(^_^)
hai, hai, hai
dah sarapan?
# this morning i eat nasi lemak, uwaa
pas makan rasa nyesal, nape aku pilih nasi lemak, huhu
minggu depan cuti sekolah dah start
kad kawin pun dah banyak diterima
ada yang langsung tak kenal tapi kad ada atas meja
kalau dekat ngan rumah, boleh lah di usahakan
kalau jauh tu kirim salam dan hadiah je lah kot
sebut pasal hadiah kawin
tadi member tanya pendapat aku
'anak buah nak kawen minggu depan, nak bagi apa ye?'
aku cakap
'susah2 sangat bagi lesung batu je kak, semua orang pakai lesung batu
setakat bawang 2 ulas takkan nak guna blender'
aku penah nampak orang bagi tong gas kat pengantin baru
okey apa?
mahal tu tong gas
*bayangkan kalau 10 orang bagi hadiah tong gas, boleh bukak kedai tuh, haha*
aku dulu masa kawen (14tahun yang lepas)
berpuluh kotak set gelas/cawan
aku ambik satu dua set je, yang lain simpan dalam lemari mak kat kampung
nanti ada sesapa kenduri, mak balut je hadiah tu bagi
senang keje kan?
tapi kalau korang malas sangat nak fikir hadiah apa
bagi set pisau ni pun okey SINI
ini order kakak opis semalam, 2 set untuk 2 pasangan pengantin
aku siap bagi pakej balut sekali, haha
aku paling ingat hadiah kawen dulu
ada 'budak kecik' bagi aku hadiah bedak johnson
# hadiah kawen aku masa kat kat kampung, banyak dari budak
nak kata aku ni mesra kanak2 tak jugak
mungkin mak dia malas nak layan permintaan budak2
tu yang beli bedak johnson sebagai hadiah
paling grand hadiah cash money dari kawan2 opis
memang sesapa kawen akan dapat duit dari unit kebajikan
kumpul2 semua, + sikit duit kami, dapat beli set bilik tido
sampai sekarang masih pakai set tu
cuma pintu lemari je dah goyang sikit sebab angkut pindah rumah
tak kisah mahal ke murah, janji ikhlas, tak gitu?
masa korang kawen dulu, apa hadiah paling 'unik' korang dapat?
# yang belum kawen boleh share, hadiah apa korang suka bagi pada pengantin baru?
daaa
Comments
Paling banyak biasalah set gelas sampai sekarang masih ada kat rumah mama di kampung bersusun2 campur2 dengan hadiah adik beradik lain hehehe..
paling lucu dapat hadiah tisu tandas..hahaha
kalau rakan sekerja yang nak kawen, kami biasanya sepakat kumpul duit beramai2 sepejabat, jadi biasanya akan dapat banyak - ada sekali tu pengantin dapat beli semua yang dia nak ( peti sejuk kecil, microwave, rice cooker dan beberapa barang lagi) dari duit kutipan kami tu...punya happy dia hehehe..
sampai skrang jam tu masih ada...hampir 13 biji..hehee
Hehehe.
doa lagi afdal
bukan senang orang nak doakan kita
hadiah itu kira bonus lah
hahaa
gelas dan frame tu wajib ada dalam senarai hadiah ;)
sebab apa gelas?
sebab dah ada kotak.. terus balut je
hadiah utk mak pengantin kot, hihi
sakan bbq seafood kalau gitu
tapi untung betul kawan yang dapat barangan rumah tu
jimat banyak tu x yah membeli barangan rumah :)
mmg ada macam2 hadiah tak disangka nih
tp mcm botol susu tu, kalau lah takdir 10 tahun kendian
psgan masih lom ada ada..mesti rasa semacam tgk hadiah tu kan?
tp xpe.. boleh bg kat orang lain, memanjangkan sedekah kata orang ;)
takdela. kengkwn atau sedara rapat tu adalah jugak bagi hadiah. yg belikan wifey la, kengkdg aku sponsor, kengkdg dia pakai duit sendiri hu hu
dulu akak ada jual
tp sekarang dah xde stok, supplier pun dah xde
cuba cari online ada jual.. set ni paling laris masa akak jual dulu
boleh main masak2 kat dapo
suami potong bawang, isteri potong sayur
gelak2 gembira, maklum ler pengantin baru, semuanya manis
untung tu, bertahun tak yah beli cadar ;)
sy jual semua sampai 1 set pun tak tinggal
sekarang dah nyesal, nak kena beli ngan org lain pulak
untung macam tu, benda boleh guna dan sesuai bagi psngan baru nak mulakan hidup
ada yg dapat 10 biji jam dinding sebagai hadiah kawen
ambik ko..segenap ceruk gantung jam, haha
tu bagus, dah tentu mmg guna
tp kalau dapat 10 macam tu parah jugak ye ;)