Skip to main content

Ujian Sakit Penghapus Dosa2 Kecil

Alhamdulillah, dapat bersiaran sekejap
walaupun di uji dengan beberapa perkara kebelakangan ini

EnAbe suspect denggi, dah 2-3 hari ulang alik klinik check darah
# semua hospital panel penuh, takleh admit sebab takde katil
tapi hari ni kena usaha jugak sbb dah tumbuh bintik merah di kaki n tapak tangan

Abam dan kenit pun demam on off
dah bawak ke klinik untuk check darah, so far okey
cuma kena monitor kalau demam kena check darah balik

cuma aku dan kakak je okey
jangan lah sakit serentak, huru hara rasanya

okeylah kengkawan
kalau sudi doakan en abe dan anak2 kami cepat baik
jumpa lagi, Insha Allah





Comments

Norma NML said…
sabar ye Irfa..semoga semuanya cepat sembuh..
Dr K said…
Sebenarnya, selagi boleh, tak perlu admit.
Tapi keputusan utk admit ni doktor akan tentukan bukan ikut ada bintik atau tidak.
Byk faktor kena tgk, seperti bacaan platelet, bacaan haematocrit ( kepekatan darah), dan lain lain..
Kalau boleh minum air macam biasa, dan in general selagi platelet tak jatuh bawah 90, selalunya tak perlu admit.
Aziela said…
Allah...dugaan tu Irfa... Semoga dipermudahkan dan cepat sembuhlah untuk Irfa sekeluarga
Zaitun said…
Semoga cepat sembuh.
MOKCIK AZWA said…
Semoga En abe dan anak2 Irfa cepat sembuh hendaknya..amin amin amin
Cikgu Ma said…
harap semuanya baik2..sabar yea...
~adeQ~ said…
Semoga cepat sembuh... Akak pun jaga diri....
paridah said…
issh risau sungguh anak2 irfa demam pula...moga cpt sembuh...bersabar ya irfa n jaga diri baik2..
Mar Mansor said…
semoga baik2 aje semuanya..
teringat asben saya pon penah ulang alik klinik amik darah..
Aisyah said…
amiiiinnn...semoga dipermudahkan segala...

ifa, paling yong riso kalo dah plan nak backpacker 2 abg Toiyib yong tu sakit..mmg mintak simpang sgt...
mamabeauty said…
semoga cepat sembuh semuanya..
Ann Ishak said…
insyaAllah, semoga semua sekeluarga selamat san kembali sihat seperti sediakala :)
kakrose said…
insyaallah..semuga semuanya cepat semboh..
kalau suspek better terus cuba perubatan lama guna sup ketam... just minum air rebusan ketam tu jer... insyallah platlet akan naik balik

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...