Thursday, September 12, 2013

Mesej Dari Perut ke Otak ialah 20 minit

Assalamualaikum
wow! awal post entri hari ni
yelah, aku kan antara makhluk terawal sampai opis
sib baik ada yang lagi awal tolong bukak pintu
kalau aku paling awal konfem tersadai menunggu
sebab aku takde kunci opis pun, huhu

Okey, sebelum terlupa meh nak sambung sikit lagi
sambungan tazkirah yang aku dengar semalam
kan aku dah citer, panel tu cakap banyak benda
tapi sikit je yang aku ingat
Tapi bila ingatan tu datang balik
rasa rugi kalau tak share.

Okey, panel jemputan ada bertanya 
'kenapa kita makan?'
so mestilah ramai yang menjawab 
'makan kerana LAPAR'

Betul ke jawapan tu?
ye, betul kalau masuk exam pun betul kita jawab
tapi dari segi lain jawapannya ialah 

SAYA MAKAN KERANA ALLAH.

Susah aku nak huraikan, tapi aku cuba seboleh mungkin ye
Harap korang paham

Apa2 je kita buat kenalah niat kerana Allah 
(benda baik le, takkan mencuri nak niat kerana Allah)

Kalau kita cakap 'aku makan sebab lapar', konfem semua benda depan mata nampak sedap. So kita makan macam lupa diri. Mulut terima je apa yang di suap sedangkan perut dah menjerit2 cakap 'wei mulut, cukup-cukuplah makan tu, dah takde ruang nak letak ni' tapi mulut tak dengar cakap perut. Sebabnya ikut kajian sains (panel jemputan tu sebenarnya Doktor) katanya, proses untuk menyampaikan maklumat dari perut untuk sampai ke otak dan menyuruh mulut berhenti makan ialah selama 20 minit.

Okey, dalam masa 20 minit agak2 berapa banyak kita boleh makan? Konfem masih boleh abiskan sepinggan hanith lamb kan? eh! tetiba sebut hanith lamb ni nape? huhu

Sebab tu dah di pesan 'berhenti sebelum kenyang'. Kalau kita makan sebab lapar, kita akan makan sakan-sakan tapi kalau kita awal2 dah set 'aku makan kerana Allah' insya Allah kita akan makan sekadarnya. Kita ni mudah percaya bila dibuktikan dengan kajian Sains, sedangkan semua tu dah tersebut lama dulu lagi iaitu dalam kitab suci AlQur'an.

Okey tu je nak citer,selamat menunaikan tugas yang di amanahkan (^_^)


11 comments:

  1. ok, lepas ni saya akan latih diri utk cakap "saya mkn kerana Allah" tiap kali sebelum mkn. tengkiu share ilmu yang sangat berguna ni

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana berkongsi ilmu ini. :)

    ReplyDelete
  3. sebab tu kena kunyah selo selo kan.. tapi aku kalau dah kebulur mmg takde maknanya nak kunyah selo banyak banyak kali.. ngap gitu je..

    ReplyDelete
  4. Makan kerana Allah sebab tu bila makan kite mesti baca doa kan, so bismillah bermaksud dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani..

    ReplyDelete
  5. Sepatutnya macam tu tapi kalau dah sehari keluar-masuk rumah terbuka sampai 5-6 tempat dah lupa dah semua tu. Aduhai... ingatan buat kakak ni. Makan sikit-sikit kalau nak pergi banyak tempat (entah boleh buat entah tak ni dik.. huhu...)

    ReplyDelete
  6. Subhanallah kadang2 kitani tak sedarkan... terima kasih untuk perkongsiann ini...

    ReplyDelete
  7. As-salam Irfa..

    haahlah lebih kurang sama entry kita hari ini.. semuanya mesti kerana ALLAH.. thanks Irfa atas perkongsian yg baik ni..

    ReplyDelete
  8. apa2 sahaja yang kita buat adalah kerana Allah..perkara yang baik2 sahaja..bukan yang jahat2 tu..

    aku masak kerana Allah
    aku pi kerja kerana Allah
    nescaya semuanya akan selamat....
    aku pakai tudung pun kerana Allah...

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)