Friday, June 28, 2013

Ubat Bontot (Demam)

Salam Jumaat, sedikit mengantuk pagi ni gara2 si kecit Ajaa demam malam tadi. Si Abam dah demam malam sebelumnya, sekarang giliran adik pulak. Ambik dia dari rumah pengasuh petang semalam dah nampak demam dengan pakej hidung berair. Si kecik ni pesen kalau demam memang melepek habis dan taknak berenggang. Ayat feveret dia bila demam ialah 'umie tido lah (maksud dia xnak bagi aku bergerak kemana2,duduk je sebelah dia) Ajaa nak peluk' sampai berpeluh2 badan tetap jugak nak berpeluk.

malam tadi:
masa kuar dinner ngan CikViva
Gambar malam sebelumnya
'i'm a big big girl
in a big big world'
Malam tadi aku tuam dengan kain basah, nak bagi makan ubat taknak. Nampak aku bangun dia dah melalak takut aku ambik ubat. Last2 aku masukkan ubat bontot je, sebenarnya pengalaman yang tak best nak masukkan ubat bontot tu tapi aku dah takde cara lain (sedikit ngeri nak masukkan ubat tu,huhu). Sempat dia menjerit 'sakitlah' marah la tu bila aku masukkan ubat. Tak selesa agaknya.

Tadi sempat gi MForum, baca sini, ada yang kata ubat tu tak bagus tapi seingat aku dah nak abis bulan Jun ni, baru sekali je guna ubat ni, bukan selalu sebab dia pun jarang demam.

Ada pengalaman guna/tahu pasal 'ubat bontot' ni sila kongsi ye
# harap demamnya dah baik hari ni, ikutkan hati nak je cuti tapi cuti dah makin susut, ada belen 10 hari je lagi nak jugak simpan untuk perkara yang tak dijangka.huhu

13 comments:

  1. Alorr cian demam panas ler tu. Ubat bontot memang cepat turun kan temperature

    Cepat sembuh yeee

    ReplyDelete
  2. Ibubapa memang risau bila anak demam panas pasal dah banyak kes perkara tak baik terjadi bila lambat diubati.

    Biasanya selain bagi ubat kita akan lap dgn tuala basah supaya cepat turun suhunya. Kalau ubat makan lambat nak turunkan suhu, ubat bontotlah jawabnya.

    ReplyDelete
  3. Demam budak memang biasa kalau malam cepat aje naik panasnya.
    Tapi kakak dulu pun stand-by ubat bontot masa anak-anak kecik daripada boleh akibat sawan. Takut kan..

    ReplyDelete
  4. akak yang tua ni pun merengek jugak kat laki kalau demam.... B, i demam...B, i demam..alaaaa tetiba teremosi pulakkkkk...choii..hahahahaa

    ReplyDelete
  5. K.Sham mmg standby ubat bontot kalau travel pi memana pun.
    Itu yg paling serasi ngan anak2.
    Tambah dgn si Arif yg paling kuat ngelat mkn ubat.

    ReplyDelete
  6. kalau dah panas sangat. ubat bontotlah jawabnya. cepat je sejuk. tapi sekali sekala je.

    ReplyDelete
  7. kesuan tengok anak2 kecil yg layu kala demam...moga adik cpt sembuh n ceria semula...

    ReplyDelete
  8. Alahh..kesian Ajaa..demam yerrr..cepat sembuh ye syg :-)

    ReplyDelete
  9. akak pun akan simpan stok ubat bontot gak, memang lah dengar itu dan ini pasal ubat bontot ni,

    akak pernah bawa anak-anak tengah malam pg hospital sbb panas sangat, doc bg ubat bontot gak nak turunkan suhu. then bagi ubat demam suruh balik :( doc rawat anak akak sambil baca surat khabar metro, boleh?

    nak aje akak hempuk meja masa tu, yang MA nak ambik darah kat kaki, tak jumpa urat, meraung anak akak, tension mak cik... laki akak dah nak mengamuk, siap cakap kat MA, tak pe saya nak balik skrg. akak dah stop dah pi hosp tengah malam buta...

    ReplyDelete
  10. kak pB memae spare ubat bontot nie.
    Kalau suhu badae lebih dari 39 , terus maaaa'suk .

    ReplyDelete
  11. ubat bontot ni mmg ada dirumah untuk masa2 yang kita tak jangka... lebih2 waktu malam... get well soon ya..

    ReplyDelete
  12. aku da buang ubat bontot. dulu mmg standby je. skang da konpiden jaga budak demam. aku buang @ simpan buat tukun tiruan. haha..

    sian aja.. damia takat ni kalau demam still aktif. badan je panas. so tak merisaukan sangat.

    oh. btw kalau taknak sakit masa masukkan tu ko sapu sikit lotion ke kat keliling bontot. pelincir. haha

    ReplyDelete
  13. Celupkan dlm air pastu terus masukkan. Supaya tak kesat. Anak saya rilek je masa dimasukkan ubat tu.. mcm xde perasaan pulak, haha!

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)