam mintak kebenaran, nak memotong pun bagi hon. Kelakar pun ada...
Pak driver bawak kami lalu jalan lain, bukan jalan masa kami sampai dulu. Katanya, jalan masa datang jem bila cuti. So dia bawak lalu jalan yang tak jem, syok jugak bila tengok pemandangan yang belum kami lalu.
Ada satu pemandangan biasa disini yang takde di negara kita. Ni dalam bandar Medan. Cer teka ini apa?
ku fikir bunga segar dari ladang rupa2nya bunga plastik |
Ia adalah papan ucapan, contoh kalau ko naik pangkat, buat la satu papan ucapam tu letak tepi jalan. Contoh ayat 'tahniah untuk kenaikkan pangkat, selamat maju jaya Puan Irfa' hehe, itu contoh je. So sesapa yang lalu paling tidak akan terbaca, bila baca seolah kita doa kan dan ucapkan itu kat dia. Kreatif kan?
driver yang hantar kami ke airport, pendiam tapi borak jugak bila kami tanya |
Kami sampai 2 jam sebelum penerbangan, flight kami jam 3.55 petang. Pusing2 cari surau sebab suraunya tersorok sikit, kat level M. Sebenarnya airport ni belum siap sepenuhnya, banyak tempat masih under renovation, pakwan kata airport ni akan di rasmikan pada 27 Mac nanti. so tak heranlah kalau wayar berselirat sana sini. Tapi yang pasti, bila dah siap mesti airport ni sangat cantik. Banyak kedai2 berjenama jugak dalam tu.
sempat pekena seround lagi roti bakar cheese |
Time for boarding, untuk masuk ke boarding gate, cuma perlu scan boarding pass kat mesin tu, takde sapa jaga pun. Tak tahu lah kot lepas ni ada orang jaga, masa kami nak masuk tu takde..
sentuh je boarding pass korang kat mesin tu, nanti palang terbukak |
ontheway ke gate jumpa penari kebudayaan yang comel ni diorang mintak bergambar, hahaha, sila percaya |
kaunter imigresen balai berlepas, lalu sini untuk cop passport |
staff pakwan assist kami sampai ke Gate TQ Hendra, jumpa lagi ye kalau datang kl call le, nanti saya belanja kamu nasi lemak ye |
masuk gate, nanti ada security kat situ, korang kena scan beg yang nak bawak masuk dalam kapal botol berisi air takleh bawak masuk, sila habiskan kalau sayang nak buang |
dalam boarding gate, kalau dah masuk tetiba rasa nak kencing korang kena keluar balik, pastu nak masuk kena lalu security machine sekali lagi jadi, baik korang tunaikan hajat sebelum masuk sini ye |
nampak EXIT tu, keluar dari situ, masuk balik kat tempat scan beg tadi tak susah mana pun, bukan kena bayar, hihi |
Bye Bye Medan, Ada Umur Jumpa Lagi |
Okey, semoga perkongsian ini memberi manfaat pada yang ke Medan untuk kali pertama, kalau ada rezki nak datang sekali lagi untuk cuba spa kat sana. Pakwan banyak kali offer kalau kami nak ke spa yang katanya sangat berbaloi, servis untuk 3 jam dan pastinya lebih murah berbanding di sini.
Comments
jom jom ;)
boleh boleh
bila tu kak?
kalau pegi lagi, sy nak makan bakso, nasi padang dan try spa je ;)
hehe, semua tu tak di rancang pun
tak sangka pakwan nak assist kami sampai camtu sekali
beg akak2 tu je yang penuh bonet
beg akak sebiji je, duk atas riba je pun
1 juta setakat nak beli kain batik selai,baju medan. fm dan keychain boleh la
katanya nak gi teman kakak dia tempah langsir satu rumah ;)
jemput ke blog saya.. baru nak berjinak2 dgn blog.. minta di beri sokongan, jika tidak keberatan followlah sekali yer. tq
http://izzanyrosdin.blogspot.com/
tq singgah ;)
ramai kata dalam banyak tempat (antara Medan. Jakarta dan Bandung)
Bandung lg best tp saya ni kali pertama ke Indonesia, so sy tulis pengalaman ke Medan je
ops, td dah klik follow tapi failed
nnt sy cuba lagi ye
tp dah letak link awak kat belah kanan tu
hehehe
Sangat berinformasi, boleh buat panduan nak gi Medan kot-kot nanti...=)
menarik blog ni dna penuh informasi terutama utk yg nak ke medan....tax airport kuala namu ni brp yer? dok tgh risik2 nak ke medan...thanks...tupperware tu mmg murah ker...kalau betul murah nak jugak rembat nanti.... ;)
bak kata pepatah 'jauh berjalan, luas pengalaman' hihi
pakwan tu mmg bonus bagi kami yg kali pertama ke sana
kalau xde dia, mungkin sedikit huru hara jugak kami, haha
ni trip bisnes je
kalau ngan family mmg niat nak melawat pulau pelancongan tu
pemandangan cantik kata orang yg dah pegi
berinformasi sgt tu xlah, sbb ni kali pertama
tp bolehlah buat panduan utk yg nak kesana
kalau salah info, mintak halalkan, hihi
tq singgah sini
kalau kesana lagi bolehlah awak bawak jalan2 ye
teringin nak cuba spa yg orang kata layanan 5 bintang tp rega lebih murah dr Malaysia
tq singgah sini :)
airport tax dah naik banding masa saya pegi
dulu rupiah 75000
sekarang dah naik rupiah 150,000
(lebih kurang rm45-50 duit kita)
org kata tupperware sana design lain sikit dan takde kat tpt kita
dan lebih murah, sy tak beli pun