Tuesday, January 31, 2012

emmm.......no komen

emm aku dah bagi jawapan pada KISAH SEKEPING FOTO ITU

ADA ORANG..BILA DIA MENGATA ATAU GURAU OVER DIA TAK FIKIR PASAL HATI PERUT ORANG LAIN

TAPI

BILA DIA YANG BERGURAU OVER SAMBIL MENGATA ORANG ITU DAN ORANG INI BOLEH PULAK TAK FIKIR PASAL PERASAAN ORANG LAIN.(sori..aku paling tak suka orang mengata kawan-kawan aku depan aku,w,pun dia jugak kawan aku).

tetiba aku jadi MALAS NAK LAYAN



MAAF..yang pasti korang bukan lah orang yang aku maksudkan itu.babai,mood bercelaru

Cerita DiSebalik Foto Itu

PAGI TADI..
kelam kabut yang amat.huhu.rasa nak nanges pun ada.dahlah 'tukang pujuk' takde.tapi sebagai SuperMak..semuanya setel walaupun ada adegan airmata.hehe

siapa lagi kalau bukan si hero,semalam baru dapat buku teks..ada yang dah berbalut(terima kasih pada mak ayah pelajar tahun lepas yang balut buku) tapi ada juga buku baru yang belum balut (eh!buku baru memang la belum balut) so abis kaki tangan diguna pakai untuk balut buku itu.aku memang tak suka balut buku..bukan takde yang readymade punya pembalut tapi bagi aku tak berapa kemas.hehe

pagi ni katanya ada Pendidikan Jasmani kena pakai track suit dan baju putih takde gambar..memang ada selai baju tu tapi biasa la kalau dicari memang tak jumpa.aduh,menyirap je aku rasa bila aku kata 'abang pakai jelah baju skolah nanti petang umi beli baju sukan tu yer'.tetiba dia bantai melalak macam kena pukul.

aku apa lagi 'dah tak payah nak melalak.nak skolah ke tak nak?kalau tak nak pakai tak yah gi skolah la.bukan cikgu pukul pun kalau abang tak pakai baju tu.nanti abang cakap la umie beli petang ni'.

tahu pulak dia nak gi sekolah.bangga jugak la dalam hati w'pun takde baju sukan dia masih nak gi skolah.buatnya dia suka sebab takde baju sukan tak payah pegi skolah lagi haru.

yang kenit pulak aku tengah huru hara ngan si abang dia pulak tumpang dua kaki melalak panggil aku kat bawah.dah pasang citer katun pun masih gak melalak.dia ni sekarang banyak pe'el..tetiap pagi melalak nak ikut aku pegi keje.

sila tengok gambar kat bawah ni.dalam 3 anak aku,abang dan si kakak tak penah lagi buat adegan camni..samada kat umah ataupun dikhalayak ramai.dulu bila tengok anak orang aku cakap dalam hati 'kalau anak aku la buat pe'el camni memang aku tak layan.aku tinggal je'

cash Allah bagi..dalam 3 anak tu dapat lah sorang anak yang pe'el camni.gila ko nak tinggal anak tengah melalak melolong tu.kenalah jugak pujuk kan?dah anak aku.





KALAU KORANG TERER..CER TEKA APA KISAH DISEBALIK GAMBAR INI?

nanti aku akan cerita apa yang berlaku sebenarnya sebelum publish citer baru..nak cuba silakan?eh..takde hadiah yer.hehe

OKEY..NI JAWAPANNYA

kejadian berlaku di Jayen,Nilai minggu lepas.aku masuk sebab nak beli barang sikit.letak dia dalam troli.tetiba tak jadi sebab fikir nak beli kedai biasa je.malas nak beratur sebenarnya :( so aku keluarkan dia dari troli.apa lagi ngamuk la member.dari dalam sampai keluar dia melalak tak makan pujuk.

sampai je pintu keluar dia menggelongsor dari dukungan aku..dan berlari nak masuk dalam.kuat jugak kederat budak umur 2 tahun ni.tapi bila dia tengok aku tak layan dia,pandai pulak dia pusing balik kat aku tapi tak ku sangka dia buat aksi meniarap sebegitu.so far tak penah tengok dia buat camtu.orang keliling dah pandang tapi kami laki bini boleh pulak gelak-gelak(yelah gelak la sbb ini pestime ada anak perangai cam ni)..bila dah gelak lagi dia sakit hati.siap ambik gambar dia.lagi kuat dia melalak ;)

aku sebenarnya bukan penyabar sangat.pada aku budak-budak ni lagi dilayan lagi lemak.kecik-kecik mungkin nampak comel la buat aksi camni..besar sikit ko buat lagi memang kena la..so far sekali tu je la aku tengok dia buat (ops..si abang tak sampai hati tengok adik nanges siap gi ambik troli bagi adik..so sweet kan?)

kejadian dan tempat yang sama..aku jalan depan sikit dan zasssssssssss kaki jerlus dalam longkang.sib baik tak patah kaki.huhu..sakitnya sampai sekarang.nampak lebam pun belum hilang.kalau patah aku saman itu Jayen atas kecuaian mereka menutup lubang kat longkang itu (tak nak pulak saman diri sendiri kerana jalan tak pandang kiri kanan..main redah je.hehe)

okey...selesai

Monday, January 30, 2012

Kisah 5 Jari

tadi macam biasa la jengah blog kengkawan.dan terbaca kisah BILA SUAMI JATUH CINTA LAGI KAT BLOG KAK WOS (baca je dan hati tergedik-gedik nak komen tapi tak boleh.huhu).nak baca sila kesana ye.tak baik copy apa yang orang lain tulis.tak gitu kak wos?ai like kak wos..



KATA HERO(rujuk gambar dari kanan ke kiri):

1-JARI IBU

2-JARI PETUNJUK

3-IBU HANTU

4-JARI YANG MANIS

5-IBU KELINGKING

hambek ko.anak sapa la ni :)

Suatu Kebetulan Yang Amat Sangat

emm tak pasti korang masih ingat atau tak bulan Disember lepas aku ada tulis tentang Pelanduk Dua Serupa.tapi entri tu kategori tahun lepas punya so aku dah simpan dalam 'kotak besi dan sorok bawah katil'.

nak link pun malas sebab blog itu rahsia(rahsia la sangat).so aku copy kat sini..kalau dah baca sila skip

---------------------------------------------------------------------

Pelanduk Dua Serupa
NI CITER AHAD LEPAS..
(banyak xtvt kami anak beranak pada ahad lepas..nanti aku citer satu persatu)ini adalah satu dari kejadian yang berlaku.sampai sekarang aku masih lagi terfikirkan tentang kejadian itu.

kami ke Jusko Seremban2..plan nak tengok wayang.aku kat luar surau tunggu giliran(bagi adik aku dan kakak solat dulu..jaga kenit kat luar surau) tetiba adik aku keluar bagitau nampak seseorang macam kawan sekolah rendah aku..dia kata 'cer gi tengok macam akak tu (sebut nama) tapi tak pasti lah betul ke tak.anak dia ramai kan?' dan aku pun teruja almaklumlah,kalau betul itu dia aku sangat hepi nak jumpa kawan lama.last aku jumpa dia tahun 2000 kalau tak silap,aku pegi kenduri kawen dia.dia kawen awal sikit dari aku..11 tahun jugakla kami terpisah.

aku jenguk dalam surau..nampak pompuan tu tengah angkat takbir..memang sebijik muka kawan aku tu.so aku tunggu sampai dia abis solat.lama aku tunggu...siap boleh wat dialog lagi nak tegur dia.dan bersedia jugak kalau dia punya komen 'eh!ko ke ni?gemuk sangat tu pasal tak perasan'hehe.

penantian itu berakhir bila nampak dia keluar surau.dengan 3 anak dan ada 2 lagi anak yang menunggu kat luar.aku pegi kat dia dan cakap 'ni ....(sebut nama panggilan zaman skolah) kan? TAPI...........dia pandang aku dan terus cakap 'eh.salah orang kot'.terus tarik tangan anak-anak dan blah.tapi loghat dia memang 'sekapal ngan aku la..Klate gak'.itu menambahkan keyakinan aku yang aku tak salah orang.

aku?
tergamam..kalau betul salah pun dia punya reaksi tu buat aku malu.huhu

sampai kesudah dan balik umah aku masih terfikirkan dia.last cerita yang aku tahu tentang dia ialah dia duk kat gombak.jadi suri rumah almaklumlah suami orang kaya dan aku dapat tahu anak-anaknya ramai..tu jer.aku cuba cari kat facebook tak de.mungkin jugak pakai nama lain.emm

kalau betul itu dia,takkan sampai begitu sekali dia tak kenal aku?tak percaya kalau dia sampai buat-buat tak kenal aku.bukan banyak sangat pun perubahan yang berlaku pada aku kecuali bab 'tumbesaran' tu je.nak kata hidung tambah mancung tak jugak.hehe

kalau la aku memang salah orang..oh kagumnya dengan ciptaan Allah..rupa dia sebijik sebijan ngan kawan lama aku itu.betullah pepatah MEMANG SERUPA PELANDUK ITU :)

-----------------------------------------------------------------

kalau korang tak ingat pun takpelah..bukan isu besar pun.cumanya aku nak citer Jumaat lepas singgah kedai nak beli barang dapur sikit,sebelah kedai tu ada cybercafe,so tengok jam masih awal lagi jadi aku singgah la konon nak check la fb ada orang hantar msge ke tak.huhu...sian kan?nak bukak fb kena gi cc.tak sangka aku masih ingat password.hehe.sekali ada msge dalam inbox dari kawan lama yang aku sangka dia adalah orang yang aku tegur dalam kisah di atas.pelikkan?sangat kebetulan disitu.aku intai dalam album takde lak gambar terbaru dia,yang ada pun cuma gambar anak-anak zaman kecik.

dah lama aku cari dia pakai nama penuh lagi tapi tak jumpa.tup-tup lepas kejadian dia add aku dan akaun dia tu pakai nama penuh.kawan-kawan aku pun ada dalam list fren dia jugak.pelik lagi disitu napa aku tak jumpa dia dalam list kawan-kawan sekolah lama.

malas nak fikir negatif terus je aku reply msge dia dengan bertanya mana dia hilang dah lama aku cari.dan aku juga citer pasal aku tersalah tegur orang yang disangka itu adalah dia.tapi orang tu tak ngaku.siap bagitau dimata aku jumpa pelanduk yang kusangka itu dia.

sekarang aku tengah tunggu dia reply msge tu.oh nampak gaya kena gi cc lagi la kalau nak tahu dia balas msge atau tak.aku ada bagi no hp incase kalau dia nak sms/call..setakat ni takde sms @ call..emmm tak sabar nak tahu adakah aku salah orang atau itu memang dia tapi taknak ngaku?kalau betul tak nak ngaku nape pulak dia nak add aku kat fb kan?eh muskil la..

Anugerah Juara Lagu 26

salam hari isnin korang..

tak cukup tido konfem la ngantuk tapi terlebih tido juga boleh menyebabkan mengantuk.aku rasa aku pagi ni dalam kategori ke 2..(terlebih tido w,pun malam tadi jenuh aku tahan mata sebab nak tahu sapa menang dalam Anugerah Juara Lagu ke 26).

pendapat aku (yang jarangggggggggg sekali layan sebarang rancangan Anugerah tapi malam tadi pecah rekod tercongok depan tv..siap solat Isya' awal sebab nak tengok Yuna).hehe.peserta semuanya hebat-hebat belaka.tapi rezki milik mamat rambut kerinting yang tak perlu perah otak nak cari baju glemer..cuma pakai track suit adidas dan tshirt tapi tetap jadi Juara.TAHNIAH HAFIZ..anak akak tanya 'kenapa rambut dia macam tu?nape dia tak pakai kasut?'ish banyak lak soklan budak ni.



pinjam kat SINI


apapun Yuna tetap di hati



"hai yuna..walaupun ko tak menang tapi akak tetap sokong ko dari belakang"..GO YUNA..GO YUNA :P

Friday, January 27, 2012

Tadikan..Kita Kan..Cuci Mata Kat Sini..

tajuk macam mintak kena lempang je kan?eh buntu tau nak buat tajuk ni..korang break time 2 jam tadi pegi mana?kalau opis area KL nak pulak area jalan TAR tu boleh gak cuci mata kat Sogo kan?kalau kat opis aku ni..duty free shop banyak la.kalau duit tak berapa banyak duk la jadi 'jaga' kat opis.

selalu malas nak keluar tapi hari ni sian kat member.dia baru je dapat pas masuk kawasan dutyfree..selama keja tak penah masuk.so aku merajinkan diri teman dia 'tawaf kedai'.cuci mata je pun.

banyak kedai yang OMG mampu tengok dari luar je..nak masuk pun segan at salesgirl.almaklumlah..rega sebijik henbag bersamaan 3 kali gaji aku.buang karan je masuk..

tengah 'tawaf' tu jumpa ex opis lama tengah mengintai-intai cermin kaca.oh kat sini diorang yer.apa lagi kami join la 2 kaki..







pilih kak..jangan tak pilih



taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa..tumpang ambik gambar je.sib baik salesgirl tu memang ramah gile..tumpang ambik gambar je,sorang pun tak beli..kah kah kah (eh!mana tahu dalam diam ada yang balik gosok en suami mintak belikan.yang pasti bukan aku la tu).zaman sekarang nak pakai barang kemas pun takut.besar bagak camni lagi la aku takut



aku rasa semenjak dua menjak ni aku gile glemer..asik letak muka sendiri kat blog.bosan nanti aku remove le..kawan komen katanya tak nampak aku dicelah bunga tu sebab kaler baju ngan bunga sama sedondon.korang nampak ker?

Maka,Rindu Pun Bermula

baru jap tadi hantar kakak dan mak aku naik fligt balik Kota Bharu.huhu.dan mulai hari ni akan bermula la detik-detik rindu dalam hati umie,ayah,abang dan adik.Insya Allah..cuti sekolah bulan Mac baru jumpa balik



mok..umie..kakak (3 generasi) kalau ada nenek aku cukup 4 generasi



pepagi tadi kami bergambar sedondon 3 beranak..(konon baju raya tapi cik abe kata pakai je.lambat lagi nak raya..so pakai jelah) dan sikenit melalak masa hantar umah pengasuh gara-gara pakai cantik-cantik tapi kena tinggal..cian dia

tadi kakak cakap ngan aku yang dia pelik kenapa orang suka tanya 'sekolah kat kampung tak rindu umie ker?'.katanya 'mestilah kakak rindu.tak payahla tanya macam tu'..aku jawab 'sabar la kakak.mulut orang bukan boleh tutup.orang pun selalu tanya umie tak rindu ke hantar anak duk jauh.tapi kakak tak payah fikir sangat hal tu.janji kakak tahu apa yang kakak buat dan kakak tahu apa tujuan kakak sekolah kat kampung.jauh mana pun kakak duduk rindu dan kasih sayang umie,ayah dan adik-adik pada kakak hanya Allah yang tahu'.

Thursday, January 26, 2012

Cuti-Cuti Cameron Episod 2

okey dah abis iklan :)
lepas sejuk-sejukkan lidah makan eskrem stoberi itu..siap solat zohor semua kami berpisah.kami balik KL ikut Tapah dan mak ayah serta adik-adik balik ke Kelantan semula..ikut Gua Musang.waktu lebih kurang jam 2 petang.

berbalik cerita kami,pusing Tanah Rata nak makan nasi tapi semua kedai penuh so kensel.singgah taman yang ada replika buah-buahan tu..sambil makan goreng pisang dan cucur sayur..sedap le pulak akak tu goreng cucur..harusla ambik gambar dengan replika buah itu sebagai kenang-kenangan







agak-agak matahari dah makin menegak..aku pun dah berpeluh dengan baju panas itu(motif pakai baju panas ialah stok baju aku dah abis dan cardigan yang plan nak pakai masa balik tetiba koyak tang lengan..huhu.terpaksa la pakai baju panas itu..macamlah sejuk sangat)

lalu depan Cameron Valley banyak bas tengah turunkan penumpang.nak singgah malas nak cari parking..so snap picture dari kejauhan je lah



nun menghijau ladang teh..tetiba teringat citer Ombak Rindu yang lisa gaduh ngan aaron nak clash tu :)

onthe way turun dari Cameron ke Tapah kami singgah beli petai.malam tu aku tido sambil menahan sakit tekak akibat memakan petai itu (sila salahkan petai).ada banyak gerai orang asli sepanjang jalan..ada yang jual petai , madu , rebung tapi aku singgah beli petai je.ingat nak beli tudung saji tapi mana nak sumbat pulak.takkan nak suh anak-anak riba kot :) so lupakan je



sampai Tapah singgah makan kat satu kedai Mee Rebus Tapah.adakah restoren itu yang masuk tv dalam rancangan Warung Kita?aku pun tak pasti..lama sungguh tunggu order hampir-hampir aku nak kensel order dan ajak cik abe makan kepsi je.huhu.sib baik la menu tiba dan rasanya tak mengecewakan.dah lapar semuanya sedap

lepas makan kami cik abe ajak pusing-pusing Tapah Dan Bidor tengok sekolah lama dia..(imbas memori silam kah?hehe)





kata cik abe 'sebagai anak polis..bila ayah pindah balai kami kena pindah.so asikla pindah sekolah je..besfren pun takde'..

akhirnya kami selamat tiba rumah mil jam 8.30 malam..tido sana malam tu dan esoknya baru balik rumah

watammat......tetiba je ending :)apa-apapun percutian yang menyeronokkan

Cuti-Cuti Di Cameron

MALAM KAMI DI EQUATORIAL CAMERON HIGHLAND





tiap kali pegi mana-mana wajib kena ambik gambar dengan signboard.motif?huhu

konon malam tu nak keluar la jalan-jalan tapi tak sampai ke mana-mana pun.cik abe nak kuar tengok bola pun terpaksa kensel,dari hotel nak turun ke Tanah Rata jalan sangat jem.huhu..tensen aku.rasa macam percutian kami ni semata-mata nak lepak kat bilik je.penyudahnya patah balik dan kami rasa bukan kami je yang buat camtu..aku tengok banyak keta patah balik..kecuali mereka yang terpaksa menempuh jem sebab tak tinggal kat situ.

PAGINYA..
lepas subuh aku dan cik abe dah kuar cari makan.lapar gila..mak aku kata kalau tahu macam ni punya sejuk dan lapar konfem dia usung periuk nasik dan buat sambal untuk makan-makan.aku jawab 'kan bercuti,,tak payahla nak masak-masak.makan je kat kedai' hehe.

kami turun ke Tanah Rata cari kedai jual nasi lemak..aku borong makan untuk lunch terus sebab kul 12.00 kami nak check out..lepas makan-makan,kami jalan kaki depan hotel yang jual macam-macam tu..ada buah,sayur,cenderahati..dalam tak sedar beli itu ini aku habis duit beli tah hapa-hapa.mak aku borong sayur dan balik hotel dia menung sebab tak sedar beli sayur macamlah balik umah tak de sayur camtu..aku pujuk 'takpelah..memangla kat kampung pun ada sayur ni tapi tak fresh dari ladang'.



jalan-jalan beli sayur..stoberi celup cokelat





rega ada macam-macam..ada yang rm12 skotak..ada yang 3 kotak rm20..kena pandai pilih la.diorang pun semua berlumba-lumba nak tarik pelanggan.murah ke mahal?sebab aku bukan penggemar stoberi so takde la teruja sangat



apa saja yang bermotifkan stoberi wajib singgah ambik gambar.hehe

jam 12 kami check out pastu jalan-jalan ke kebun stobery..tujuan nak gi makan aiskrim stoberi kat Al Mashoor,Kampung Sedia.



bergambar dulu sebelum check out..oho..cukup susah nak ambik gambar 5 beranak.selalunya gambar aku dan anak-anak je sebab salah sorang kena jadi jurugambar.hehe







makcik yang suka enterfrem :)

bersambung lagi selepas iklan ubat gigi cap gusi...

Kisah Balik Kampung la la la la.episod 2

hihi..poyo je siap ada episod bagai..sambung citer semalam,kami bermalam di kampung.konon malam tu nak gi jalan-jalan ke pasar Wakaf Che Yeh (for info..nama je asal kelantan..seumur hidup belum penah sampai sana.lalu je penah la..singgah belum lagi).tapi kepenatan dalam perjalanan buat kami tido tak sedar diri.sedar-sedar dah pagi.

pagi tu jam 9.00 kami anak beranak + adik bongsu naik satu keta.adik lelaki dgn adik pompuan satu keta ngan ma dan ayah bertolak ke Cameron ikut Gua Musang.perjalanan lancar dan kami sampai Cameron singgah lunch dulu kat Kg Raja.lepas makan nak ke Equatorial Hotel jalan sangat jem tahap merangkak.dahlah jalan naik bukit jem pulak tu sib baik la keta auto..manual kalu lenguh lah kaki (adik lelaki merungut lenguh kaki sebab keta dia manual).apapun kami selamat check in jam 2.30 petang.



makan time..sambal ikan kelinya sangat sedap.ker sedap sebab dah lapar sangat?hehe



kami duk sini..apartment dua bilik.ni kali ke2 kami kesini..dulu pun singgah balik raya tapi duk kat hotel.kali ni try apartment pulak...boleh muat ramai





tingkat atas sekali..view menghijau depan bilik :)..sejuk sangat kata ayah.bila sejuk asikla nak makan..

kami bagi ayah dan ma master bedroom :) yelah..pertama kali ma ayah tido hotel.senang citer mak ayah aku ni cukup susah nak ajak bercuti..ada je alasan.syukur sangat bila kami ajak kali ni diorang bagi respon postitif..best apa cuti ramai-ramai.harap-harap lepas ni ma ayah akan ikut bila kami ajak cuti-cuti (emm..nampak gaya ayah dah suka tido hotel..dah bagi hint nak gi Langkawi pulak next time..sediakan ongkos je la)



ayah dan ma (kat kampung lebih dikenali dengan nama Pokteh dan Mokteh)



salah satu nikmat kebahagiaan bagi aku ialah bila lihat ma dan senyum :).sayang mereka berdua sangat-sangat



sikenit dalam percubaan nak puat PEACE YO..

bersambung...

Wednesday, January 25, 2012

Kisah Balik Kampung la la la la

apa punya tajuk daa.........hehe

PLAN AWAL..
aku dan anak-anak akan tumpang adik balik kampung malam sabtu @ pagi sabtu.dan cik abe akan balik kampung naik flight hari ahad tu..dan beliau akan menyewa kereta untuk membawa kami semua bercutian ke Cameron Highland (ini adalah percutian ganti bulan 12 tu ari tak bawak anak cuti kemana-mana pun).memula ingat nak gi Universal Studio kat Singapore je..tapi aku bangkang sebab kalau nak cuti ke sana ofkos kakak kena ponteng lama sikit dan mak ayah aku juga akan bising.huhu

PLAN YANG JADI..
kami semua balik dengan 2 keta pagi sabtu bila cik abe check flight semua penuh.konon konvoi la..janji 8.00 pagi aku subuh-subuh sapie dan siap beg depan pintu tapi adik datang jam 9.00 pagi.cair mekap mak tau..mekap la sangat.gedebuk gedebak 9.30 juga baru bergerak dari rumah.

perjalanan nak kuar dari KL pun dah hazab.dah kuar KL nak masuk tol Karak pun hazab jugak..lepas tol Karak baru okey.matahari tengah nak naik..mata sangatlah mengantuk.nak tido pun kesian kat tukang bawak keta..so buat la lawak sengal bagi mata tak ngantuk.

singgah makan plus buang apa yang patut kat medan selera Benta,makan nasi lauk ikan patin masak tempoyak.tapi aku cuma puji ikan patin tu sedap tak hanyir pun cuma aku tak rasa tempoyak dalam gulai itu.huhu..makan 4 dewasa campur air sirap rm29.oklah tu

dipendekkan citer 6.30 petang kami selamat sampai ke kampung halaman ku.oh rindu pada anak dara sulung itu terubat bila tengok muka dia tersengih menunggu kami dari pagi duk sms 'kat mana?bila nak sampai?'..sian dia tak sabar-sabar tunggu kami balik.



cayang adik kakak..rindu sangat kat adik





keceriaan diwajah masing-masing yang kerinduan tak jumpa kakak 19 hari..hehe

sekarang kakak kat rumah..jauh dirindu,dekat bergaduh jugak la kan.dah namanya budak-budak :)

bersambung...

Hai..hai..hai

kembali bekerja :)
rindu kat meja aku dan juga kertas yang menimbun atas meja
yelah sangat............

kakak ada kat rumah.
ikut kami balik masa balik kampung sabtu lepas
tapi kena hantar balik la sebelum buka sekolah ahad ni

plan aku kena hantar kakak balik sabtu ni
tapi sib baik mak ikut adik balik semalam
so tak payahla aku hantar kakak
hehe..jimat tenaga

beli tiket balik untuk kakak dan mak jumaat nanti

nak citer pasal cuti balik kampung
pasal jem sana sini dan sinun jugak.huhu..
dan cuti-cuti bawak mak ayah tido kat kameron
tapi ada keje kena setel..
sambung kendian la

Friday, January 20, 2012

Pagi Ini............

PAGI NI..
jam 6.30 pagi pengasuh ke2 Hajar sms cuti kecemasan sedara meninggal..aku pening kepala mana nak hantar dia.terus bincang ngan cik abe,aku gi keje pagi dan ambik cuti setengah hari(sib baik juga cik abe keje shift petang hari ni).

PAGI NI..
hujan..semua orang lambat..onthe way ke opis jalan jem..ada air sudah melimpah naik ke jalan raya.apa2pun tepat 8.30 aku sampai opis.just on time

PAGI NI..
masuk opis pc buat hal..gelap gelita.puas godek dah boleh bukak tapi line internet takleh masuk..emel xleh bukak..kepala aku pening

PAGI NI..
kerana banyak hal yang berlaku tiba2 kepala aku pening.bukan pening biasa tapi tahap pandang depan semua benda berpusing.dada berdegup kencang.tak boleh jadi ni.terus ke klinik..doktor kata aku stress w,pun tekanan darah aku okey dan normal.tapi doktor bagi aku cuti sakit untuk rehat hari.

moral of de story:

-lelaki yang dapat mengawal marahnya adalah LELAKI PALING COOL

dan

-aku MC..

selamat bercuti korang.babai

Thursday, January 19, 2012

Curi Gambar Dari Blog Resepi.Kenapa Perlu Curi?

BLOG aku bukan blog masak-masak.tapi itu tak bermakna aku tak tahu masak dan tak pandai masak..tak percaya kalu,baru2 ni aku buat pertama kalinya masak gulai kari sardin tanpa santan.hebat kan?hahahaha.

aku tahu korang gelak.takyah la gelak lebih-lebih ye.aku memang tak pandai masak kari tapi aku pandai masak yang lain dari kari.kerana kari ngan family aku tak berapa nak ngam..aku berbaik ngan kari ni pun sejak kawen ngan cik abe.kerana mil adalah 'tukang masak' terhebat aku rasa.masak apa pun semuanya sedap ;)..ini bukan entri membodek apa lagi entri meng'kipas',lagi pun bukan mil baca blog aku pun.

aku suka jenguk blog masak.suka tengok resepi dan gambar makanan itu.buat aku meleleh hanya dengan sekeping gambar.hebat sungguh..rasa belum tentu sedap tapi gambar yang ditayang tentu boleh buat orang terliur.

yang aku heran tu..ada orang buat blog ala-ala blog resepi tapi dengan tak malu letak gambar cilok dari blog orang lain dan claim dia yang masak?sangat kesian pada tuan punya gambar yang penat mengupas bawang dan kalau resepi kek tu sampai panas muka tunggu depan oven,tengok-tengok sikit hari gambar tu duk kat blog orang lain.yang kelakar tu siap dengan pinggan mangkuk dan bunga hiasan sebijik sebijan sama..lainla kalau crop gambar sampai nampak ayam tu je..ni pinggan pun pun sebijik camner tuan punya tak hangen satu badan.

kalau tak pandai masak dan masak ala kadar cam aku gak..letak je gambar apa yg ko masak sendiri.tak yahlah ko masak sadin version biasa tapi cilok dari blog orang lain yang masak seakan sama dan claim ko punya.

tak gitu kak memon?hehe..aku adalah tiba-tiba lapar sebab tadi baru lepas cuci mata tengok blog resepi

Wednesday, January 18, 2012

Ada Bola,Ada Kawan

semalam baca blog FILLA bergenang airmata aku teringat kat si kakak kat kampung.dah masuk minggu ke3 kakak di kampung.

setiap malam wajib dia call borak-borak sebelum tido.setiap pagi dia akan sms wish selamat pagi..petang balik sekolah akan sms lagi 'umie kat opis ke?'..kul 6.30 petang akan sms lagi 'umie dah balik rumah ker'..malam lepas magrib bunyi lagi sms masuk 'umie tengah buat apa?abang buat apa?adik buat apa?'..bila lambat aku jawab sms dia terus call.senang citer aku sentiasa kena top up henpon dia supaya dia boleh sms dan call aku bila-bila masa.eh terpanjang lak citer pasal kakak.aku nak citer pasal lain tadi.

aku mesti akan tanya 'kat skolah hari ni buat apa?makan apa?kawan ngan sapa?' dan jawapan dia bab kawan tu 'ada sorang je kawan?'.alahai..dah 3 minggu sekolah takkan baru ada sorang kawan.mak aku kata ramai yang nak berkawan tapi dia yang pendiam sangat.apa boleh aku buat.sifat peramah aku tak menurun kat anak..kata mak 'dah abis dibolot ko sorang'.huhu

lain pulak ngan hero aku sorang ni.dia teringin nak berkawan tapi aku pulak jenis tak suka anak main kotor dan main ganas-ganas,sepak terajang macam anak orang lain.aku tak suka anak aku merayau sana sini sampai magrib baru nak balik.dia cuma boleh ke taman depan rumah dan sesekali ke rumah pengasuh kat belakang rumah.jadi dia pun dah jadi kebiasaan akan bagitau aku kemana dia nak pegi..sampai aku penah dengar kawan dia cakap 'kita pegi belakang tu je.itu pun kena bagitau mak kau ke?'.
boleh?

hari aku bagi dia pakai jersi bola dan ayahnya juga baru hadiahkan sebiji bola sempena besday dia tu ari..dia pun keluar rumah nak main kat taman.dalam hati aku terdetik 'ada ke orang nak kawan dengan dia?' sebab selalunya dia hanya duk tepi padang tengok orang main.kalau ada bola terkeluar padang cepat-cepat dia tolong ambilkan w,pun jatuh dalam longkang.sebijik macam 'tukang kutip bola'.budak2 tu takde nak ajak dia main sekali.

tapi pagi tu elok je dia keluar ke taman..dari jauh budak-budak dah berlari datang kat dia..siap pegang bahu ajak main...itu lah aku cakap ADA BOLA,ADA KAWAN









jadi aku rasa aku paham perasaan Filla bila lihat anak dia makan sorang diri takde kawan nak makan sama-sama ;(.salah aku ke kerana sangat kontrol anak aku dari berkawan?aku cukup tak suka budak2 yang bercakap 'aku.kau.babi.bodoh.gila dan macam-macam perkataan yang tak sesuai ngan budak-budak baya itu'.ada ketika aku fikir tak ramai kawan pun tak pelah..

terharu ada kawan buat entri untuk aku tentang apa yang aku tulis ni..
KLIK SANA KALAU NAK BACA

Day Trip To Saigon,Vietnam Part IIII-Gambar Bercerita Part2

mak ai bercinta nak upload gambar..sekali upload 5 keping je pun (ker aku je yang tak tahu cara nak upload sekaligus)..huhu



akhirnya dapat ambik gambar berenam.tapi nape aku pejam mata?muskil aku



drebar dia belah kiri yer,ingat sama macam kat tempat kita.nyaris aku nak berebut naik belah driver.hehe



member suh ambil gambar wayar berselirat tu buat kenangan..kalau black out camner yer?







motor sana sini sinun.jom merempit..walaupun banyak motor tapi aku tak nampak kemalangan berlaku(tapi masa pilih baju tu ada satu kemalangan.aku jenguk keluar nampak diorang berbincang kejap pastu terus blah..muka pun cam takde apa-apa berlaku).risau gak tadi kot ada yang keluar parang :)



ambik ko.datang bawak sling bag je..balik kena beli beg pack..tu pun beli yang mana patut..kalau beli semua (mmg tak pun) konfem balik ngan kontena.hehe



kedai telekong..aku suka kain telekong ni..berat dan sejuk :) .. (promosi ni..hehe)



rambang mata memilih.semuanya cantik di mata ku



baju aku..setelah di tapis banyak kali ni je yang aku mampu beli



ni untuk raya aku,kakak dan kenit :) alamak dah pecah rahsia tema baju raya tahun ni



tengah packing..



hai..hai hai..bersiaran dari Ben Thanh Market ;)



macam-macam kedai ada..diorang akan cakap 'i love u' untuk pujuk pelanggan :)tawar menawar selagi boleh walaupun guna bahasa ayam itik



curi ambik gambar pekedai yang tengah makan tengahari..dari kejauhan nampak sayur berenang-renang dalam itu sup :)aku agakla kenapa diorang ni sangat sabar dijalan raya sebabnya diorang banyak makan sayur..tu pasal sejuk :) makan daging dan makan kari cepat je panas..hahahhaa..ada yang marah ker?



di tengah pekan



selamba je mat saleh ni dukung anak atas bahu..kalau aku konfem tersungkur.tapi tengok la size apaknya macam mana pulak kan





selamba je acik ni basuh pinggan mangkuk main celup-celup je

okey..jom beli buah

bahagian buah-buahan..aku tak beli pun.tak kuasa nak mengusung





adik kakak sekalian..ini namanya buah Pear.



buah kiwi tapi bukan binatang bernama 'kiwi' hehe



ciku yang sangat besar

sebelum balik suh taxi tunggu sebab ada member nak beli barangan sukan..kat sini



kedai barangan sukan..bak kata Astro,macam-macam ada kat sini..aku beli jersi sepasang untuk hero sebagai buah tangan.bila ditukar dengan RM lebih kurang je rega kat Malaysia..mak tertipu nak



pilih jangan tak pilih



okey..baru sepasang pakai.dah macam gi kenduri dengan labuci penuh tu.tapi percayalah,kainnya memang selesa.



abang..bakal pelapis pasukan Harimau Malaya.boleh?



ni adik punya..kalau mampu nak beli 10 pasang.hehe

okey..dah abis :)

disini aku nak war-warkan PADA SESIAPA YANG ADA KEDAI DAN ADA PLAN NAK MENIAGA BAJU KURUNG LABUCI PENUH @ TELEKONG KAIN SEJUK DAN LABUH INI @ SMOCKING GOWN YANG KONFEM ANAK KORANG AKAN GLEMER BILA PAKAI (hehe..promosi kaw-kaw punya).BOLEH CONTACT AKU dengan tinggalkan mesej kat ruangan komen.kalau korang letak no phone aku tak publish komen itu ;)//beli banyak rega boleh runding.nak beli sikit untuk diri sendiri pun boleh.babai ;)