Skip to main content

Ubat Bontot (Demam)

Salam Jumaat, sedikit mengantuk pagi ni gara2 si kecit Ajaa demam malam tadi. Si Abam dah demam malam sebelumnya, sekarang giliran adik pulak. Ambik dia dari rumah pengasuh petang semalam dah nampak demam dengan pakej hidung berair. Si kecik ni pesen kalau demam memang melepek habis dan taknak berenggang. Ayat feveret dia bila demam ialah 'umie tido lah (maksud dia xnak bagi aku bergerak kemana2,duduk je sebelah dia) Ajaa nak peluk' sampai berpeluh2 badan tetap jugak nak berpeluk.

malam tadi:
masa kuar dinner ngan CikViva
Gambar malam sebelumnya
'i'm a big big girl
in a big big world'
Malam tadi aku tuam dengan kain basah, nak bagi makan ubat taknak. Nampak aku bangun dia dah melalak takut aku ambik ubat. Last2 aku masukkan ubat bontot je, sebenarnya pengalaman yang tak best nak masukkan ubat bontot tu tapi aku dah takde cara lain (sedikit ngeri nak masukkan ubat tu,huhu). Sempat dia menjerit 'sakitlah' marah la tu bila aku masukkan ubat. Tak selesa agaknya.

Tadi sempat gi MForum, baca sini, ada yang kata ubat tu tak bagus tapi seingat aku dah nak abis bulan Jun ni, baru sekali je guna ubat ni, bukan selalu sebab dia pun jarang demam.

Ada pengalaman guna/tahu pasal 'ubat bontot' ni sila kongsi ye
# harap demamnya dah baik hari ni, ikutkan hati nak je cuti tapi cuti dah makin susut, ada belen 10 hari je lagi nak jugak simpan untuk perkara yang tak dijangka.huhu

Comments

Qashmere said…
Alorr cian demam panas ler tu. Ubat bontot memang cepat turun kan temperature

Cepat sembuh yeee
Yunus Badawi said…
Ibubapa memang risau bila anak demam panas pasal dah banyak kes perkara tak baik terjadi bila lambat diubati.

Biasanya selain bagi ubat kita akan lap dgn tuala basah supaya cepat turun suhunya. Kalau ubat makan lambat nak turunkan suhu, ubat bontotlah jawabnya.
Kakzakie Purvit said…
Demam budak memang biasa kalau malam cepat aje naik panasnya.
Tapi kakak dulu pun stand-by ubat bontot masa anak-anak kecik daripada boleh akibat sawan. Takut kan..

NenetPenne (NP) said…
akak yang tua ni pun merengek jugak kat laki kalau demam.... B, i demam...B, i demam..alaaaa tetiba teremosi pulakkkkk...choii..hahahahaa
Unknown said…
K.Sham mmg standby ubat bontot kalau travel pi memana pun.
Itu yg paling serasi ngan anak2.
Tambah dgn si Arif yg paling kuat ngelat mkn ubat.
Rumah Kuning said…
kalau dah panas sangat. ubat bontotlah jawabnya. cepat je sejuk. tapi sekali sekala je.
paridah said…
kesuan tengok anak2 kecil yg layu kala demam...moga adik cpt sembuh n ceria semula...
Jari Manis said…
Alahh..kesian Ajaa..demam yerrr..cepat sembuh ye syg :-)
Ummi said…
akak pun akan simpan stok ubat bontot gak, memang lah dengar itu dan ini pasal ubat bontot ni,

akak pernah bawa anak-anak tengah malam pg hospital sbb panas sangat, doc bg ubat bontot gak nak turunkan suhu. then bagi ubat demam suruh balik :( doc rawat anak akak sambil baca surat khabar metro, boleh?

nak aje akak hempuk meja masa tu, yang MA nak ambik darah kat kaki, tak jumpa urat, meraung anak akak, tension mak cik... laki akak dah nak mengamuk, siap cakap kat MA, tak pe saya nak balik skrg. akak dah stop dah pi hosp tengah malam buta...

pB said…
kak pB memae spare ubat bontot nie.
Kalau suhu badae lebih dari 39 , terus maaaa'suk .
Nora Karim said…
ubat bontot ni mmg ada dirumah untuk masa2 yang kita tak jangka... lebih2 waktu malam... get well soon ya..
Unknown said…
aku da buang ubat bontot. dulu mmg standby je. skang da konpiden jaga budak demam. aku buang @ simpan buat tukun tiruan. haha..

sian aja.. damia takat ni kalau demam still aktif. badan je panas. so tak merisaukan sangat.

oh. btw kalau taknak sakit masa masukkan tu ko sapu sikit lotion ke kat keliling bontot. pelincir. haha
Syawal Sidek said…
Celupkan dlm air pastu terus masukkan. Supaya tak kesat. Anak saya rilek je masa dimasukkan ubat tu.. mcm xde perasaan pulak, haha!

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t