Monday, September 2, 2013

Salah Masuk

# masa taip ni pun aku sengih sorang2 bila ingat kes pagi tadi, hihi

Okey, gini kisahnya..
Pagi tadi lebih kurang jam 7.00 pagi, aku kuar sidai kain biasa la orang bekerja macam aku ni, kain basuh malam tadi tapi pagi baru sidai, huhu

Aku perasan rumah jiran sebelah riuh sikit, ada sedara mara datang agaknya. Aku terperasan ada anak dara keluar rumah sambil bertudung ngan tuala dan pergi rumah satu lagi, kes adik beradik satu taman la ni. Tak lama kendian, anak dara tu berjalan sambil melenggang masuk pagar aku. Aku pandang dia, dia pandang aku. Aku ingat dia nak tanya sesuatu tapi takpun. Dia terus je menuju ke pintu rumah, Last2 aku tanya 'nak pegi mana?' barulah dia tersedar dari mimpi yang dia tersilap rumah. Pastu kami sama2 gelak, memula aku taknak gelak takut dia malu tapi dah dia gelak kover malu, aku pun tumpang gelak sekali. hahaha

Lawak sungguh la.

Aku pernah alami kes lebih kurang sama tapi kes salah kereta, kejadian beberapa tahun dulu. Aku menunggu en abe pick up aku balik keje. Dari jauh aku nampak keta, so aku dah berdiri, elok pulak keta tu berenti depan aku .. dengan yakin tak pandang plat number keta, tinggal berapa langgak je lagi aku nak bukak pintu baru aku perasan yang driver tu bukan en abe, so aku buat2 belek beg cari barang. Tak pasti la driver tu perasan tak, huhu

Korang penah tak alami situasi tersilap macam ni? cer citer ...



21 comments:

Asyifa Mustaffa said...

Lawak pepagi...:-)

Rai Ourkizuna said...

hahaha.. laki aku pernah hampir tersauk tangan bini orang lain sbb dia ingat tu aku masa sopping kat pasaraya..

actually aku pun pernah tersalah ikut laki orang lain.. ingat tu laki aku..

teruk kes kami laki bini ni..hahaha

NenetPenne (NP) said...

tak pernah setakat ni dan harap tak akan berlaku...haha

Acik Erna said...

penah dik..salah naik kete..lagi dah siap buka pintu..en.abang dari belkang..hon kuat2 baru la terkejut..toleh kebelakang..rupanya salah kete..terus tinggalkan gitu je..cepat2 pi kete sendiri

AiTotYati Mat said...

adoi tersenyum sorang2 Ai depan lappy ni
hihihih

t.a.t.a said...

oh pernah aje. salah kereta. kereta tu sama ngan kereta aku. memang dah tau dah ada kereta sama parking sebelah. memang tau pun itu bukan kereta aku. tapi bila on kunci, boleh pulak aku terus pi kereta sebelah. tetiba perasan, eh sejak bila pulak aku ada letak barang pada seat belakang? bila dah perasan terus aje pusing kiri. hehehe.

t.a.t.a said...

eh kejap, kes kau kat atas tu. dia bertudung dan bertuala ke? maksudnya tuala lilit kat pinggang? macam tu?

Irfa said...

T.A.T.A..
amboi ko ni,nak kena citer detail ke?
dia memakai baju lengkap dengan kain
tapi kepala tutup dengan tuala, mgkin sebab dia baru lepas mandi,hihi

Irfa said...

ASYIFA..
hehe, tu lah pasal
senyum bila ingat balik
she make my day

Irfa said...

RAI..
uih..bahaya ni
boleh mendatangkan gaduh kalau tersilap mcm ni
hahaha

Irfa said...

KAK NET..
kalau terjadi,pura2 pengsan selama 10 minit dan bangun seolah tak de apa berlaku.boleh gitu?

Irfa said...

KAK ERNA..
lagi kelakar ;)
sib baik abang tak sondol keta tu sebab geram

Irfa said...

AI..
senyum menceriakan hari anda ;)

Irfa said...

T.A.T.A..
ramai kos ada kes mcm ni
kalau org x nampak kira oklah lagi

t.a.t.a said...

oohhoho bukan, dari segi kau cerita tu aku faham lain. tapi kalau betul dia pakai tudung dan lilit tuala di pinggang dan berjalan ke rumah sebelah, memang kes berani sungguh dia ni. hahaha

bangsawan nilai said...

penah terjadi kat stesen minyak. aku tunggu wifey masuk ladies. tunggu dlm kereta. tetiba masuk satu pempuan. terus duduk sebelah aku. pulak tu terus je dia belek-belek betulkan tudung pakai cermin kecik tempat duduk depan tu. aku tergamam tak kata apa-apa. bila dia pandang aku terus je dia terjerit dan blah...tak mintak sorry pun. aku tengok dia berjalan pun dah bersepah-sepah...hahaha

Irfa said...

BN..
hahaha.lagi kelakar,siap betulkan tudung dulu baru perasan silap naik keta

Biarlah rahsia said...

k.bi pernah alami tersilap masuk kete...waktu malam...dekat KB...ntah macamane boleh tersilap masuk kete org lain dan ada pakcik dalam tu...dah pandang muka dia..baru perasan..tersilap masuk kete...minta maaf siap2...dia tergamam...ingatkan bini dia dh bertukar jd muda...dia gelak2...hihihi...ingat sampai hr ni....masa tu br ank sorg...

Rumah Kuning said...

Akak penah salah keta.siap buka pintu n nampak pakcik dok sebelah driver. Sempat sengeh ngan pakcik tu br ckp ehh silap keta.

paridah said...

seronok dengar citer silap yg xsengaja ni...

Aisy Nasiha said...

Haha...kalau saya pernah tersalah duduk di meja yang rakan tunggu lepas pergi beli makanan di food court. Rasa malu kejab bila tersalah duduk tu