Skip to main content

Ibu dan 2 Anak Yang Di Tinggal Suami

satu petang, duk golek2 dalam bilik
dengar bunyi mengiau
intai dari tingkap bilik
baik punya landing si ibu bersama 2 anak kecilnya yang comel

si kenit Hajar dah lompat2 gembira
mintak nak bawak masuk umah
sori sayang, boleh tengok je ye

aku suka tengok kucen
tambah2 yang putih gebu macam ni
kalau yang hitam tu tak minat sangat, macam citer seram lak
tapi setakat tengok je lah, membela tu belum lagi
kagum aku dengan orang yang bela kucen sampai berbelas ekor dalam rumah
tapi orang kata 

'buat baik dengan kucing ni, murah rezki
sebab kucing ni haiwan kesayangan Nabi kita'

takpelah, setakat hari ni mampu bagi makan je dulu
mana tahu kalau ada kekuatan jiwa, akan datang kita bela pulak



welcome to the family, eh silap, welcome to the house
# emm, mana suami dia ye?


Comments

sweetie said…
Suami dia gi kempen kat Teluk Intan la tuuuu!
Yunus Badawi said…
Comel anaknya yg putih tu. Kami pun tak bela kucing takut bulunya buat budak2 kat sini semput w/pun mereka takde penyakit semput
Aziela said…
Tak mampu nak bela sebab memanjang takder kat rumah.
paridah said…
COMELNYA KUCING2 TU..TAPI KUCING YG DH BIASA HIDUP BEBAS...SUSAH NK DIKURUNG DI RUMAH..
Dr K said…
saya pun sebenarnya suka kucing..
cuma, tak larat nak membelanya ( part nak membersihkan najis/etc)
Unknown said…
Sekali dia bawa geng dah. Hikhikhik
Unknown said…
Akak pun suka kucing tapi nk bela tidaklah kot..duduk.rumah banglo tingkat2 ni kang membuang payahlah pulak..kalau rumah bawah boleh gak dia keluar masuk.sesuka hati dia...
Unknown said…
kehkehkeh.. ibu kucen rupanya..
MOKCIK AZWA said…
Kami tak bela kucing sebab kat Putrajaya tak dibenarkan bela haiwan peliharaan..namun..banyak ajer kucing2 tak bertuan yang menunggu di luar pintu meminta diberikan makanan..anak2 seronoklah sebab dapat pegang2 kucing2 tu..
Zareda Norman said…
Bg je makan.. kesian kucing tu..
Nastyna said…
jantan memang macam ni, pandai buntingkan pastu tinggal jer.

ha I pun tabik dengna orang bela kucing ni, tapi my jiran sebelah umah ni bela kucing dalam rumah yang tertutup, sekali bila dia buka pintu ya Allah hazab giler bau.
Irfa said…
SIS SWEETIE..
haha, tak sangka ada party politik utk kucing jugak ;)
Irfa said…
YB..
sy tak bela mmg sbb saya ni tak rajin nak bela
nak kena cuci2 tpt berak bagai, pastu nanti nak berjalan susah
sapa nak bagi makan

lgpun kat umah tu dah ada yang semput, cam tak sesuai je nak membela
Irfa said…
AZIELA...
ada member yg minat bela ni, tiap kali travel bawak anak bulus ni sekali
gigih dia.. kalau tak kena tggl kat animal hostel kot
Irfa said…
KAK PARIDAH..
mgkin jugak, sebab dah biasa bebas mesti dia rasa terkurung kalau di letak dalam rumah
Irfa said…
DZ..
tu alassan terbesar kenapa tak membela
tp ada orang yang pandai ajar anak bulusnya berak kat toilet ;)
Irfa said…
SiPenulis..
meramaikan majlis ;)
Irfa said…
KAK ZAR..
ha'ah
tak luak pun makanan kita kalau nak share dgn mereka
moga sambil makan dia doakan kita, sapa tahu kan
Irfa said…
KAK AZWA..
kalau tak pantau, memang ada yang curi-curi bawak masuk dalam selimut , hihi
Irfa said…
MUMMY JJ..
amboih, emo bunyi komen tu
sakit beranak tak abis lagi ke?hahaa

hehe, dia ada bau yg tak sedap jugak
tp kalau orang dah minat dia tak de bau kot
SalbiahM said…
saya suka bela kucing, tapi pening kepala bila nak travel atau outstation..kesian pulak mak ayah kena tolong jaga..huhu
isme_cv said…
suami dia yang kaler cekelat tu...cer check..