Tuesday, September 4, 2012

Jenis-jenis pasta

dari tadi aku cuba publish tapi tak boleh..nape tah internet slow sangat hari ni..takkan posa kot.okey..kita cuba sekali lagi *tarik napas..hembus*

semalam kan posa ganti (orang kata nak posa 6 kena ganti posa dulu..macam2 la aku dengar..so aku ambik keputusan posa ganti je..kalau sempat buatlah posa 6.tapi sempat ker?syawal dah nak hujung dah ni).

kat opis lagi aku teringat spageti yang buh udang kat umah blogger lw tu.so ingat balik nak buat jugak tapi kat rumah yang ada cuma macaroni bukan spageti..

kisah lucu,dulu-dulu..apa je yang keras kena rebus tu aku bantai panggil spageti@macaroni.boleh?lepas baca blog Net..baru tahu ada banyak jenis rupanya pasta ni.so macaroni ni spesis pasta

jom kenal jenis-jenis pasta








okey  dah kenal?hehe

so balik keje semalam sampai umah dah jam 7.00 malam.huhu..dalam hati berkata-kata  'sempat ke aku nak buat macaroni goreng ni'..

takpe..kita cuba dulu.tak cuba tak tahu kan?letak handbag,cium kenit pun tak sempat ops!kenit masa tu kat taman tengah main buai dengan en abe.dengan tudung tak bukak terus buka peti ais kuarkan udang dan rendam ngan air panas.tenggek periuk atas dapur nak rebus macaroni..

lepas tu sakit jari jemari nak kopek kulit udang tapi anak tekak punya pasal ku layankan jua..dan taraaaaaaaaaaaaa...(gambar tiada,maaf) elok azan berkumandang,macaroni goreng ber udang siap.

abam puji 'sangat sedap' .memang kena la kot dengan seleranya,2x dia menambah,,siap cakap ngan ayahnya 'abang nak lagi'bila nampak ayahnya angkat pinggan ke dapur.takut sangat kalau ayah abiskan.padahal ayahnya bukan jenis makan banyak pun. mana tak sedapnya..udang lagi banyak dari macaroni :)

tak teruja?aku paham sebab takde gambar..nanti aku buat sekali lagi,akan ku tepek gambar disini sebagai bukti...

daaaaaaaaaaaa


20 comments:

m.u.l.a.n said...

kalo buat sendiri mmg lah semedang kita akan taruk byk udang, ayam, daging bagai kan.. kalo kat kedai jgn haraplah gitu..

Lady Windsor said...

Jika ditanya impian setiap ibu, yayy! tahniah kerana berjaya mengerjakan makaroni dan udang iteww...pasti sedap kan sebab abam tu memang pro tengok cara dia makan spaghetti hari tu, cepat la tempek gambar Irfa..

Acik Erna said...

tekak Abam lain nampaknya dengan umi he he..abam tekak western

Nieda said...

gambar dan resepi sekali boleh?

ibh_sue said...

Asslmkum.
Hehehee. . Samalah sue pun. Semua sue sebut macaroni or spaghetti. Padahal ada mcm2 nama kan. Tak pa, skit2 tambah ilmu. Heeee

HeNRieTTa JoSe said...

yummy...rietta suka juga macaroni goreng....nnti tepek gmbar ngan resipinye sekali yea....hehehe...

pB said...

kalau kak pB gie jalan umah Irfa , boleh lar Irfa hidang masakan ini

Kesuma Angsana said...

Klau kat umah KA cuma leh jalan spageti & macaroni je!

NenetPenne (NP) said...

wheres the picture??? aiseyman... kalau u taruk chili flakes pun sedap jugak. bagi colourful gituh....akak lebih suka udang with spaghetti daripada spaghetti with udang...he he he...

SHAHZEE said...

wah kalau dah 2 3x kali tambah mmg kompom sedap la..gambat udang pun xde eh?hehehe

Irfa said...

MULAN..
sbb nak makan sedap ;)
kalau kat kedai,dia nak jual je bukan dia yg nak makan

Irfa said...

LW..
feveret abam mmg spageti/makaroni dan juga nasi goreng
apa je yg umie masak sedap je bagi dia

gambar lain kali le ;)

Irfa said...

KAK ERNA..
kan?
masa gi umah akak tu org lain semua makan nasi
diorang makan spageti ;)

Irfa said...

NIEDA..
malu :)

Irfa said...

IBH-SUE..
pun baru je tahu.hahaha

Irfa said...

RIETTA..
saya suka semuanya :)
resepi campak-campak mana yang nampak dimata je

Irfa said...

KAKPB..
buleh sesangat la kak
bila nak datang ni?

Irfa said...

KA..
stok tu mmg kena ada kat umah
datang time malas..campak2 je dalam periuk
nak goreng nak sup semua boleh

Irfa said...

KAK NET..
chili flake tu kena cari la..suka jugak rasa pedas2 gitu
udang fresh size besar..emm yummy

Irfa said...

SHAHZEE..
dah masuk perut baru ingat nak ambik gambar ;)