Wednesday, September 19, 2012

Tanda-Tanda Anda Adalah Suami/Ayah Yang Bagus @ Tidak Bagus

hari ni buat keje sambil layan ceramah Ustaz Kazim kat You Tube.tajuknya 'Rumahku Syurgaku Volume1'.videonya amat panjang dan banyak yang beliau cakap tapi yang ini je buat aku tertarik nak share



kepada lelaki,tanda anda adalah suami/ayah yang bagus

ayah/suami yang bagus
-bila anda outstation,anak dan isteri merindu anda.

+ibu,ayah mana?
-ayah kursus
+bila ayah balik?
-lagi 2 hari
+ala...lamanya.rindu la ayah.tak best la ayah takde

-kepulangan anda ke rumah disambut dengan gembira oleh anak/isteri dimuka pintu

ayah/suami yang tak bagus
-bila anda outstation,anak dan isteri bersorak riang anda takde kat rumah

+ibu,ayah mana?
-ayah kursus
+bila balik?berapa hari kursus?
-lagi 2 hari
+ala kejapnya,kenapa tak kursus sebulan.lagi bagus

-tiada siapa pun tunggu kepulangan anda dengan muka gembira

kalau anak/isteri tak gembira bila anda dirumah..pasti ada sesuatu yang silap disitu.kenalah perbaiki dimana silapnya

lagi contoh yang buat aku gelak ialah 'kenapa suami suka lepak kedai mamak?adakah sebab masakan mamak itu lagi sedap@ ada sebab lain?'

kata ustaz Kazim 'kalau suami akak-akak suka lepak kedai mamak sebab mamak tu pakai kopiah ada bendera Malaysia tu,cuba akak-akak duk umah pakai kopiah 1Malaysia tu.mana tahu lepas ni suami akak-akak suka duk umah'

hahahaa..sakit perut aku gelak.

tiba-tiba aku teringat kat ayah aku dikampung,ayah aku selama hidupnya memang tak suka minum kat kedai kopi.lebih suka minum teh-o kat umah.samada mak aku yang bancuh @ ayah aku buat sendiri.

apa motif aku tulis ni ye?oh..nak bagitau konsep baiti jannati 'rumahku syurgaku'.sehebat mana pun hotel 5 bintang dengan segala kemudahan dalam satu bilik tapi rumah sendiri jugak yang kita selesa.

ai..baru kul 9.00 lebih dah ingat nak balik umah ker?hehe

mood celaru:lepas Fb dan email kena 'godam' rasa nak tutup blog pun ada.huhu

7 comments:

Rai Ourkizuna said...

ahaha..aku rasa suami suka duduk mamak ni sedikit sebanyak sikap isteri pun ada jugak..

asyik nak membebel..atau pun isteri masak tak sedap..ada member husband aku hari2 makan kat kedai..bini dia masak tak sedap langsung sampai aku rasa pelik..macam mana dia masak sampai tak sedap laki sendiri pun tak sanggup nak makan..hehehe..

entah la..

Ummi said...

anak-anak akak akan tanya bila abah nak balik, kenapa lambat sangat,

kalau hari encik abah nak balik boleh nampak semua happy aje...

akak tak yah bebel nak hantar diaorang pergi kindy dan sekolah

siap pesan nanti abah ambik kat sekolah atau nursery, ummi jangan ambik diaorang...


Zareda Norman said...

ck hubby sllu kena hambat pi kedai mamak sbb cik wifey dia nak bertenet dengan amandamai.. :-)

Irfa said...

@RAI..
bgtau kat kawan laki ko tu 'kalau bini x pandai masak@masak tak sedap jgn salahkan isteri sorang je.suami boleh hantar kelas masak tapi kalau kes x masak sbb malas tu dr fazilah kamsah kata 'kena ganti isteri'hehe

@KAK UMMI..
nampak gaya kalau hubby akak ada,diorang buat derk ngan akak la ni.jeles tak ?

@KAK ZAR..
sesekali kena hambat takpe lah kak.asal dia tahu jalan pulang ;)

Kesuma Angsana said...

tq share sesuatu yg bagus

HeNRieTTa JoSe said...

thanks for the share....naseb baek xyah beli kopiah yang ada bendera malaysia tu....ekekeke...

SHAHZEE said...

hahaha kopiah bendera.pengsan suami kalau tgk sy pakai,muka suda serupa mamak hahaha