Thursday, December 5, 2013

Kenangan: Buah Keranji dan Biskut Tok

Korang penah tak tengok sesuatu dan benda itu mengingatkan korang pada kenangan silam? Masa aku duk skodeng xtvt kengkawan kat MukaBuku, aku jumpa 2 gambar yang betul2 mengingatkan aku tentang nostalgia di zaman aku membesar dulu. Nak tahu? kalau tak nak pun, memang aku nak citer, hihi



Biskut Butang
 (kata akak sebelah aku ni)
aku tak tahu apa nama sebenar dia
sebab aku dan adik2 panggil 'biskut tok'

dulu ... 
masa kecik2 atok suka beli biskut ni bila datang ziarah kami
biskut ni memang sentiasa mengingatkan aku pada arwah tok
atok suka bercerita 
cerita dongeng kanak2
macam cerita kancil dan harimau
si buta dan si tempang
dan macam2 lagi cerita dongeng kanak-kanak zaman dulu
alfatihah untuk Tok
# lap air mata


Buah Keranji dalam perahu

dulu masa kecik, ayah keje sebagai penebang balak
lama jugak la, sampailah ayah tukar kerjaya jadi buruh bangunan di Kota Singa
lepas tu tukar kerjaya jadi Penoreh Getah
sekarang jadi Tukang Rumah, hihi

berbalik pada citer buah ni
masa ayah keje tebang balak
masuk hutan keluar hutan
2 minggu sekali, baru ayah balik rumah
ada ketika ayah bawak balik seguni buah keranji hutan
kulit dia keras sedikit berbanding buah keranji dalam gambar ni
tapi rasanya sama je
masam2 manis
takdenya buah keranji rasa buah oren, hihi

bila dah banyak sampai tak termakan
aku bawak ke sekolah kongsi ngan kengkawan
pastu kengkawan nak beli

aku suh mak buh dalam plastik airbatu
aku jual 20sen kot kalau tak silap
wah! masa tu darjah 2/3 kot
kemain ko.. dah minat bisnes, hihi

tapi
ada sekali, duit jualan aku kena curi
huhu, nanges tau
hasil hari tu adalah kot dalam RM5
tak tahu lah sapa yang punya keje
silap aku jugak sebab simpan dalam beg sekolah
ada yang intai masa aku simpan $$ dalam beg 
takpelah, bukan rezki aku hari itu

okey.. 
itu je kenangan yang aku nak kongsi ngan korang
banyak sebenarnya kalau nak tulis
semua benda bagi aku ada kenangan
ada yang manis, ada yang pahit, adat yang masam jugak
kalau semua manis, nanti kena kencing manis, hihi

kenangan yang korang paling ingat apa dia?
kalau rajin kongsi ler ..

daaaaa


10 comments:

  1. akak pun penah jual buah keranji ni masa sekolah rendah dulu..nostalgia nih

    ReplyDelete
  2. aku tak penah makan buah keranji!! first time tengok rupa dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku lagi teruk. aku ingat buah keranji tu buah ciptaan sendiri tau. ala buah ciptaan untuk pantun tu. baru aku tahu buah tu betul² wujud.

      Delete
  3. Akak memang makan 2 benda kat atas tu. Masa kecik, adik adik akak suka makan gula kat atas tu jer... biskut dia buang... tensen jer...

    Buah keranji dalam perahu tu pun sama... dua dua jenis akak makan... masa kecik kecik dulu arwah ayah beli...
    Dan ada juga buah lain yang jadi kenangan... tapi di blog irfa... so, tak payah citer la... hahaha...

    ReplyDelete
  4. eka pun penah makan buah keranji ni. Atok eka amek kat hutan kalau dia pegi masuk hutan

    ReplyDelete
  5. buah keranji ni ada jual kat lipis..otw nk dtg sini aritu de nampak..

    ReplyDelete
  6. Buah keranji tu nmpak unik. Macam manggis pun da..1st time nmpak ni..

    ReplyDelete
  7. hahaha. atas sekali tu aku panggil biskot puting

    ReplyDelete
  8. Masa kecik2 dulu biskut gula warna warni ni memang kegemaran..tu kira biskut paling best la masa tu..tapi la ni, jarang dah nampak biskut ni dan rasanya pun dah tak sesedap macam dulu..

    buah keranji dalam perahu kalau balik KT biasalah nampak..

    ReplyDelete
  9. biskut tu masih jual lagi sekarang ni kan?
    dulu masa kecil makan gula nya aje.
    laa ni dah tua makan biskut nya aje.

    ReplyDelete

komen jangan tak komen
lagi panjang komen..lagiiiiiiiiiiiiiiii saya suka
tq ;)