Monday, September 10, 2012

Drama 'Jane Jamilah'

sabtu (malam ahad) tu layan drama kat TV3.aku ngaku sejak ada Astro memang jarang bukak channel TV3  tapi sesekali kalau ada drama menarik..lekat jugak kat situ.dan drama malam tu lakonan Sofea Jane yang aku minat.dia nampak awet muda dengan potongan rambut pendek.rasa macam nak potong rambut pun ada sebab sekarang dah rimas rambut panjang..huhu.tapi kalau rambut pendek pakai tudung takde sanggul  'rasa leper je'..melalut sudah ;(

sinopsis tumpang ambik kat sini KepalaBergetar




Lakonan Sofea Jane, Shamsul Ghau Ghau, Hanez Suraya, Allana Amir, Amyza Adnan, Sheila Rusly.

Jamilah merupakan seorang kolumnis yang selalu menghabiskan masa bersama kawan-lawannya dan kerja. Satu hari dia terserempak dengan semuaminya bersama dengan perempuan muda. Dia mendapati kekasih suaminya itu masih menuntut di kolej dan sedang menjalani pratikal di pejabat suaminya. Bersama dua rakan baiknya, Jamilah menggunakan nama samaran Jane kembali ke kolej untuk mengambil short course dengan tujuan untuk mengenali kekasih suaminya yang bernama Diana itu dengan lebih rapat. Sejauh manakah kesabaran Jamilah dalam menangani masalah rumahtangganya ini? 

kata Sofea Jane 'orang educated dan sekolah macam kita takde nak tarik-tarik rambut gaduh depan public..kita ada cara sendiri untuk menangani masalah ini'.ini dia kata bila nampak laki dia,si Shamsul Ghau-Ghau dengan Hanez Suraya (dia ni dengar kata makwe Awi Rafael..maaf kalau salah) tengah dating kat shopping mall.

aku harap drama ni ada ulangan..tapi tv3 bukan macam astro yang sokmo duk ulang citer sama 16kali.huhu..bayar bil mahal2 tapi drama ulang tayang.abaikan rungutan ini

yang aku nak citer ni ialah berapa pentingnya komunikasi dalam sesebuah rumahtangga.wah!kemain ye.macamlah dah kawen 30 tahun..bajet layak sangat nak bagi petua rumah tangga kat orang lain.aku tulis ni sebagai peringatan pada diri sendiri juga.

bila dah lama bersama,kita mungkin ambil mudah sesetengah perkara.ini termasuk lelaki dan perempuan.tapi aku tulis lebih kepada pompuan la sebab aku pompuan.i am a women.no women no cry ..hahahaha

*masa mula-mula kawen*

-pagi-pagi sanggup bangun buat sarapan,air hidang depan hidung
-tunggu pasangan sampai jam 2.00 pagi,selagi tak balik tak tido
-sentiasa sms/call w,pun cuma perkara kecik dan remeh temeh
-nak kuar umah pakai baju sedondon.yang laki pun rela hati pakai baju pink sebab bini suka
-yang bini pun punya jaga penampilan takut suami pandang orang lain
-jalan pegang tangan walaupun naik kebas jari-jemari..
-sentiasa dating berdua (takde anak boleh la kot)

*dah lama sikit kawen*

-laki kuar umah pegi keje..bini masih dalam selimut.salam pun sambil pejam mata
-tak tahu laki balik kul bape sebab bini dah penat layan anak siang hari,tido tak sedar diri
-nak call/sms pun malas..takde tajuk nak sembang
-suka hati je sarung baju mana nampak dimata..sedondon memang tak la..
-bini/laki jalan 5 km sorang depan sorang belakang
-pegang tangan memang takde sebab sibuk pimpin @kejar anak.
-susahhhhhhhhhhhhhhh sangat nak keluar berdua

itu baru sikit..nanti aku tulis lebih-lebih korang kata aku tulis pasal diri sendiri pulak..tapi kena ingat,kalau orang tu pandai menulis bukan semata-mata ada pengalaman tapi jugak dari pembacaan.

itulah kenyataan..dah lama maka jadi biasa dan tak ambik kisah.(ini bukan berlaku pada semua pasangan tapi banyak contoh depan mata dan juga yang sering terjadi tanpa kita sedar).

dalam drama ni..Shamsul rasa sunyi sebab Jamilah lebih banyak masa dengan kawan-kawan.takde masa bersama suami..bila balik keje dah tak tunggu.sarapan pun sorang-sorang.sms/call memang takde..(eleh..alasan lapuk lelaki nak pasang lain)

tapi ending drama ni aku suka sebab dia tak sama macam drama lain yang selalu kita tengok.selalunya bila suami ada affair,isteri akan serang pompuan baru itu @ serang laki dia sambil maki hamun.tapi Jane/Jamilah tak begitu.dia masuk kolej tu dan berkawan dengan bakal madunya itu.so dia tahu apa yang suami dia suka/tak suka walaupun kenyataan itu memang pedih.tapi akhirnya dia sedar..sesuatu harus dilakukan sebelum terlambat.

memang sedih bila tahu dari bakal madu,suami nak hantar rombongan meminang.tapi mungkin jodoh masih panjang dan suami masih sayang pada dia cuma kesunyian menyebabkan suami 'buta' seketika.

orang kata 'menyesal dahulu pendapatan,menyesal kendian tiada gunanya'.seseorang pernah menasihatkan aku tentang adat berumah tangga.lama dahulu tapi aku ingat sampai sekarang.'buat yang terbaik semasa masih bersama.kalau takde jodoh selepas kita dah buat yang terbaik..sekurang2nya kita dah usaha dan insyaAllah kita takkan menyesal sebab kita dah cuba/buat yang terbaik '

bercakap memang senang tapi nak buat itu susah.konsep aku senang je 

'menyayangimu selagi kau menyayangiku'

'10 kali awak sayang saya,100 kali saya sayang awak dan begitulah sebaliknya'

mudahkan?

hati perempuan ini sangat lembut dan juga pemaaf..sekali disakiti selamanya di ingati.ibarat pasu yang dah pecah,di salotape pun takkan nampak sama macam yang asal.memaafkan tidak bermakna melupakan.jadi,beringatlah kamu wahai lelaki..kamu sebenarnya tidak tahu apa yang ada didalam hati seorang  perempuan

walawei...macam tak percaya la entri ni aku yang tulis...layannnnnnnnnnnnnnnnnnn ;)

eh..ada yang komen apa ending citer ni..sowi ;)

malam tu Jamilah buat makan-makan dan jemput 'bakal madu' datang umah.suami dia pulak balik bawak bunga (aku tak pasti kenapa laki dia balik bawak bunga?nak minta izin kawen lagi satu ke @ dah nyesal sebab curang..kwang23x)

dan dua2 terkejut sebab Jamilah yang cool itu sambut mereka dengan tangan terbuka.suami yang insaf dan 'bakal madu' tarik diri.

dalam citer bolehlah buat ending camni..luar kalu,sendiri mau ingat la ;)


17 comments:

kakcik said...

Mulanya kakcik nak tengok juga drama tu. Sudahnya drama yang tengok kakcik. :)

anaa said...

kelaka la ko minah... hahaha.. gelak kak ana baca..

mummY daniSha said...

terbaikkkkkk hehee!cite ni nampak mcm kelaka je tp bagus sebenarnya kan =)

HeNRieTTa JoSe said...

Tgk jgk cite nie....dlm glak glak tu....byk juga pengajaran....

Rai said...

sesekali ko berjiwang dgn bagi tips pasal rumah tangga ni aku salute sungguh..

tak payah tunggu nak kawin 30 tahun baru boleh bagi tips irfa.. lama kejap perkahwinan bukan semestinya bukti banyak ke sikit pengalaman.. kalau dulu ye lah..tapi orang sekarang ada je..kawin belas2 tahun tapi sebenarnya tak sebulu.. tido tak sekatil..tapi demi anak2 sanggup teruskan perkahwinan..kahwin atas kertas je..hakikatnya ko ko aku aku..

pB said...

kak pB macam kak cik ....


apa ending cerita nie?

bangsawan nilai said...

dulu hantar sms tulis mcm cerpen. skrg bls sms pun 'k' je...hi hi itupun nasib baik bls :)

~ yus ~ said...

kak yus semangat nak tgk citer ni hari tu, tp suami ada kerja, balik sampai malam, konon nak tgk citer sambil tunggu dia balik, last2 tv yg tgk akak, langsung tak tgk walau permulaan pun....huhu.

Seronok baca sinopsis dari IRfa, tahulah juga jalan citernya...:)

~najwa~ said...

Bercadang nak tgk,tapi x tertengok,huhu.


Yg penting. Best woman win!!!! Saya suka perkataan BMW itu....hehe

Leney said...

I ok je..hehe

Irfa said...

LENEY..
itu ayat amyza adnan (has)
kelakar la dia tu :)

Irfa said...

BANGSAWAN NILAI..
itu sapa?ko ke wife ko?
hehe

Irfa said...

KAK PB..
dah tulis ending ;)
sori lupa ..igtkan takde sapa kisah endingnya

Cikgu Ma said...

xtgk drama ni sebab clash dengan movie night kt tv9..layan drag me to hell...hehe

Zareda Norman said...

Bab poligami ni suasah nak cakap.. Ada juga dua tiga paangan bermadu elok je kak zar tgk madu madu tu.. Siap kakak boleh jaga adik lagi.. Si isteri siap beli dua psg baju melayu utk beraya dengan dua dua isteri..

Tapi isteri mana yg sanggup nak bermadu kan.. Tapi betullah jgn ada smpi tarik tarik rambut.. Cool aje.. Kgkdg lelaki ni dia tetuja lebih kekonon ada pompuan lain ygsukakan dia so perasanlah tapi tak pe, kasik can dia layanzzzpas tu kita smash dia checkmate.. Hehehe

MystoryPic said...

salam irfa... kunjung balas drp MSP... boleh la kita selalu berkunjungan, kak pB tu kakak ipar saya

Lady Windsor said...

owhh ruginya tak tengok citer ni..macam best jer kan..