Skip to main content

Jeruk Mangga Asam Boi Terlajak Laris Masa Kini

Selamat petang semua
meh nok 'sohor etek'
(makna sebenar orang kampung aku cakap 'show off')

sana sini duk show off gambar Jeruk Mangga Asam Boi
nah sekeping gambar buat cuci mata
# walaupun bukan hasil usaha aku tapi nak jugak tunjuk
boleh lah ye 

ni semalam punya citer, jiran anta gambar ni kat whatapps
dia dan akak pengasuh buat ni sebesen
bagi jiran2 merasa, termasuk lah aku

ni resepinya kot adalah yang nak mencuba
# ingat nak cari mangga lah barang sebiji dua, nak lagi senang beli je lah

BAHAN2:

*mangga muda - hiris lah ikut suka nk bentuk apa pun
* asam boi
* gula dan garam secukup rasa
* cili padi hiris kasar*

CARA2:
gaul mangga yang di hiris dengan semua bahan tersebut
tanpa air ye, sebab nanti gula tu cair bercampur air mangga tu
sejukkan dalam peti ais untuk 1/2 jam

lepas tu boleh nyanyi lagu 'Gardenia'
~ enak dimakan begitu sajaaaaaaaaaa... oh mangga asam boi ~

sekian resepi hari ni

(^_^)


Comments

Aisy Nasiha said…
Adoi berkenannya.. tak pernah try lagi ni
Dr K said…
ni pegang sebekas, duduk tgk TV syiok makan..hahaha
mamabeauty said…
adehhh mana nak cekau mangga muda tu hehe..
uncle gedek said…
orang ngandong suka ni...
ct cheery said…
iskk..isk..terliur aiih..cheery pun beli mangga kat pasar mlm td nak try buat la konon huhu
sweetie said…
Meleleh air liur nengoknya....
Nieda Ramly said…
buat kecur mulut dah ni
herny ridzwan said…
sedapp... buka blog list nampak nni..kebetulan tengah ngap jugak ni.... tapi bukan mangga semalam cari mangga takde yangada kedondong...sedap jgakkk
Mulan said…
Kecor air lior ni....!!!
Kakzakie Purvit said…
Masa rumah kakak banyak mangga tak ada pulak musim buat macam ini
Sekarang nak buat mangga kat pokok pulak dah tak ada..
paridah said…
sedapnya..jgn memalam berulang ke tandas dah...
Saya ada jual Jeruk Pelam Asam Boi Banjir untuk sekitar Seri Hartamas, Bukit Kiara, Mutiara Damansara, Manjalara, Gombak dan Kuala Lumpur

Jeruk Pelam Asam Boi Banjir ini dibuat dengan penuh citarasa. Anda pasti berselera, Dijamin Bersih & Halal. Saya mempunyai stok buah pelam/ mangga muda yang segar dari ladang dibuat mengikut tempahan semasa.

Ada 2 saiz bekas :

Saiz kecil - RM 5.00
Saiz Besar - RM 10.00
Saiz ikut kilo bagi majlis 15.00
Beli banyak ada diskaun lagi.

★ boleh request tahap kepedasan★
- Extra pedas
- Sederhana pedas
- Kurang pedas

Hubungi saya @ sms @ Whatsapp : Kak Nor 0173837039
Saya suka berhubung whatsapp untuk tempahan segera.

Penghantaran adalah percuma bagi tempat yang dinyatakan.Selain daripada itu dikenakan bayaran penghantaran.

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...