Skip to main content

Siapa Yang Harus Di Persalahkan?

Korangggggggggggggg

nak ngadu nih
aku ada masalah besar
masalah ni melanda dari minggu lepas
tapi aku bz sampai tak sempat nak update blog, huhu

gini kisahnya
ada kawan bagitau yang babysitter dia tengah cari pendapatan sampingan
dia pandai masak nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang (ofkos Kelantanese)
eh! aku dengar je dah tertelan air liur
dia mintak kawan ambik order kat opis je
sambil jaga budak2 buat jual2 sikit 
tapi tak nak menaruh harapan sangat
nak dapat nasi kerabu@nasi berlauk yang betul2 sedap bukan senang
yang tiru2 tu ramai ler
sebab indon pun sekarang ramai duk berniaga nasi kerabu, huhu

hinggalah minggu lepas aku rasa sendiri
perghhhhhhhhhh, rasa macam makan nasi berlauk kat negeri ku sendiri

dan inilah hasilnya 

bekfes semalam
Rice To Wednesday Blue Colour 


bekfes pagi ni, Nasi Berlauk Ikan Aya 


dan sekarang kalau KG aku bertambah
sapa nak dipersalahkan?

dia sebagai si penjual 
@
aku sebagai si pembeli?

sedap dah satu hal, murah pulak tu
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

sekian luahan perasaan di pagi Rabu nan permai



Comments

Siti Sharini said…
makan jer irfa pastu naiklah tangga banyak2 ehhe
Kopiolimauice said…
huhu klu hari2 pekena nasik sedap ni mmng lajuuu la KG tu naik mendadak ;p
Unknown said…
Hahaha, ingatkan nak mengadu apa lah tadi. Irfa ni ngada2 je tau.
sudipVSsenduk said…
nasi kerabu tu kalau ada solok lada, alangkah......
Acik Erna said…
makan je dik..biar la kg tu hi hi
Misz-ella said…
Nasi Kerabu biru feveret ku ..
Aziela said…
Eh..eh...nak bagi kiter jeles pulak... Glup..glup.... Sedapnya nampakkk...
Dr K said…
takpa...

setiap kali lepas makan..
jogging 30minit

hahahaha
Nastyna said…
kurang ajar kan. hahahaha maghoh sunggoh kawe kali ni, aku tae jugok mum meta lagi, wak lapar aku pulok. hahahaha nak jugok!!!!!
Nizam.Ariff said…
Takpe....kita kerja nak cari sesuap nasi utk hidup... Hehehe
Aisyah said…
Ifa...nasik kerabu solok lado adalah kecintaan akak...hee
Unknown said…
Senawang area dia ambik order tak?
kakrose said…
selagi lalu nak makan..kita makan.soal kg tolak tepi dulu..hehe
mamabeauty said…
nampak menyelerakan sungguh

tapi makan jer selagi boleh kans.. nanti if Allah tarik nikmat satunya itu selera dan sakit dah pandang jer..

makan as long as sihat insyaAllah...
:: CIKVIVA :: said…
sedapnya napok nasik berlauk ike ayo tu..ejas sebukus..hehhe
Unknown said…
Aduh...tgk gamba pon terliur...

Popular posts from this blog

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak...