malam tadi: masa kuar dinner ngan CikViva |
Gambar malam sebelumnya 'i'm a big big girl in a big big world' |
Malam tadi aku tuam dengan kain basah, nak bagi makan ubat taknak. Nampak aku bangun dia dah melalak takut aku ambik ubat. Last2 aku masukkan ubat bontot je, sebenarnya pengalaman yang tak best nak masukkan ubat bontot tu tapi aku dah takde cara lain (sedikit ngeri nak masukkan ubat tu,huhu). Sempat dia menjerit 'sakitlah' marah la tu bila aku masukkan ubat. Tak selesa agaknya.
Tadi sempat gi MForum, baca sini, ada yang kata ubat tu tak bagus tapi seingat aku dah nak abis bulan Jun ni, baru sekali je guna ubat ni, bukan selalu sebab dia pun jarang demam.
Ada pengalaman guna/tahu pasal 'ubat bontot' ni sila kongsi ye
# harap demamnya dah baik hari ni, ikutkan hati nak je cuti tapi cuti dah makin susut, ada belen 10 hari je lagi nak jugak simpan untuk perkara yang tak dijangka.huhu

Comments
Cepat sembuh yeee
Biasanya selain bagi ubat kita akan lap dgn tuala basah supaya cepat turun suhunya. Kalau ubat makan lambat nak turunkan suhu, ubat bontotlah jawabnya.
Tapi kakak dulu pun stand-by ubat bontot masa anak-anak kecik daripada boleh akibat sawan. Takut kan..
Itu yg paling serasi ngan anak2.
Tambah dgn si Arif yg paling kuat ngelat mkn ubat.
akak pernah bawa anak-anak tengah malam pg hospital sbb panas sangat, doc bg ubat bontot gak nak turunkan suhu. then bagi ubat demam suruh balik :( doc rawat anak akak sambil baca surat khabar metro, boleh?
nak aje akak hempuk meja masa tu, yang MA nak ambik darah kat kaki, tak jumpa urat, meraung anak akak, tension mak cik... laki akak dah nak mengamuk, siap cakap kat MA, tak pe saya nak balik skrg. akak dah stop dah pi hosp tengah malam buta...
Kalau suhu badae lebih dari 39 , terus maaaa'suk .
sian aja.. damia takat ni kalau demam still aktif. badan je panas. so tak merisaukan sangat.
oh. btw kalau taknak sakit masa masukkan tu ko sapu sikit lotion ke kat keliling bontot. pelincir. haha