Skip to main content

Paris Short Trip 2014: Percutian Mengejut dan Terkejut

Sambungan entri Raya Macam Ada Tapi Takde

Situasi lebih kurang macam korang tengah tido
Tetiba terbangun sebab bunyi bising
buka je mata , tengah baring bawah Eifel Tower
hah gitu perumpamaannya
agak melampau ke?
bolehlah ye diterima sebagai mukaddimah

dipendekkan cerita, ini adalah percutian mengejut kami yang tidak dirancang 
flight kami 2 OCT 2014, MH020 KUL/CDG jam 11.30 malam


penerbangan dari KLIA mengambil masa 12 jam 55 minit katanya
senang citer pung pang pung pang 13 jam jugaklah
beza waktu Malaysia dan Paris ialah - 6 jam (Paris)
selamat mendarat di Terminal 1 Paris Charles De Gaulle Airport jam 7 pagi (3/10/2014)
(waktu Malaysia 1 tgh hari)


Ambik shuttle tren ke Terminal 2
ke .......... 
(lupa nama stesen, nanti aku edit balik, nota lupa bawak)
kami sebenarnya mencari tempat simpan beg tapi tak ketemu
kami tak duk hotel tapi sewa apartment yang agak jauh dari Eiffel Tower
check in time kul 4 petang
so agak buang masa nak ke apartment semata2 untuk letak barang
so kami mencari2 tempat simpan luggage, tapi tak jumpa

Alhamdulillah, Allah mempermudahkan urusan kami
masa bertanya dimana tempat simpan beg pada mamat France yang agak hensem 
dia jaga kedai Aldo
agaknya kesian kot kami nak jalan2 seret beg besar ada budak lagi
dengan baik hati dia menawarkan kami simpan beg kat kedai dia
dengan pesanan 
'kak maghi ambik beg sebelum kul 4 petang deh, saya abis kijo kul 4 petang'
hebat tak mamat France tu speaking Kelantanese, hihi

lepas dapat simpan beg, kami ke stesen Bir-Hakiem
bawak CV yang nak melawat Eiffel Tower
(ni dah kali ke3 aku kesini, so dah tak teruja sangat tengok bangunan besi tu)

jangan lah bagi aku baca maps, konfem sesat barat ke hujung dunia
sangat malas okey nak baca maps ni
so kita bagi pada yang pakar jelah, i nak jadi mem besar 



haruslah bergambar dengan Eiffel Tower
sebagai bukti dah datang sini, nak tunjuk kat orang kampung
tak lupa juga memborong keychain 1Euro:5 ketui
note: 1Euro=RM 4.19 sen

mamat2 negro jual kecyhain dan selendang tu pandai berbahasa Melayu Indonesia
'kakak, selendang murah2 kakak'

Memula plan naik naik Eiffel Tower
tapi tengok que macam ular kena palu, lupakan jelah
baik kita naik Cruise sambil membayangkan diri ini dalam filem Titanic versi Melayu


kakak dalam cruise




turun dari cruise, naik tren sekali lagi untuk bergambar depan Arc De Triomphe
wajib ambik gambar kat sini kalau ke Paris





konon nak sambar sebiji handbag kat butik LV di Champs Elysees
tapi masuk dalam butik, rasa sayang duit, huhu

curi2 snap foto dalam butik LV
dah penat berjalan, hampir lupa janji ngan mamat kedai Aldo yang kami tinggal beg tu
terus lari2 anak ke stesen untuk ambik beg kami

ambik beg, sekali lagi naik tren ke Bry-Sur-Marne
kami sewa apartment tak jauh dari stesen tu 

nanti aku share apartment yang sangat selesa rasa macam duk umah sendiri
anak2 siap suh sambung lagi semalam kat situ

# maaf sebab aku tak dapat menulis detail terperinci tentang trip ni
masa amat mencemburuiku sejak akhir2 ini
daaa


Comments

NM03 said…
huwaaa.... terlajak jeles taoooooo
cemana yg leh jadi mngejut tu???
jap2 akk nak baca prekuelnya dulu
Jari Manis said…
kali ke 3 ke PARIS?...Pitam sekejap..ni sekali pun belum pernah huhuh
paridah said…
wah makan angin ke paris bestnyer....
Nizam.Ariff said…
Nak baring2 kat padang kat eifle tower tu dulu....tp byk najis mughalazah lah pulak...hahaha
Hanis Azla said…
As-salam irfa..

wah.. bestnya irfa.. boleh tgk eifle tower depan mata kan.. akak mampu tgk dalam gambar aje.. he..he..
Unknown said…
Mau tak terkejut..
Pagi raya bukak fb tgk dh sampai sini..
Dr K said…
cuba story sikit macam mana boleh jadi mengejut?
saya kalau mengejut nak gi penang ke, JB ke,,,mampu la..hahahaha
Nastyna said…
hahahhahaa macam balik kampung jer mengejutnya... mommi am home!!!! hahahahhaa I sikit punya pening duk ngushar Paris ni sebab planning nak cuti2 jugak la, well... with 2 babies nak kena ada planning kan. eh cepat citer pasal apartment tu yer... btw sini drive ke Paris 8 jam jer... lagi dekat dari Kl-Kb hahahhaa, pun tka pernah sampai.
Nieda Ramly said…
nak baca story gi Paris terkejut ni.
Aisyah said…
Wowww....dah 3 kali pegi paris...mcm kekdah kampung angkat ni ifa....hee
eija_sweetmama said…
wah beshnye percutian mengejut sampai ke Paris..
asyifamustaffa said…
Mengejut! Mcm best bnyinya....:)
NenetPenne (NP) said…
walaweyyy...ke Paris kita noks.... good good....
Unknown said…
Seronoknyer!!! I like :)
Zaitun said…
Booking tiket pun mengejut juga?

Kalau kak zai ada chance ke Paris benda pertama beli mesti handbag,wajib. Sangat jauh beza harga dengan M'sia.
sweetie said…
Saya pun 'terkejut' dengar Irfa 'mengejut' ke Paris... hehehhe... Control ayu nampak duk dalam cruise tu.
Kakzakie Purvit said…
Dah macam Rosmah Dato' Najib aje buat plan mengejut terus ke Paris
Yg best tu anak-anak diangkut sama. Seronok dpt bawa anak-anak sekali.
Rumah Kuning said…
wowww.... bestnya 15x. terlajak jeles le pulak.
Akak Coway said…
Parisss.. kau tunggu aku datangg. :) best best nanti 4th trip mana tau terpegi lagi boleh share lagi ey irfa
Unknown said…
Waahhh...percutian mengejut ke paris? Kalau tak mengejut tak tahu la ke mana yer..ahaha..
HeNRieTTa JoSe said…
bestnye.....murahnye keychain...
Unknown said…
Perghh.. Mengejut punsampai paris.. Aku kalau mengejut tu takat pegi ekonsave je la... Hahhaa
Hana Syed said…
Betul org kata yang tak dirancang tu lebih menjadi. yang di rancang tu la banyak halangan. namun Allah sebaik-baik perancang.
Unknown said…
waah best betul percutian mengejut tu. Saye kalu ngejut paling jauh pun terengganu hihihi
SalbiahM said…
haha..pasni nak jalan-jalan Paris boleyla akak jadi tour guide..hehe
Eye_nee said…
Dah baca N3 ke 2 ko baru akk nak komen first N3 Paris ko ni...hahaha.....akk pun nak buat2 terkejut jugak lah bercuti-cuti..agak2 boleh sampai Paris ke idak yer....

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t