Skip to main content

Allergic= Alahan @ Tidak Suka

Hai Kawan2 Blog

moga hari yang dirahmati untuk kita semua
#teruskan senyum walaupun hati sedang berdarah, boleh gitu?

sapa sini ada allergic?
allergic dengan apa?
makanan @ habuk?

aku dengan makanan takde masalah, semua makan je
penah melawak ngan kawan
'bab makan, saya okey je, takde memilih, tolak kucin celup tepung je kot'
okey, tak kelakar, huhu

tapi aku sangat allergic dengan gigitan serangga
tak kisah lah nyamuk ke semut
sekali kena gigit, berhari2 kesan bintat tu kat kulit aku
manja sangat tau

selain allergic dengan serangga
aku jugak allergic dengan orang
emmm bukan sebarangan orang tau
ni spesis, kalau aku tengok je muka orang berkenaan
meremang rasa bulu roma, muka jadi panas, napas jadi laju macam keta Formula 1
kalau boleh elak, aku memang nak elak dari jumpa orang2 yang aku allergic nih
boleh spoil mood aku kalau terserempak
# pendendam kah aku? huhu

tapi bukan semudah tu aku tak suka orang
mesti lah ada sebab

sebabnya satu je:
- penah ada/cari pasal dengan aku

#tengah mencuba kontrol perasaan macam ni
i know is not good for my healthy

korang allergic ngan apa?

Comments

t.a.t.a said…
Saya allergic dengan lelaki hensem. Nampak aje mesti terus nak senyum.


Kah kah kah kah.
happyichigo♥ said…
Tak lah pendendam kak
Tp klu org dah cari pasal, even kita maafkan mesti masih ada kesan di hati.
Baik berhati2.. Dok gitu? Hahaha
Dira tak allergic ape2 alhamdulillah tp cam kak irfa gk lah, allergic kt org tertentu
kayyana said…
saya allergic ngn habuk.. hehe.. allergic ngn org ni Alhamdulillah saya masih boleh kawal lagi.. kalau dia buat salah dengan kita, kita hanya redha dan maafkan dengan seikhlas hati.. memang susah sgt nak buat mcmtu tp... bila da buat rasa lega sangat sangat,... hehehe
Irfa said…
TATA..
itu lain macam bunyi allergic nya
kalau pompuan lawa? ada allergic jugak ke?
hihi
Irfa said…
DIRA..
ye, bukan dendam, berhati2 supaya tak rasa sakit hati
masih boleh bertegur sapa, tapi takkan sama mcm dulu la
Irfa said…
KAYYANA..
insha Allah, dah banyak pun yang boleh kontrol
seiring dgn usia yang dah berapa nak muda nih, hihi
dulu masa muda2, darah tgh panas... skrg dah sejuk banyak dah
memaafkan tak sama mcm melupakan ;)
paridah said…
kalau alergik dgn melihat seseorag harus hindarinya kalau x mmg stres dibuatnya...
Irfa said…
KAK PARIDAH..
elak bukan sebab benci
tp supaya hati sendiri tak sakit, betul tak?
Unknown said…
Byk sgt alahan.. especially yg berterabur dlm rumah ni..
Fai Nardir said…
Fai allergic dgn habuk.. bila vacum rumah mulalah bersin sana sini. tang makan tu mmg semua bedal. hihi...
Aziela said…
Allergic tengok makanan pedas. Tekak terasa macam sedapppp jer. Hehehehhe...
pB said…
allergic kalau tengah tengk tv molek molek , ado hok g tukar ....
MOKCIK AZWA said…
Biasalah tu kalau allergic dengan orang2 tertentu...kalau boleh memang elak berjumpa hehehe..bukan berdendam sebenarnya nak mengelak luka lama berdarah kembali hehehe
AzianKhalil said…
Takde allergic pun...tapi terpaksa ikut menu org allergic sbb husband allergic. ..kekdahnya...tukang sapu apa yg dia allergic kan tu...
SalbiahM said…
saya alergik dengan habuk dan seafood. tapi paling alergik bila orang tanya "bila nak kahwin?" hahaha

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Didik Anak Mengikut Umur

artikel ni dapat dari FB apdet lelaju sebab ada orang dah tanya nape x apdet blog, huhu aku sebenarnya kering idea sekarang ni aku punya baru tahap pertama dan tahap ke2 (^_^')